Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ORANG BIASA SELALU KENA BULI SEBEBMEREKA KAMPUNGAN


‘Ini bukan laporan curi telur ayam'
Idris Ahmad
Idris Ahmad

SHAH ALAM - Pas mempertikaikan keputusan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menutup kes bagi laporan polis dibuat Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun terhadap tiga Tan Sri, baru-baru ini.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, laporan polis dibuat Khairul Azwan itu melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara bukan sekadar laporan tentang kecurian telur ayam.

“Ini soal membocorkan maklumat. Ini soal hendak menjatuhkan perdana menteri. Ini soal maruah tiga nama yang ternama di peringkat antarabangsa. Kenapa laporan ini dihentikan begitu sahaja?


“Ini bukan laporan curi telur ayam. Ini bukan laporan palsu curi kereta. Ini soal keselamatan dan kedaulatan yang kononnya memberi maklumat kepada agensi Amerika Syarikat termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI),” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Khalid mengesahkan pihaknya telah menghentikan siasatan berhubung laporan polis dibuat Khairul Azwan terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang didakwa terlibat dalam konspirasi menggulingkan Najib dan kerajaan Malaysia kerana ia dibuat berasaskan andaian dan tiada bukti.

Dalam pada itu, Idris berkata, tindakan Khalid itu akhirnya menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarkat.

“Semuanya menjadi perbualan dalam kalangan masyarakat. Timbul persoalan apakah kerana Khairul Naib itu Naib Ketua Pemuda Umno atau takut perkara yang terlindung terburai?

“Soal siapa salah atau benar tentang laporan tersebut, biarlah dibawa ke pengadilan terlebih dahulu. Ini melibatkan tiga individu penting. Sampai bila drama ini akan berakhir?,” tanyanya.

Katanya, jika laporan itu hanya berdasarkan andaian, sepatutnya Khairul Azwan boleh didakwa kerana membuat laporan palsu.

“Adakah kalau rakyat biasa melakukan perbuatan tersebut tidak menjadi satu kesalahan? Sejarah tercatat di dalam negara kita Chong Lim Shu dari Kulai Jaya, seorang pekerja stor yang membuat laporan palsu kononnya disamun telah didenda RM500 atau penjara tujuh hari.

“Begitu juga yang berlaku kepada Cheong Chee Lun telah dijatuhkan hukuman RM2,000 dan penjara dua hari. Kesalahannya kerana membuat laporan palsu dengan menuduh Loh Kein Chok menggunakan kereta Wira miliknya tanpa kebenaran. Ini hanya secebis kes yang melibatkan orang biasa,” katanya.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Hadi tak kisah pun. Yg deris ni sibok apa hal plak?

Cibai la

Ir Anonymous said...

Mudik ke hulu menaiki sampan,
Menaiki sampan sambil membawa ubi,

Alangkah bangganya parti PAN,
Punyai seorang ulamak tersohor pembaca doa di majlis harbi.

Anonymous said...

Alangkah bangganya parti PAS
Punya lebai2 mengaminkan doa di Krabi.

KAH KAH KAH

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.