Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PINDAAN RUU 355


Rakyat harus yakin dengan pindaan RUU 355
IR. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Khairil Nizam

SHAH ALAM - Pelaksanaan syariah tidak boleh selektif dan ia seharusnya meliputi segenap kehidupan manusia sama ada dalam aspek politik, ekonomi dan sosial, kata Naib Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin.

Menurut Khairil, sekiranya majoriti rakyat di negara ini yakin dengan pengurusan operasi dan pelaburan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berteraskan syariah, maka mengapa tidak rakyat juga memberikan keyakinan terhadap pindaan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) yang dibawa oleh Pas.

“Pelaksanaan syariah yang betul akan mencapai matlamat syariah (Maqasid Syariah) yang sebenar iaitu untuk membawa kemaslahatan, menolak kemudaratan, mengundang kebaikan di dunia dan akhirat serta mendapat keredaan ALLAH,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan mengumumkan simpanan syariah yang dibuka pendaftarannya di seluruh negara.

Dalam pada itu, Khairil berkata, pindaan RUU 355 bukan hanya mengenai hudud, qisas dan ta’zir namun ia hanya sebahagian kecil usaha Pas untuk memartabatkan institusi serta peranan Mahkamah Syariah sedia ada setelah lebih 30 tahun tiada sebarang pindaan.

“Sudah tentu, usaha yang kecil ini adalah untuk memastikan ia selaras atau lebih menepati hukum-hakam Syarak di samping bagi mengacapi hikmah tersirat di sebalik pelaksanaannya.

“Saya percaya keinginan rakyat terhadap pindaan RUU 355 ini juga melangkau kepentingan dunia, iaitu dengan memburu keredaan ALLAH,” katanya.

Menyentuh mengenai Simpanan Syariah KWSP, Khairil turut memanjangkan ucapan tahniah kepada panel pelaburan yang terdiri daripada barisan ulama muamalat kerana berusaha bagi merencanakan agenda mulia ini.

Beliau berkata, ramai pencarum berpusu-pusu ke seluruh cawangan KWSP untuk menukar akaun mereka kepada mod simpanan syariah meskipun mereka tidak dijamin dengan kadar dividen sebanyak 2.5 peratus setahun.

“Sudah tentu, mereka yakin bahawa kewangan diuruskan secara bebas riba’, gharar dan maysir yang pasti akan dijamin keberkatan serta keredaan daripada ALLAH.

“Perspektif mereka terhadap keuntungan menjangkau aspek material semata-mata dan inilah maqasid Syariah yang dicari sekiranya hukum-hakam syarak berkaitan dipatuhi terlebih dahulu,”katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.