Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERSAMA RAKYAT BERTAHALIL

Sultan Muhammad V prihatin terhadap masjid, Islam
Sultan Muhammad V prihatin terhadap masjid, Islam
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V (sewaktu itu Tengku Mahkota Kelantan) turut berangkat menghadiri majlis tahlil bapa Datuk Mustapa Mohamed (sewaktu itu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani), Allahyarham Mohamed Abdul Rahman di rumahnya di Kampung Badak pada 12 Mei 2008. - Foto Bernama

KOTA BHARU - Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu, dilihat begitu prihatin dalam soal masjid dan agama Islam.

Imam Besar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Muhammad Hana Pizi Abdullah, berkata baginda sering berada di masjid termasuk di Masjid Muhammadi yang merupakan masjid negeri.

"Kami warga masjid amat dekat dengan tuanku kerana baginda cukup prihatin dengan masjid dan agama. Seperti yang diketahui umum, tuanku seorang sultan yang memang mendekati dan selalu berada di masjid dan selalu dapat ditemui rakyat," katanya kepada Bernama di sini.

Menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) di Istana Negara, Kuala Lumpur, hari ini.

Pelantikan itu berkuat kuasa 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun, menurut kenyataan itu. 
  
Muhammad Hana Pizi berkata kehadiran baginda di masjid menjadikan tuanku begitu dekat dengan rakyat.
"Tuanku pernah mengimamkan solat hajat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV yang disertai ribuan jemaah beberapa tahun lalu," katanya.

"Kami yakin tuanku mampu melaksanakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong dengan cemerlang dan membawa negara ke mercu kejayaan sebagaimana yang telah tuanku lakukan di negeri Kelantan terutama dari segi asas-asas agama yang diperkukuhkan oleh tuanku," katanya.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata beliau yakin pemilihan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong akan menjadi lambang penyatuan kepada seluruh rakyat Malaysia secara am dan penduduk Kelantan khasnya.

"Kita mendoakan tuanku diberi taufik dan hidayah oleh ALLAH SWT untuk menegakkan syiar Islam dan melindungi kepentingan Bumiputera serta seluruh rakyat Malaysia selain mempertahankan Malaysia daripada pelbagai serangan.   

"Kita sedia maklum institusi Yang di-Pertuan Agong ini satu institusi yang penting untuk menyatupadukan rakyat... kita bersyukur dengan pemilihan ini dan yakin Tuanku akan dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin," kata pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Datuk Abdul Aziz Derashid berkata beliau mewakili ribuan peneroka di Kesedar merangkumi Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Tanah  Merah dan Machang amat gembira atas pemilihan Sultan Muhammad V itu.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan hari ini berkata pelantikan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuat kuasa 13 Dis ini untuk tempoh lima tahun.

Sementara itu, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pula dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.