Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KENA BAGITAHU KERAJAAN ARAB PERBAIKI AKHLAK UKUF DI PADANG ARAFAH


Media Malaysia bersatu atas nama al-Quran
QuranHour
Majlis sinergi media-media Malaysia bagi merealisasikan #QuranHour di Dewan Muhammad V, Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam hari ini.
 
SHAH ALAM - Hari ini dalam sejarah apabila buat pertama kalinya semua media utama negara yang terdiri daripada media cetak, media elektronik dan media sosial akan bergabung tenaga untuk menjayakan World #QuranHour yang bakal berlangsung pada 9 Zulhijjah ini.

Antara media yang menyatakan komitmen untuk bersama ialah Kumpulan Media Prima, RTM, TV Hijrah, Astro, Bernama serta akhbar utama Kumpulan Utusan (Utusan Malaysia dan Kosmo), NSTP Group (New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro) dan Kumpulan Media Karangkraf (Sinar Harian).

Berbesar hati dengan komitmen tersebut, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata, ALLAH telah memilih rangkaian media ini bagi menghidupkan semula sinergi  al-Quran sekali gus menyatukan hati semua ummah dengan kitab suci itu di seluruh dunia.

"Sebenarnya hari ini, kita sedang menempa sejarah, untuk pertama kali media kita di Malaysia, berhimpun demi al-Quran...Insya-ALLAH Islam akan bangkit di Malaysia.

[ARTIKEL BERKAITAN: World #QuranHour 9 Zulhijjah ini]

"Kita memilih platform al-Quran kerana kita merasakan umat Islam sekarang hadapi cabaran dan pelbagai dugaan, kita terus diasak kiri dan kanan, punca sebenar bukan kerana lain, tetapi kerana kelemahan kita sendiri yang mana majoritinya tak faham agama Islam dengan betul.

"Jadi kita harap dengan menyemarakkan program ini kita dapat menempatkan al-Quran sebagai panduan kita dan dapat masukkan al-Quran dalam hati-hati kita," katanya ketika majlis Sinergi media-media Malaysia #QuranHour di Dewan Muhammad V, Kumpulan Media Karangkraf hari ini.

Sementara itu menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusoff ketika memperincikan mengenai perkara itu berkata, pemilihan tarikh 9 Zulhijjah dipilih bersempena dengan  perjumpaan terbesar umat Islam di hari Arafah, iaitu jatuh pada tarikh berkenaan.

"Sebenarnya kita hendak mengambil semangat wukuf itu sendiri, kita tengok balik bagaimana hubungan kita dengan al-Quran selama ini, apakah kita gunakan al-Quran betul-betul dalam kehidupan harian kita.

"Kita tidak mahu masyarakat baca al-Quran tetapi akhlak tidak melambangkan orang yang membaca al-Quran, jadi kita hendak mengangkat semangat al-Quran dalam hati setiap umat Islam dengan World #QuranHour," katanya pada majlis sama.

Katanya lagi #QuranHour ini adalah kesinambungan inisiatif sejak 2013 melalui #AktifkanRumahNgaji dan #MalaysiaNgaji yang diadakan pada setiap 24 Ramadan.

Ujarnya, pelaksanaan program perdana World #QuranHour bakal berlangsung di Masjid Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bermula jam 9 pagi mengikuti waktu Arafah.

Dalam pada itu, katanya lagi, sesiapa yang ingin menyertai World #QuranHour, walau tidak berada di UIAM boleh melakukannya di mana sahaja mereka berada.
"Siapa-siapapun tengah mesyuarat sekali pun dapat sama-sama boleh membaca al-Quran pada tarikh tersebut, kerana berkemungkinan tarikh itu pada hujung minggu, jadi Insya-ALLAH kita boleh lakukan bersama-sama.

"Jadi kita harap bukan sahaja ditiru oleh media, malah program ini dapat bersama NGO, syarikat, perpustakaan adakan World #QuranHour, kerana sejam sahaja," katanya.

Lokasi 'Hot Spot' World #QuranHour di seluruh dunia adalah di empat kategori lokasi utama iaitu: Padang Arafah (jemaah Haji Malaysia dan negara-negara bergabung), Malaysia-acara perdana di UIAM dengan pelaksanaan lain di 14 negeri membabitkan gabungan Rumah Ngaji Negeri, agensi kerajaan, majlis agama, syarikat korporat, masjid dan surau.

Lokasi di luar negara melibatkan rakyat Malaysia di luar negara kerjasama dengan negara lain: Alumni UIAM di 31 'chapters' di luar negara, Madrasah Tahfiz Sulaimaniyah di lebih 156 negara, Bayyinah dan gabungan Muslim NGO seluruh dunia.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.