Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENYIGA LA PAN


Pemuda Pas harap tiada PRN
Pas
KUALA TERENGGANU - Pemuda Pas Terengganu berharap tiada sebarang pembubaran Dun berlaku untuk membolehkan PRN diadakan di negeri ini.

Timbalan ketuanya, Hishammuddin Abd Karim berkata, kos mengadakan satu-satu pilihan raya menelan belanja cukup besar sedangkan kepentingan rakyat perlu didahulukan lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi tidak menentu ketika ini.

Berdasarkan kepada tempoh pilihan raya lima tahun sekali, beliau menggambarkan tempoh PRU14 sudah tidak lama atau lebih kurang dua tahun dari sekarang.

“Kita harap PRN tidak berlaku sebab ia libatkan kos dan kepentingan rakyat. Kita kira sudah sampai pada satu tahap ia diselesaikan melalui PRU,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Hishammuddin yang juga Adun Tepoh menjelaskan pihaknya tetap bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan PRN Terengganu apatah lagi melalui desas-desus yang timbul sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, jentera Pemuda Pas peringkat negeri bila-bila masa sahaja akan bekerja untuk memastikan kemenangan parti.

Bagaimanapun katanya, senario politik di Terengganu akan dilihat kembali selepas Sidang Dun, 8 Ogos ini samada ia berjalan lancar tanpa sebarang kejutan atau sebaliknya.

“Kalau ada (PRN) kita bersiap sedia sahaja. Ada khabar angin tapi mungkin boleh tengok selepas 8 haribulan, selepas Sidang Dun. Jadi, kalau PRN kita tetap bersedia,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.