Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENTERI JAHILIYAH TENTANG ISLAM

Muslimat PAS Gesa Menteri Perjelas Ungkapan "Terlalu Islamik"

Lajnah Pendidikan (LajPen) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merasa amat kesal sekiranya benar laporan yang menyatakan Menteri Pendidikan berhasrat untuk memastikan sekolah kebangsaan tidak menjadi terlalu Islamik rentetan daripada beberapa permintaan yang datang daripada golongan bukan Islam.


Berikut saranan dan komentar LajPen DMPM :

 1. Islam sebagai agama rasmi Negara termaktub di dalam perlembagaan. Jangan kerana memenuhi permintaan SEGELINTIR pihak, pihak Kementerian mengambil sikap tolak ansur yang keterlaluan seterusnya menjadikan Islam ditolak beransur-ansur secara halus.

2. LajPen DMPM mendesak agar Menteri Pendidikan tersebut agar memberi penjelasan apakah maksud sebenar ungkapan 'terlalu Islamik' seperti yang dinyatakan.

Sekiranya istilah itu tidak dapat dijelaskan dengan baik, maka ia benar-benar menunjukkan Menteri tersebut hanya ingin menjaga hati bukan Islam, bukan bertindak menjaga agama yg dianutinya dan seluruh umat Islam khusus di negara ini.

Atau apakah Menteri Pendidikan sekadar ingin menjaga hati orang bukan Islam supaya undi mereka tidak lari daripada Barisan Nasional?

3. Dalam keadaan pelbagai pihak mempertikaikan hasil daripada Sistem Pendidikan Negara, malah menggesa agar sistem ini diperhalusi dan diperbaiki kembali dengan menjadikannya bersepadu, secara tiba-tiba, Menteri Pendidikan mengundur jauh ke belakang dengan menolak elemen kekuatan ajaran Islam sebagai cara hidup dan solusi kepada kebejatan sosial.

LajPen DMPM mendesak Menteri Pendidikan menjelaskan kembali isu ini dengan segera. Rakyat mahu memahami apa yang ada dalam kotak fikiran dan hati Menteri Pendidikan yang bertegas ingin memastikan sekolah kebangsaan tidak menjadi terlalu Islamik. Apatah lagi ianya berkait dengan isu doa semasa perhimpunan. Apakah doa dilihat terlalu Islamik oleh Menteri tersebut? Astaghfirullaha li wa lakum.

PUAN NURUL FAIZA MUSA
Pengerusi Lajnah Pendidikan
Dewan Muslimat PAS Malaysia

2 orang berkata:

Barakatnot said...

Pembetulan... Islam bukan agama rasmi ..tapi agama persekutuan/agama negara

Barakatnot said...

Pembetulan... Islam bukan agama rasmi ..tapi agama persekutuan/agama negara

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.