Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BILA MAHADHIR SEDANG DIBOGELKAN, DAH MAKAN DEDAK UTAGHA !!!

Berikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS kepada Pensihat PPBM, Tun Mahathir diatas ucapan yang dibuat sewaktu Konvensyen Pakatan Haprak tu baru - baru ini yang menuduh PAS makan dedak Datuk Seri Najib.

Antara lain, Nik Abduh menasihatkan kepada Bekas Perdana Menteri itu agar tidak membuat tuduhan sesuka hatinya terhadap PAS tanpa melihat kelakuan yang telah ditonjolkan sewaktu memegang tampuk kuasa pada suatu ketika dahulu.

Malah, anak kepada Bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Aziz itu juga turut menasihatkan Tun Mahathir agar dia menginsafi segala kesalahan yang telah dilakukannya selama hari ini sebelum membuat tuduhan terhadap PAS.
“Tun Mahathir ini dia komen ikut sesuka hati dia sahaja. Saya ingat dia ni yang sekat royalti Kelantan kemudian dia nak beri royalti. Dia yang penjara Datuk Seri Anwar Ibrahim, kemudian dia nak bebaskan Anwar. Masa dia ada kuasa, dia tidak buat. Masa dia tidak ada kuasa, dia sebut.
“Lebih baik Tun M kembali ke tikar sajadah, pergi ke Makkah. Banyak belajar agama, itu lebih baik daripada dia pulang ke politik,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu kepada pemberita di Parlimen.
Dari satu sudut, kenyataan Nik Abduh itu seolah - olah memberikan gambaran bahawa Tun Mahathir ini bukan seorang pemimpin yang boleh dipercayai yang hanya sekadar bermain Politik Retorik dengan membuat tuduhan terhadap PAS.

Terdahulu, pemimpin kanan PAS membuat pendedahan terbuka dan mengakui bahawa parti itu lebih teruk dilanyak oleh Tun Mahathir sewaktu dia memimpin Negara sehingga menyebabkan PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1990.

Menurut kata Naib Presiden PAS Pusat, parti itu lebih teruk dizalimi oleh Tun Mahathir jika hendak dibandingkan dengan DAPigs sejak tahun 1985 dalam isu Memali dan menyebabkan PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1990.
“Kita lebih berhati-hati dengan Umno lebih daripada parti lain. DAP dan parti lain tidak terkesan banyak dengan kezaliman Umno. PAS paling teruk dizalimi Umno. Parti-parti lain tak kena macam PAS. Jadi tuduhan PAS masuk (gabung) Umno tak masuk akal,” katanya.
Dalam erti kata mudahnya, PAS cuba memberikan gambaran seolah - olah Tun Mahathir ni merupakan individu yang bertanggungjawab mengkhianati PAS dan sekali gus membuktikan bahawa segala tindakan yang telah dilakukan pada hari ini jelas bertentangan dengan prinsip yang pernah didoktrinkan selama hari ini!!!

2 orang berkata:

din said...

Yang ni sokong 100% Nik Abduh

Anonymous said...

Lebai2 makan dedak dah mula tersentap dgn Dr Mahathir. Sape makan cili dia terasa pedasnya.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.