Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KESERONOKAN BESAR KEPADA GOLONGAN KAFIR


Haron Din satu kehilangan besar buat umat Islam
Haron Din satu kehilangan besar buat umat Islam
Ribuan jemaah yang hadir bagi menunaikan solat sunat jenazah Allahyarham Datuk Dr Harun Din di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, pagi ini.

SHAH ALAM - "Saya anggap pertemuan singkat baru-baru ini bersama beliau (Haron) merupakan kesempatan yang luar biasa,".

‎Demikian luah Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ‎ditemui media selepas selesai menunaikan solat jenazah ghaib Allahyarham Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, di sini pagi ini.

‎Ujarnya, ‎pertemuan tidak di sangka itu ketika beliau menghadiri satu majlis perkahwinan yang mana Haron turut hadir.

"Yang terakhir saya temui beliau dalam satu majlis perkahwinan di mana beliau (Haron) turut berada dalam majlis itu.‎

‎"Saya dapat jumpa sekejap...jadi dalam tempoh mutakhir ini merupakan pertemuan yang sangat istimewa apabila saya dapat berjumpa dengan beliau sendiri," katanya.

Dalam pada itu, katanya beliau juga pernah pergi ke rumah Haron sendiri untuk berbincang beberapa perkara.

"Akhir dulu  saya pernah  pergi ke rumah beliau bincang banyak perkara dan minta pandangan dan nasihat," ujarnya lagi.

‎Katanya, oleh itu ‎beliau sangat terasa dengan pemergian  ‎Allahyarham yang baginya merupakan satu kehilangan besar buat umat Islam.

"‎Datuk Dr Haron Din yang memang saya kenal lama seorang tokoh Islam, dan ilmuwan yang cukup tinggi kebijaksanaannya yang pastinya kita rasa pemergian beliau itu kehilangan yang besar bukan sahaja  pada Pas tetapi umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia," katanya.

‎Terdahulu, ribuan umat Islam hadir di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah bagi menunaikan solat jenazah ghaib Allahyarham.

Allahyarham meninggal dunia jam 10.05 pagi semalam pada usia 76 tahun di Hospital Universiti Stanford Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung yang kritikal.

Allahyarham disemadikan di bumi Carlifornia bersesuaian dengan amanatnya sebelum ini yang mahu disemadikan di tempat beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Khatijah Salleh dan lima cahaya mata.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.