Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Memantapkan strategi Pas


DHPP mantapkan strategi Pas
DHPP mantapkan strategi Pas
B Chandran (berdiri, empat kiri) ketika menghadiri Majlis Hari Raya Pas Terengganu di Jalan Sultan Omar, di sini.

KUALA TERENGGANU – Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Terengganu akan terus memantapkan strategi Pas bagi memastikan pendekatan ‘Politik Matang dan Sejahtera’ disambut positif semua pihak khusus dalam kalangan bukan Islam.

Pengerusinya, Dr B Chandran berkata, pendekatan itu perlu diambil secara serius oleh pihaknya dalam memastikan bukan Islam memberi sokongan padu kepada Pas menjelang PRU14.

“Rakyat mahukan pemimpin yang boleh bersama untuk wujudkan masyarakat yang harmoni. Mereka mahu tahu apa yang kita boleh tunjukkan, apa yang kita boleh buat jika menang,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa pihaknya mahu menonjolkan contoh yang baik khusus menjadi pembangkang bertanggungjawab yang bukan hanya membangkang semata-mata.

Dalam soal hormat-menghormati sesama bangsa katanya, ia tidak mengenal budaya dan politik.

Amalan tersebut mendorong pihaknya lebih bersikap matang dalam memastikan kestabilan politik dalam negara dengan tidak bertindak membangkang sewenang-wenangnya.

Jelasnya, sekiranya pemimpin Pas menghormati pihak lawan, ia bukan menggambarkan bahawa Pas mahu berbaik-baik dengan Umno sebaliknya budaya politik matang yang diterapkan itu boleh memberi kesedaran kepada rakyat berpolitik secara matang.

“Apa yang baik, kita sokong dan yang tidak baik kita tidak sokong. Dari sudut kepimpinan kerajaan negeri, ia bukan isu Pas atau Umno tetapi ia adalah isu rakyat Terengganu. Kalau dia buat baik, kita ikut, kalau tidak, kita tidak ikut,” katanya.

Dalam masa sama, beliau memberitahu bahawa matlamat Pas adalah untuk memastikan pihaknya dapat menawan hati pengundi melalui pemahaman yang baik terhadap dasar diperjuangkan Pas.

Jelasnya, sokongan yang padu mampu membantu Pas untuk memastikan parti itu dapat membantu membaiki negara daripada pelbagai isu korupsi dan juga penyelewengan dalam negara.

“Kita perlu kuatkan tekad untuk memastikan rakyat buat pilihan yang baik supaya dapat wujudkan keharmonian bangsa di Malaysia,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.