Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BUKAN SYI'AH SAHAJA TAPI LEBIH BAHAYA WAHABI


Awasi penularan Syiah di universiti
Awasi penularan Syiah di universiti
Abdullah ketika menceritakan mengenai perkembangan Syiah di negara ini, kelmarin.
 
PENULARAN fahaman Syiah nampak seolah tiada apa-apa yang berlaku, tetapi sebenarnya mereka bergerak secara bersembunyi.

Barangkali program dan penerangan yang dibuat oleh pihak jabatan agama dan jabatan mufti di seluruh negara menyukarkan untuk mereka berkembang kerana masyarakat mula menyedari kesesatan Syiah.

Walaupun begitu, tidak boleh dipandang ringan kewujudannya di negara ini kerana doktrin yang disampaikan mudah mempengaruhi dengan hadis-hadis yang digunakan, seolah-olah menunjukkan benarnya ajaran yang dibawa Syiah atas nama ‘mencintai ahlul bait’.

Ikuti kupasan lanjut mengenai hal-hal berkaitan Syiah di Malaysia menerusi wawancara khas Wartawan Sinar Harian, MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI bersama Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama Kedah (PUK), ABDULLAH DIN.

Apakah pandangan ustaz mengenai perkembangan Syiah di Malaysia?

Secara umumnya, apabila ia melibatkan akidah memang serius... memang bahaya... sebab kalau dadah habis kuat mati saja, tapi yang terlibat dengan akidah Syiah ini rosak akidah dia walaupun dia orang Islam, anak kita, cucu kita dan pelajar kita di sekolah. Kalau dia terpengaruh dengan ajaran Syiah, bermakna akidah dia rosak kerana mempercayai asas-asas akidah yang salah dan bertentangan.

Cuba bayangkan seseorang itu mengatakan dia Islam, tengok badan sihat tapi kepercayaan dia kepada Saidina Abu Bakar adalah kafir.. Saidina Umar juga kafir... dia maki hamun para sahabat nabi dengan menggunakan pelbagai istilah. Sebenarnya orang-orang ini dah rosak dan akan menyebabkan orang lain juga akan turut rosak kerana dia.

Jadi bahaya pemikiran Syiah dan akidah tak boleh dipandang kecil. Dia sangat serius dan kita tak boleh biar masyarakat kita terus terpengaruh. Tambahan pula di Malaysia yang menyebarkan Syiah ini terdiri daripada pensyarah-pensyarah yang dinamakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kita boleh tunjuk siapa Syiah di universiti-universiti tempatan dan siapa Syiah di sekolah-sekolah. Sampai sekarang yang saya sedihnya tak ada tindakan secara bersungguh-sungguh daripada pihak berkuasa untuk menyekat pemikiran Syiah daripada berleluasa di negara kita.

Bila Syiah mula masuk ke Malaysia?

Punca kelahiran Syiah di Malaysia ini sejak 1979, apabila kerajaan Iran (Republik Islam Iran) berjaya diasaskan oleh Ayatullah Khomeini. Dunia Islam ini dia kagum dengan mana-mana orang yang berwatak agama dan ulama. Masa itu bukan saja ulama di Malaysia yang kagum terhadap ajaran Syiah, pertamanya dia kagum dekat Khomeini itu. Bahkan ulama di seluruh dunia kagum dengan dia, inilah contoh untuk lawan Amerika Syarikat dan Rusia pada ketika itu.

Tiba-tiba muncul Iran pada waktu itu bawa nama Islam, kata kami nak memperjuangkan Islam. Jadi pada waktu itu para ulama di seluruh dunia memberikan ucapan tahniah terhadap penubuhan negara Islam Iran. Sehingga di Malaysia pada 1980, mereka tubuh kedutaan Iran yang pertama.

Apabila tubuh kedutaan Iran yang pertama, dia mula merekrut orang-orang kita di kalangan pensyarah-pensyarah universiti, ahli-ahli politik dan aktivis untuk jadi Syiah. Antara orang yang terlibat di Malaysia yang bercerita pengalaman peribadi, dulu mereka dibawa ke Iran untuk lihat Syiah di sana dan cuba direkrut jadi Syiah tapi gagal ialah (Mursyidul Am Pas) Datuk Dr Haron Din.

 Mereka terus usaha daripada saat itulah seorang demi seorang, orang-orang politik kita, orang-orang agama kita khususnya masuk Syiah. Dari sini ia berkembang... dari universiti.

Lama kelamaan mereka yang berada di universiti jadi Syiah. Sekarang jadi pula pengarah jabatan di Kedah dan ada guru di sekolah, jadi hasil daripada universiti inilah. Sekarang bercambah puak-puak Syiah yang berada di sana-sini, sebahagiannya kita kenal.
Sejauh mana mudarat Syiah pada negara kita?

Sangat bahaya! Sebab ajaran Syiah dibina asasnya untuk meruntuhkan ajaran Islam. Di Malaysia, orang-orang Syiah akan baca buku ‘akhirnya ku temui kebenaran’ dan ‘dialog sunnah Syiah’. Semua buku ini doktrin dia untuk orang masuk Syiah, mula benci kepada para sahabat nabi kita.

Kesannya kepada Islam apabila orang mula tidak percaya kepada para sahabat nabi, dia ragu kepada sahabat nabi, kesannya nanti akan tertolak al-Quran dan Sunnah.

