Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

agong tak yakin mahadhir

Deklarasi: Tun M akui gagal yakinkan Agong
Tun Dr Mahathir Mohamad

PUTRAJAYA - Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau gagal meyakinkan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk bertindak berhubung deklarasi yang beliau usahakan.                    

Bekas perdana menteri itu berkata, semasa menghadap selama 70-minit di Istana Anak Bukit, Alor Setar, bulan lepas, beliau turut menunjukkan kepada Seri Paduka gambar deklarasi berserta tanda tangan.
        
"Dukacita, kami tidak mendapat jawapan positif. Semasa pertemuan itu, Agong juga menyoal saya dengan serius tentang peruntukan undang-undang dan saya beri penjelasan.

"Bagaimanapun, di penghujungnya, saya tidak dapat meyakinkan baginda," kata Dr Mahathir, juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, pada sidang media di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 21 September, berkata Tuanku Abdul Halim telah menjelaskan kepada Dr Mahathir yang baginda tidak boleh mencampuri urusan Bersatu.

Najib berkata Agong mengambil perhatian terhadap isu ditimbulkan Dr Mahathir oleh kerana deklarasi itu tidak mengikut perlembagaan, dan sebarang tindakan hendak diambil mestilah menerusi Parlimen dan sistem pilihan raya bagi rakyat membuat keputusan.

Mengenai sembilan lelaki Australia yang memakai seluar dalam 'Jalur Gemilang' di perlumbaan Grand Prix F1 Malaysia di Sepang pada Ahad, Dr Mahathir berkata perbuatan itu menghina negara.  

Beliau berkata budaya Malaysia berbeza dengan beberapa negara lain di mana berpakaian menjolok mata di khalayak ramai itu 'Ok'.

Pada Ahad, polis menahan lelaki Australia itu berusia antara 25 dan 29 tahun kerana dianggap menimbulkan provokasi dan mengenakan pakaian menjolok mata di perlumbaan tersebut. – Bernama

3 orang berkata:

Anonymous said...

Aku pun tak yakin dgn Pas

Anonymous said...

Tunggu saja PRU.

Anonymous said...

Aku tak yakin hadi akan jadi pm.
Aku yakin kelantan terbang.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.