KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Di sebalik pengumuman polis himpunan dari kumpulan berbaju kuning dan merah yang diadakan hari ini sebagai perhimpunan haram, kami akan bawakan liputan langsung kepada anda apa yang berlaku di ibu negara.
9.05pagi: Peniaga mengambil kesempatan mencari rezeki sejak awal pagi di tapak himpunan Bersih 5, pagi ini.

9.10pagi: Trafik masuk ke ibu negara sesak.
9.15pagi: Trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berbaris di hadapan Masjid Negara bagi menghadapi segala kemungkinan dalam Bersih 5, hari ini.
9.20 pagi: Jalan Perdana dan Jalan Kinabalu ditutup sepenuhnya dari kegunaan orang awam.
9.26 pagi: Antara peserta Bersih yang hadir dan berkumpul di hadapan Masjid Negara. Jumlah peserta semakin bertambah.
9.31pagi: Anggota polis berkawal di sepanjang laluan masuk ke Dataran Merdeka.
9.40pagi: Anggota DBKL sedang menghala ke Dataran Merdeka untuk membantu mengawal peserta perhimpunan hari ini.
9.42 pagi: Suasana di Padang Merbok masih lengang dan hanya kelihatan petugas media sedang bersiap sedia.
9.47 pagi: Peserta Bersih 5 tiba di Masjid Negara dengan menggunakan pengangkutan awam komuter KTM.
10.00 pagi: Datuk Raja Kamarul Bahrin turut hadir di pekarangan Masjid Negara bagi menyatakan sokongan terhadap perhimpunan Bersih 5.
10.02 pagi: Pasukan polis siap sedia menghalang laluan peserta Bersih 5 dari Masjid Negara ke Dataran Merdeka.
10.10 pagi: Terdapat beberapa peniaga menjual T-shirt Bersih 5 di hadapan Pudu Central.
10.15 pagi: Peserta Bersih 5 sudah mula memenuhi jalan Petaling Street.
10.16 pagi: Polis mengheret penyokong baju merah keluar dari kawasan baju kuning di depan Sogo.
10.20 pagi: Ahli baju merah membanjiri sekitar kawasan PWTC bagi membantah penganjuran Bersih 5.
10.21 pagi: Bersih 5 turut disertai kaum Orang Asli  dengan membawa sepanduk Hormati Hak Tanah Orang Asli dan Hentikan Lesen Lojing.
10.30 pagi: Aktivis Bersih 2.0, Hishamuddin Rais dilaporkan ditahan pihak polis ketika sedang minum di Bangsar.
10.35 pagi: Peserta Bersih berarak ke Jalan Dang Wangi.
10.40 pagi: Peserta Bersih berarak dari LRT Bangsar.
10.55 pagi: Peserta baju merah di Padang Merbok diarah berkumpul di PWTC.


10:58 pagi: Peserta Bersih diarah berkumpul di Jalan LRT Bangsar.

11.05 pagi: Seorang peserta baju merah ditahan gara-gara cuba mencetuskan provokasi dengan menendang peserta Bersih.
11.06 pagi: Peserta kumpulan baju merah mula bergerak meninggalkan kawasan PWTC untuk menuju ke Dataran Merdeka.

11.09 pagi: Sekumpulan lelaki menyediakan makanan percuma untuk peserta baju merah.


11:10 pagi: Peserta Bersih diarah duduk lokasi di Jalan LRT Bangsar.

11.07 pagi: Mangsa yang dikenali Yeoh, peserta baju kuning telah ditendang oleh seorang lelaki yang yang turut berarak mengikuti sekumpulan baju merah menuju ke Jalan Parlimen.

11.14 pagi: Longgokan sampah ditinggalkan peserta baju merah di sekitar PWTC selepas mereka mula bergerak ke Sogo.

11:24 pagi: Peserta Bersih dari jalan LRT Bangsar mula bergerak ke Dataran Merdeka.
http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.588049.1479525828!/image/image.jpg
11.25 pagi: Peserta kumpulan baju merah berarak ke Dataran Merdeka

11.26 pagi: Antara kumpulan baju kuning dari Jalan Parlimen menuju Dataran Merdeka

11.30 pagi: Lebih 1,000  penyokong baju merah berjalan merempuh barisan pertahanan polis dan FRU di depan Sogo.