Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SAHAM FGV

Fokus pulihkan saham FGV, kata Pas
Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan

SHAH ALAM - Pas menyarankan kerajaan memberi tumpuan memulihkan kedudukan saham Felda Global Ventures Sdn Bhd (FGV) demi 100,000 peneroka yang dijanjikan hasil pelaburan syarikat itu, sebelum ini.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, FGV sebaliknya bertindak menyalurkan sejumlah besar wangnya bagi kempen melindungi beruang matahari.

“Krisis yang melanda syarikat korporat itu masih diperkatakan sehingga hari ini kerana ia masih belum dapat diatasi.

“Daripada konflik kepimpinan yang menerajuinya sehinggalah kepada prestasi pasaran semasa dan kedudukan saham FGV yang masih kekal di bawah RM2.00,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tahun lalu, FGV dilaporkan telah memperuntukkan sebanyak RM7.5 juta bagi menjalankan usaha pemuliharaan Rafflesia dan Beruang Matahari melalui penubuhan Pusat Konservasi dan Interpretif Rafflesia (RCIC) di semenanjung Malaysia dan Program Konservasi Beruang Matahari.

Sehubungan itu, Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh bertanya kepada kerajaan langkah strategik yang diambil demi meningkatkan prestasi pasaran saham yang pernah mencapai nilai RM5.39 pada awal-awal hari saham tersebut diniagakan pada 2012.

“Jika jutaan ringgit dapat disalurkan bagi menyelamatkan kepupusan spesies haiwan tersebut, apakah suatu yang terlalu sukar bagi kerajaan memenuhi harapan 100,000 peneroka yang pernah dijanjikan dengan keuntungan berlipat kali ganda hasil pelaburan daripada FGV suatu ketika dahulu.

“Apakah faktor tersebut benar-benar berpunca daripada kejatuhan harga komoditi dunia atau sememangnya krisis kepimpinan Felda telah mengalami 'deficit-trust' yang menyumbang kepada kesan negatif terhadap keyakinan para pelabur. Rakyat khususnya peneroka Felda berhak mendapatkan jawapannya,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.