Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ILMU DIDADA


Ilmu beliau di dada, bukan di helaian buku
Ilmu beliau di dada, bukan di helaian buku
Syed Abdul Kadir ketika merakamkan gambar kenangan bersama Allahyarham Haron Din kira-kira dua bulan lalu. - Facebook Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre
 
PENDAKWAH terkenal, Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre yang berkhidmat dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din sejak tujuh tahun lalu memberitahu Allahyarham telah memberi bayangan beberapa kali yang beliau akan pergi menghadap Illahi.

Namun beliau tidak menjelaskan secara terperinci bayangan yang dimaksudkan itu.

Menurut Syed Abdul Kadir, saat mendapat panggilan telefon daripada menantu Allahyarham malam tadi ketika sedang bersiaran langsung di TV, jantungnya berdegup kencang dan tidak putus berdoa kepada ALLAH SWT.

“Kesedihan yang tidak tergambar dengan kata-kata. Namun kita mengetahui ketentuan ALLAH adalah yang terbaik dan meredai pemergian beliau. Kita milik ALLAH dan kepada ALLAH jualah kita kembali.

“Saya membantu dan berkhidmat dengan Almarhum sejak tujuh tahun lalu...saat manis dalam hidup saya. Saya belajar ribuan perkara daripada beliau. Dapat duduk lutut bertemu lutut berdua dengan beliau sangat selalu. Saya pernah dimarahi oleh beliau. Biasa dimanjakan,” ceritanya.

Malam tadi, khabar berita Haron Din sedang kritikal di Hospital Stanford University, Amerika Syarikat (AS) tersebar.

Menurutnya, memang  jarang meminta untuk merakam gambar namun kira-kira dua bulan lalu ketika berziarah, terdetik di hatinya untuk bergambar dengan Allahyarham dan tanpa disangka itu adalah gambar terakhir mereka bersama.

“Selepas pertemuan itu, ada dua kali lagi kami duduk berbincang urusan ummah. Beliau berulang kali memberi ‘hints’ yang beliau akan pergi. Sebelum terbang ke Amerika Syarikat beliau pun ada bercakap dengan saya,” katanya.

Menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang sangat tegas dengan prinsip, Syed Abdul Kadir berkata, pimpinan Pas itu begitu menepati masa serta murah dengan senyuman.

“Ilmunya tiada yang dapat menafikan. Saya lihat sendiri setiap kali kami berbincang, ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis Nabi, dan kata-kata para ulama dalam bahasa Arab semuanya lancar di lidahnya.

“Walaupun beliau minta saya mengkaji sesuatu isu lalu saya kaji berhari-hari kemudian dibentangkan kepada beliau, tetap saya dapati seolah-olah beliau lebih banyak mengkaji dan berhujah dengan hujah-hujah yang kemas. Benarlah ilmu beliau di dada, bukan di helaian buku seperti kita,” katanya.

Syed Abdul Kadir juga menceritakan bagaimana reaksi Allahyarham ketika disampaikan komen negatif atau fitnah berkait dirinya yang tersebar.

“Apabila berbicara tentang Rasulullah matanya berkaca. Tergambar kerinduan beliau yang amat kepada Rasul yang biasa beliau temui dalam mimpi,” katanya.

Malah Syed Abdul Kadir juga akui tidak dapat menahan air matanya daripada gugur saat menatap gambar Allahyarham.

“Masih belum mampu saya hentikan. Sungguh saya merindui beliau. Moga Allahyarham telah berada di kalangan syuhada dan solihin,” katanya.

1 orang berkata:

Unknown said...

salam hormat saya ucapkan pada EYANG JOYO dan juga terima kasih banyak atas semua bantuannya karna EYANG sudah memberikan angka hasil ritualnya kepada saya dan alhamdu lillah benerang tembus
akhirnya aku menang main togel dan dapat banyak
yah lumayan cukup untuk ngajak keluarga liburang DI Paris dan juga cukup untuk buka usaha kecil2lang
EYANG sekali lagi terima kasih banyak atas bantuan EYANG
karna sudah sekian lama anak istri menrenget minta liburang kembali tapi uangnya nga cukup2 untuk ngajak mereka pergi tp setelah EYANG kasih saya angka 4D dan saya menang akhirnya saya sudah bisa mewujutkan keinginan mereka
sunggu sangat bahagi bisa melihat anak istri bisa tertawa lepas karna mereka adalah segalahnya bagiku munking tampat bantuan EYANG sampai sekarang aku blum bisa mewujutkan keinginan keluargaku
sekali lagi terima kasih banyak
EYANG JOYO

dan bagi saudara yang pengen mendapatkan angka hasil ritual yang asli bisa terjamin 100% silakan bergabun dengan EYANG JOYO di nmr 082384917475




(`’•.¸(` ‘•. ¸* ¸.•’´)¸.•’´)..
«´ Thanks sOb rOoMnyA ¨`»
..(¸. •’´(¸.•’´ * `’•.¸)`’•.¸ )..

SELAM KOMPAK SELALU
dan
selamat buat yg JUPE hari ini.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.