Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERGERAK SEKARANG


Tak perlu bimbang penubuhan Gagasan Sejahtera
Tak perlu bimbang penubuhan Gagasan Sejahtera
Sidang media di Ibu Pejabat Pas baru-baru ini berhubung penubuhan Gagasan.-Foto Sinar Online

SHAH ALAM – Rakyat negara ini tidak seharusnya bimbang dengan penubuhan Gagasan Sejahtera (Gagasan) yang disertai Pas dan Ikatan kerana pendekatannya berbeza dengan BN dan Pakatan Harapan.

Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri Perak, Abd Qahar Syam berkata, penubuhan Gagasan adalah lebih kepada membentuk penyelesaian terhadap masalah negara yang akan dibentangkan kepada rakyat.

“Ini secara tidak langsung menyuburkan dan mematangkan lagi amalan demokrasi di negara ini.

“Ia juga sejajar dengan pendekatan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) yang diperkenalkan oleh Pas pada masa kini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Sebelum ini, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan kerjasama politik parti itu bersama Ikatan dan akan dikenali sebagai Gagasan Sejahtera.

Dalam pada itu, Abd Qahar memaklumkan bahawa Pemuda Pas Negeri Perak menyokong serta menyambut baik penubuhan ini demi masa depan negara.

“Pemuda Pas Perak menggesa agar rakyat di negara ini untuk bersama-sama mengenali, menyelami, menghayati dan menyokong segala aspirasi Gagasan demi Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.