Sebenarnya matlamat dia nak runtuhkan ajaran Islam dengan memulakan gerakkan supaya masyarakat benci kepada para sahabat nabi dan itu sudah bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kita bina Ahli Sunnah Wal Jamaah ini atas kecintaan terhadap para sahabat. Dalam kitab-kitab Ahli Sunnah menekankan pentingnya kita menyayangi dan mencintai para sahabat nabi, tiba-tiba dia bawa akidah suruh benci pada sahabat.

 Apabila orang mula benci dan tidak percaya para sahabat nabi, akhirnya runtuhlah agama Islam dan keyakinan umat Islam terhadap Sunnah-sunnah dan juga ayat al-Quran.

Bagaimana kita boleh kenalpasti seseorang itu Syiah atau Ahli Sunnah?

Kebanyakan mereka masih berselindung. Syiah ini ada ajaran taqiyah (berselindung). Selalunya orang Syiah tidak berani mengaku dia Syiah, kalau kita tanya dia akan jawab sebagai Ahli Sunnah.
Pada pengetahuan ustaz juga, di kawasan mana terdapat ramai pengikut Syiah?

Pada pengetahuan saya, orang selalu kata Kedah ramai Syiah. Tapi saya rasa yang bahaya ialah Selangor dan Wilayah Persekutuan, sebab di sana banyak pusat pendidikan dan di sana juga ada ramai pelajar daripada Iran. Jadi sebahagiannya menyebarkan ajaran Syiah melalui kawan-kawan.

Mula-mula mereka akan neutral dulu, mereka akan kata Syiah ini ok dan tak apa... dari situ dia akan masuk. Bagi saya, Kedah ini tak lah banyak sangat Syiah, yang kita bimbang di negeri-negeri yang banyak universiti sebab di situlah orang kita akan didoktrin.

Syiah ini juga berkembang melalui sastera sebab di Malaysia kita ada penulis-penulis yang walaupun tak mengaku Syiah, tapi orang tahu dia Syiah. Melalui penulisan novel, kuasa mempengaruhi orang itu hebat. Siapa baca novel ini dia sanggup tak makan nasi dan habiskan bacaan dahulu.

Dia akan terpengaruh dengan pemikiran penulisan itu. Kalau penulis itu berjaya mengutarakan bukti-bukti yang bukan pun kuat dari sudut saintifik, tapi boleh mempengaruhi jiwa dan emosi dia, dia akan percaya. Novel-novel ini banyak berunsur percintaan... cukup bahaya.

Apakah yang perlu kerajaan lakukan untuk menangani penularannya?

Saya dah sebut berkali-kali, yang pertama sekali soal peruntukan undang-undang. Ya... saya tak setuju juga nak tangkap semua pengikut Syiah sebab ia akan mengakibatkan kesan buruk kepada ekonomi dan hubungan diplomatik Malaysia dengan Iran dan Iraq.

Kita kena buat usaha-usaha lain, misalnya undang-undang keluarga berkaitan Syiah. Haramkan perkahwinan Syiah dengan Ahli Sunnah. Kalau berlaku perkahwinan boleh disabit dengan Syiah, fasakh (pembubaran perkahwinan).

Macam mana nak bagi ada undang-undang yang salah satu sebab fasakh ialah berbeza dengan akidah Syiah. Apabila dia maki para sahabat, kita kena keluarkan dari Islam. Apabila keluar dari Islam, kita boleh fasakh.

 Hak tuntutan anak juga, berkali-kali saya ulang. Tapi setakat ini tak ada negeri yang respons. Buat tak tahu saja, banyak kes yang kita dengar. Sampai bila nak berlarutan isu ini, dah berkali-kali kita bangkit di dada akhbar, televisyen dan  forum kebangsaan. jabatan agama dan pihak berkenaan bertindaklah.

ALLAH akan bagi pahala sangat besar kalau kita boleh bantu umat Islam yang berada dalam kemelut dan masalah anak yang berada dengan mak ataupun bapa Syiah, sebab tak ada undang-undang yang nak membela mereka.

Isu sembelihan juga, jangan makan sembelihan Syiah. Kena keluarkan fatwa ini. Tanah kubur juga. Saya ucapkan tahniah kepada pihak Kementerian Pelajaran khususnya di sektor pendidikan Islam yang banyak buat usaha untuk mengekang pengaruh Syiah di Malaysia melalui pembaharuan kokurikulum subjek pendidikan Islam. Kita dah buat, tunggu buku teks keluar nanti memang akan nampak perubahan yang kita buat.

 Masyarakat juga perlu sedar, kena berhati-hati dengan gerakan Syiah. Kalau dia jadi satu kuasa ekonomi, lagi susah untuk kita tangani puak ini. Sekarang sudah ada syarikat umrah dan haji, syarikat air, syarikat jual mee dengan menggunakan nama-nama mirip ahlul bait dan nama-nama Syiah.

Apakah pandangan ustaz mengenai kenyataan yang dikeluarkan sesetengah ulama mengenai Syiah?

Saya kecewa sebab para ulama tidak sekata dalam isu Syiah. Ada yang kata sSyiah tak apa... Syiah Islam lagi... tak sesat... sebab para ulama tak sekata dalam isu ini, masyarakat di bawah akan terus keliru.

Tambahan pula kenyataan yang kata Syiah tak apa daripada tokoh-tokoh masyarakat yang dihormati sebagai ulama. Para ulama fikirlah sebelum keluarkan kenyataan. Biar tahu dahulu, jangan tak tahu tapi nak keluarkan juga. Nanti mengakibatkan kerana sepatah perkataan, sesat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.