Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LAMBAMG BULAN PURNAMA, MALAM NI PAS NAK TUNJUK ORI LAMBANGNYA


Siap sedia hadapi Supermoon
Supermoon
Supermoon

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor sudah mengarahkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk bersiap siaga bagi berdepan dengan sebarang kemungkinan berikutan fenomena bulan penuh Perigee.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, fenomena itu dijangka menyebabkan air pasang setinggi 3.2 meter di pesisir pantai Johor Bahru.

“Fenomena bulan penuh ini dapat dilihat esok dan ia memberi kesan kepada pasang surut air khususnya di pesisiran pantai Johor Bahru.

“Kita juga sudah meminta masyarakat yang tinggal di pesisiran pantai untuk bersiap sedia,” katanya kepada pemberita pada sidang media Mini Karnival Sungai Skudai 2016, di sini, semalam.

Katanya, kerajaan negeri menerusi Jabatan Meteorologi juga sentiasa memantau dan memaklumkan keadaan itu dari masa ke semasa.

Fenomena bulan penuh atau Supermoon berlaku apabila bulan berada di kedudukan paling hampir dengan bumi, sekali gus membuatkan saiznya seolah-olah lebih besar daripada biasa.

Dalam perkembangan lain, Ayub berkata, Kerajaan Johor sedang membuat penambahbaikan terhadap Pelan Hala Tuju Sungai Skudai bagi menjayakan usaha pemuliharaan dan meningkatkan indeks kualiti sungai berkenaan.

“Pelan asal yang dilancarkan pada tahun 2012 dan tamat pada 2015 itu tetapi distrukturkan semula kerana sepanjang tempoh berkenaan kemajuan pemuliharaan Sungai Skudai tidak mencapai sasaran seperti diharapkan.

“Jadi saya sifatkan ia satu kegagalan kerana tidak berjaya meningkatkan indeks kualiti air bersih sungai dari Kelas 3 kepada Kelas 2. Oleh itu kita struktur semula pelan ini bagi tujuan sama,” katanya.

Menurutnya, pemuliharaan dan usaha meningkatkan indeks kualiti Sungai Skudai adalah penting kerana sungai itu merupakan antara bekalan sumber air di negeri ini.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Bulan kaler oren. Sebelah bulan kaler hitam. Bentuk seolah2 bendera jepun. Tak ada pun kaker putih ngan hijau....

Anonymous said...

Parti pak karam bukan pengkhianat. Cuma suka kencing rata-rata. Habis rumah dia yang dah senget tu hancing.

Anonymous said...

Bila bulan berwarna oren disebut SUPERMOON. Bila bulan berwarna putih dan hijau disebut PENGALAS KAKI.kikiki

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.