Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA AHMAD SAID BOLEH BUAT


Semua Adun hadir Sidang Dun Terengganu kecuali Hadi
Abdul Hadi Awang
Hadi Awang

KUALA TERENGGANU - Sidang Dun‎ Terengganu bagi penggal keempat bermula pagì ini dengan semua anggota dewan hadir kecuali Adun Rhu Rendang, Datuk Seri Hadi Awang.

Sidang bermula 9.30 pagi itu menjadi tumpuan berikutan pelbagai spekulasi berkaitan kemelut politik di Terengganu sejak beberapa hari lepas.

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman yang tiba seawal jam 9.20 pagi kelihatan ceria apabila menghampiri kira-kira 300 penyokong yang menyatakan sokongan terhadapnya.

Semua Adun daripada BN termasuk Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib hadir.

Sidang yang dijadualkan berlangsung sehingga pukul 1 tengah hari turut menarik perhatian pelbagai perwakilan termasuk pelajar.Speaker Dun Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong ketika 

memulakan persidangan mengingatkan semua pihak supaya memilih ketenangan dan perdamaian serta mengelak permusuhan.

"Jagalah tatatertib yang berhormat, buatlah perkara yang baik untuk rakyat," katanya.

Pada PRU13, Terengganu dikuasai BN dengan majoriti tipis 17 kerusi, Pas (14) dan PKR (1).

Sementara itu Ahmad Said berkata beliau kini 'keseorangan' ketika ditanya sama ada beliau akan mengemukakan sebarang usul 'pelik' pada sidang berkenaan.

"Apa boleh saya buat, saya seorang sahaja," katanya yang ditemui pemberita sebelum persidangan bermula.

Beliau yang merupakan bekas menteri besar menjadi tumpuan ekoran tindakannya yang kerap mengkritik Ahmad Razif.

Laporan akhbar sebelum ini meramalkan beliau akan membuat usul pelik pada sidang Dun kali ini. - Bernama
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.