Kor Ming enggan mohon maaf
IPOH – “Saya tak hina sesiapa. Siapa makan cili dia yang rasa
pedasnya,” itu penjelasan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berhubung
gambar karikatur yang dimuat naik menerusi laman Facebook dikatakan
menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Menurutnya, karikatur yang dimuat naik tersebut hanyalah sindiran kepada pihak-pihak tertentu yang sudah pun diketahui umum.
Katanya, mana-mana pihak tidak perlu melatah dan terasa hati dengan
karikatur berkenaan sekiranya mereka faham apa yang dimaksudkan.
“Saya sangat menghormati agama Islam. Malah setiap tahun, saya tidak
pernah lupa anjurkan program berkhatan perdana, menyumbang kepada masjid
dan sumbangan kepada masyarakat Islam yang memerlukan.
“Jadi tak perlulah ada pihak sensitif sangat dengan karikatur itu.
Mereka harus fikirkan perkara yang lebih besar melibatkan kepentingan
negara dan masa depan rakyat seperti isu 1MDB, rasuah dan sebagainya,”
katanya.
Beliau mengulas tindakan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang
membuat laporan polis mendesak disiasat berhubung karikatur tersebut.
9 orang berkata:
Jgn cuba nak berhelah lagi..kamu sebenarnya tidak mwnyindir indivudu tertentu. Kamu telah menyindir orang islam secara keswlurohan nya.
Budaya menghulor duit raya telah lama bertapak dalam masyrakat melayu/ islam du malaysia.
Sedangkan kamu bising " mwnggila" apabila ibrahim ali memberi ang pow dalam sampul putih. Kononnya menghina budaya cina.
Kenapa dia yg disalahkan? Hanya kerana dia DAP?....sedangkan idea dan lukisan itu bukan ciptaannya....

Apabila kamu mengundi seseorang sebagai wakil kamu di parlimen sedangkan kamu tahu sikapnya sebagai anti Islam. Maka kamu jawablah di hadapan Allah nanti.
Harris j.. aku rasa kalau kau pernah dpt duit raya dari bapak kau.. maka bapak kau sebenarnya tergolonglah dalam kategori pemberi rasuah.. begitulah maksud nga kor ming tuh. Ada kau faham ke Harris j..?
Apabila kamu mengundi seseorang sebagai wakil kamu di parlimen sedangkan kamu tahu sikapnya sebagai anti Islam. Maka kamu jawablah di hadapan Allah nanti.
Post a Comment