Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DISIASAT SEMULA ?


Lagi gesaan siasat Khairul Azwan
Lagi gesaan siasat Khairul Azwan
Lagi gesaan siasat Khairul Azwan
 
KUALA LUMPUR - Polis digesa menyiasat Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun susulan laporan polis yang dibuatnya terhadap tiga Tan Sri baru-baru ini.

Seorang peguam, Zulhazmi Shariff berkata, Khairul Azwan perlu disiasat di bawah Seksyen 182, Seksyen 194 dan Seksyen 499 Kanun Keseksaan serta Akta Hasutan.

“Saya minta agar polis siasat Khairul Azwan di bawah peruntukan Seksyen 182 kerana membuat laporan palsu, Seksyen 194 kerana mengada-adakan keterangan palsu dan Seksyen 499 atas fitnah jenayah terhadap tiga bekas pegawai kerajaan.

“Khairul Azwan juga perlu disiasat di bawah Akta Hasutan kerana telah jelas menghasut orang ramai untuk tidak mempercayai tiga penama. Malah, dia juga telah menimbulkan prejudis dan sangsi terhadap agensi awam seperti Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara serta menimbulkan kegelisahan orang ramai tentang tuduhan kononnya tiga bekas pegawai kerajaan terlibat konspirasi menggulingkan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia,” katanya dalam sidang media selepas membuat laporan polis terhadap Khairul Azwan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, di sini, hari ini.

Zulhazmi turut ditemani Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dan bekas  Exco Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew.

Menurut beliau, kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa Khairul Azwan membuat laporan polis berdasarkan andaian jelas menunjukkan laporan itu palsu.

“Sepatutnya polis boleh ambil tindakan serta merta kerana Khairul Azwan membuat laporan palsu. Tetapi kenapa Khalid kata polis hanya beri nasihat?

“Ini satu perkembangan yang tidak baik kerana membuat laporan palsu adalah bertentangan dengan undang-undang. Ia juga menimbulkan keraguan sama ada Khairul Azwan diberikan layanan istimewa hanya kerana dia merupakan Naib Ketua Pemuda Umno,” katany

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.