Mahathir buat kejutan sertai Bersih 5
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat
kejutan apabila beliau dijangka akan turun dalam perhimpunan Bersih 5,
hari ini.
Ini berikutan tersebarnya gambar beliau tiba di lapangan terbang yang tidak diketahui lokasinya.
Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut berkongsi gambar tersebut di laman Facebooknya.
Dalam kapsyen pada gambar itu, Syed Saddiq menulis bahawa Mahathir bergegas dari mesyuarat di Sudan untuk menyertai Bersih 5.
Mahathir sebelum ini berada di Sudan atas jemputan rasmi sebuah universiti di sana.
0 orang berkata:
Post a Comment