Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MANA YANG DAH MULA BERUBAN TU ELOK LA BERSARA


Khairy: BN perlu lebih ramai calon muda
Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Khairy Jamaluddin Abu Bakar. - Foto Bernama

KUALA NERUS – Barisan Nasional (BN) perlu meletakkan lebih ramai calon muda pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sekiranya ingin terus kekal berkuasa memandangkan jumlah pengundi golongan itu semakin ramai.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pucuk pimpinan tertinggi terutamanya Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri wajar memainkan peranan itu dengan mengenalpasti calon muda yang berpotensi dan menyenaraikan nama mereka pada PRU akan datang.

“Masih terlalu awal untuk saya bercakap tentang perkara ini (calon PRU-14) tetapi adalah menjadi harapan saya untuk melihat lebih ramai calon dalam kalangan generasi muda kerana saya percaya rakyat ingin melihat muka baharu.

“Bukan semua (calon orang muda) sebab kita masih hargai tokoh yang ada pengalaman..Cuma kita harap ada gandingan muka lama dan muka baharu yang lebih seimbang.

“Kita tidak boleh menolak peralihan generasi dalam negara..belia semakin ramai..pengundi muda ramai..kalau BN melihat kebelakang dalam usaha untuk kita senaraikan anak-anak muda sebagai calon..maka sedikit sebanyak akan beri kesan negatif kepada anak-anak muda,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Program Jelajah Kampus Rakan Muda 2016 di Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), di sini, petang tadi.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Khairi pandai sindir PIGS yg kebanyakannya janggut sejemput dah beruban tapi masih jugak berebut kerusi dengan amanah. Apalah salahnya mengalah dan bertanding 3 penjuru. Senang sikit yg janggut putih sejemput tu kita lingkopkan.

Anonymous said...

Terbaik bro.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.