Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KESIHATAN SETABIL

SU Politik: Hadi dalam keadaan baik
Abdul Hadi Awang
Hadi Awang

KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berada dalam keadaan baik dan sedang menerima pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital di sini.

Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerusi satu kenyataan media berkata, Abdul Hadi dikejarkan ke hospital selepas mengadu kepenatan semalam.

"Oleh itu kerjasama daripada semua pihak diperlukan agar dapat memberi ruang rehat secukupnya kepada Tuan Guru, dan Pas mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat handai kerana tidak menziarahi beliau pada waktu ini.

"Pas amat menghargai keperihatinan semua pihak yang mendoakan kesihatan Tuan Guru," katanya.

Kenyataan tersebut sekali gus menafikan penyebaran status kesihatan Abdul Hadi di media sosial sejak lewat petang semalam yang mendakwa beliau terkena strok ringan dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.