Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Lebih ramai peserta Bersih 5 akan ditahan

19/11/2016 1:23pm


BAGAN DATOH - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberitahu lebih ramai individu yang menyertai Bersih 5 akan ditahan sebelum didakwa dalam tempoh terdekat.

Senarai penahanan individu-individu berkenaan sudah dikenalpasti, namun beliau menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Kita sudah ada senarai mereka akan ditahan, namun saya enggan mendedahkannya kepada media.

"Saya menyerahkan kuasa dan pelaksanaan undang-undang ini kepada ketua polis negara sepenuhnya bersama-sama dengan kuasa yang diperuntukkan di bawah PDRM," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sidang akhbar selepas melawat mangsa banjir di Kampung Simpang Tiga, Rungkup di sini sebentar tadi.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri turut berharap agar tidak berlaku sebarang kekacauan dan kerosakan harta benda sepanjang tempoh perhimpunan. K! ONLINE

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.