Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jho low diminta pulang


'Baliklah Jho Low, jangan malu-malu'
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menyindir ahli perniagaan, Jho Low yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) agar pulang ke Malaysia.

Menurut Tuan Ibrahim, Jho Low akan selamat di Malaysia malah kepulangannya itu nanti akan dirai.

“Tiada tempat yang lebih selamat bagi Jho Low, yang kini disebut-sebut di pelbagai negara kerana dikaitkan dengan tuduhan-tuduhan mengenai kekayaannya dikatakan berpunca daripada duit 1MDB selain Malaysia.

“Apabila Jho Low kembali ke Malaysia, yakinlah dia akan dirai. Malah akan dijemput makan bersama oleh VIP-VIP untuk membincangkan projek seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini


Baru-baru ini, Jho Low dinamakan dalam saman sivil difailkan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) sebagai antara individu yang didakwa terlibat dalam konspirasi mengubah wang haram daripada 1MDB.

Malah kata Tuan Ibrahim, dengan penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016, kelegaan Jho Low bertambah lagi.

“Baliklah Jho Low. Tak perlu malu-malu. Nak berjoli, berjolilah di Malaysia, sekurang-kurangnya duit yang ada itu digunakan di dalam negara. Malah, kerajaan boleh kutip GST lagi dan Malaysia Official 1 pun boleh asa lega kerana anda tidak direman di mana-mana negara.

“Kini, lega Jho Low boleh bertambah malah dia boleh rasa lebih selamat kerana Akta Majlis Keselamatan Negara sudah pun dikuatkuasakan,” katanya.

Rang Undang-undang MKN, yang memperuntukkan 15 kuasa khas bagi penubuhan MKN serta pasukan keselamatan mengawal dan menyelaras operasi berkaitan keselamatan, telah diluluskan Dewan Rakyat pada 3 Disember 2015 sebelum diluluskan pula Dewan Negara pada 22 Disember 2015 dan diwartakan menjadi undang-undang pada 7 Jun lalu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.