JUARA Piala AFC 2015, Johor Darul Ta'zim (JDT)
terpaksa berpuas hati apabila gagal memanfaatkan peluang terhidang
selepas sekadar terikat 1-1 dalam saingan peringkat kumpulan C, Piala
Malaysia di Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunos, Larkin malam ini.
Dalam saingan tersebut, Skuad Seladang terlebih dahulu memperoleh gol
pendahuluan menerusi sepakan percuma seawal minit ke-2 apabila kapten
JDT, Safiq Rahim dilayangkan kad kuning kerana menjatuhkan pemain lawan.
Tersentak dengan gol berkenaan, tuan rumah kembali menguasai permaian
apabila beberapa serangan bertali-arus berjaya dilancarkan namun gagal
menembusi gawang lawan.
Kesilapan pertahanan Perak, Thiago Junio de Aquino yang menyentuh bola
di dalam kotak penalti akhirnya menghukum pasukan pelawat apabila
tindakan tersebut dapat dihidu pengadil perlawanan, Suhaimi Mat Hassan
yang terus menghadiahkan sepakan penalti.
Safiq Rahim menebus kesilapan menjadi punca gol pendahuluan Perak
apabila dengan tenang meledak masuk gol penalti yang gagal dibaca
penjaga gol lawan, Muhammad Hafizul Hakim pada minit ke-15.
Penghujung babak pertama, duo sensasi JDT, Martin Lucero dan Pareyra
Diaz yang kelihatan bersemangat cuba melancarkan serangan dari bahagian
tengah namun gerakan mereka dapat dibaca pertahanan lawan.
Babak kedua bermula menyaksikan The Boss Gaurus yang mula bermain
taktikal bertahan hampir diatasi tuan rumah apabila Azinee Taib berjaya
menembusi gawang lawan namun sepakannya sedikit tersasar pada minit
ke-55.
Perak yang kelihatan sedikit pincang di bahagian tengah walau
bagaimanapun masih kebal meskipun diasak bertubi-tubi jentera serangan
JDT. Penghujung saingan kedua-dua pasukan yang terikat satu sama dilihat
semakin terdesak untuk memperolehi gol kemenangan.
Wisel dibunyikan yang menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas
hati dengan membawa pulang satu mata apabila kedudukan seri satu sama
sehingga tamat perlawanan.
0 orang berkata:
Post a Comment