Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LANI RAKYAT TAK TENGOK TENTANG DOLAT ATAU TAK DOLAT, YANG PASTI RAKYAT SEMAKIN SUSAH !

Masyarakat sudah bosan dengan kumpulan Bersih
 Najib Tun Razak
Najib Tun Razak

LIMA - PERU. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau melihat masyarakat Malaysia sudah bosan dengan kumpulan Bersih atau merasakan tindak-tanduk perhimpunan yang dipromosikan kumpulan berkenaan tidak memberi faedah kepada negara.

Diminta mengulas perhimpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur pada Sabtu, beliau berkata, tindakan untuk menumbangkan kerajaan cara sedemikian adalah tidak sah dari segi perlembagaan dan undang-undang.

"Kita sebagai rakyat Malaysia mestilah menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang. Kalau tidak, negara kita jadi negara huru hara, rakyat yang menderita," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan sempena penyertaan beliau pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di sini Sabtu.

Mengulas kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Bersih 5, Najib berkata, ia menunjukkan Mahathir akan melakukan perkara-perkara yang berbeza dengan apa yang dilakukannya ketika menjadi Perdana Menteri.

Beliau juga berkata apa yang disuarakan oleh Mahathir mengenai kedudukan ekonomi negara adalah cakap-cakap politik tanpa disokong oleh fakta serta agensi penarafan dan badan antarabangsa seperti Tabung Kewangan Dunia (IMF) atau Bank Dunia.    

"Jika kita ada krisis ekonomi sudah tentu agensi penarafan akan turunkan rating. "IMF dan Bank Dunia akan tegur dan bincang langkah yang perlu dilakukan oleh kerajaan," katanya.

Beliau menegaskan tiada tindakan oleh agensi antarabangsa itu membuktikan urus tadbir negara berjalan dengan baik.

"Tiada sebab mengapa kita rasa cemas," katanya. Najib menegaskan bahawa kerajaan akan terus fokus kepada pentadbiran bagi memastikan setiap program yang dirancang sampai kepada rakyat. - Bernama

1 orang berkata:

Anonymous said...

Pm....rakyat susah skrg.
Harga brg2 mahal.
Cukai mcm2 kena bayar.
Kami bukan tokey balak mcm lebai tu.
Tolonglah faham.
Tolonglah letak jawatan supaya hidup kami lebih senang.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.