Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS JANGAN LAGI DIPERMAINKAN DAN DIPERBODOHKAN

PAS BOLEH BERUNDING DENGAN SESIAPA SAHAJA MELAINKAN DENGAN DAP DAN PAN, DUA-DUA PARTI INI JANGAN MENYEBUK, JANGAN TUNJUK MUKA KEPADA PAS, SUDAH BANYAK MAKI HAMUN DILUAHKAN PADA PAS, DAH BANYAK PENIPUAN MEREKA LAKUKAN TERHADAP PAS, TETIBA BILA DENGAN PRU 14 DAH HAMPIR MEREKA MULA NAK BERBAIK ?, AMPUUUUUN ! TOBAT LAHUUUUM !!! PAS BUKAN PARTI TEPI JALAN !!!! -- Pak Karamu


 Harapan PKR, Amanah kepada Pas



Khalid Abdul Samad
Khalid Abdul Samad



 
SATU lawan satu. Itu hajat, juga keyakinan sekalian pemimpin pembangkang sebagai laluan untuk mereka tumbangkan BN pada PRU14.

Bagaimanapun keengganan Pas untuk bekerjasama terutama dengan DAP dan Amanah telah jadi halangan awal untuk konsep itu direalisasikan sekali gus menjejaskan peluang untuk pembangkang menjamah hidangan yang bagi mereka sudah tersedia di hadapan mata ini.

Bagaimanapun kenyataan Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin pada 31 Oktober bahawa parti itu sedia untuk berbincang mengenai satu lawan satu seakan memberi nafas baharu kepada pakatan pembangkang.

Ikuti reaksi Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul sebagaimana dinyatakan kepada Wartawan Sinar Harian, MUHAMAD MAT YAKIM

Satu lawan satu. Itu hajat, juga keyakinan sekalian pemimpin pembangkang sebagai laluan untuk mereka tumbangkan BN pada PRU14.

Bagaimanapun keengganan Pas untuk bekerjasama terutama dengan DAP dan Amanah telah jadi halangan awal untuk konsep itu direalisasikan sekali gus menjejaskan peluang untuk pembangkang menjamah hidangan yang bagi mereka sudah tersedia di hadapan mata ini.

Bagaimanapun kenyataan Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin pada 31 Oktober bahawa parti itu sedia untuk berbincang mengenai satu lawan satu seakan memberi nafas baharu kepada pakatan pembangkang. Ikuti reaksi Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk  Johari Abdul sebagaimana dinyatakan kepada Wartawan Sinar Harian, MUHAMAD MAT YAKIM.

Bagaimana saudara terima kenyataan Mursyidul Am Pas mengenai satu lawan satu?  

Ini antara isu yang jadi pencetus perpecahan dalam Pas hingga membawa kepada tertubuhnya Amanah. Kumpulan yang akhirnya membentuk Amanah itu telah menyatakan bahawa kita perlu bekerjasama (dengan parti-parti pembangkang lain termasuk DAP), dengan semua pihak, Islam dan bukan Islam.

Itulah dasar common policy framework. Mana-mana perkara yang kita tidak boleh dipersetujui bersama, kita letak tepi dahulu, kita tidak masukkan dalam dasar bersama.

Dasar bersama ini ialah apabila memerintah,  kita mahu membentuk keadaan negara yang lebih baik daripada sedia ada, lebih terbuka, lebih demokratik, lebih berkesan dalam membawa kesejahteraan pada kehidupan rakyat serta menunjukkan contoh pemerintahan yang baik (good governance) sebagai ikutan umat Islam. 

Tetapi kita tidak dihalang untuk membawa (perkara-perkara yang tidak termasuk dalam persetujuan bersama) atas nama parti sendiri. Ia adalah atas nama parti, bukan atas nama jawatan yang kita menang sebagai wakil pakatan.

Jangan kita salah guna kemenangan yang kita capai atas dasar-dasar yang dipersetujui bersama. Tidak bolehlah setelah menang, kita tiba-tiba nak bawa cara lain pula. Ini yang menyebabkan PR berpecah dulu.

Yakin Pas telah berubah?

Ketika mula-mula berpecah, Pas menunjukkan sikap yang begitu sikap keras, tidak mahu bekerjasama, tutup pintu dan tidak boleh runding. Bagaimanapun sekarang saya nampak mereka pun sudah memahami bahawa realiti politik sekarang sudah berbeza dan memerlukan pakatan.

Mungkin Pas sudah sedar akan implikasi bersendirian, jika berlaku pertandingan tiga penjuru dan sebagainya. Kalau nak dikira pada bercakap, memanglah senang tetapi kalau BN juga yang menang, apa yang kita boleh buat?

Akan tertutuplah laluan untuk kita bertemu masyarakat, berikan mereka kefahaman mengenai apa yang kita perjuangkan sebagai contoh kepimpinan.

Tetapi saya sambut ini sebagai tanda perubahan (pada Pas). Yang penting mereka sedia nak bincang. Soal syarat tidak mengapa, itu sebagai permulaan. Saya kira mereka berada pada perubahan arah yang betul.

Mudah-mudahan nanti akan datang kesedaran sebelum pilihan raya supaya kita boleh betul-betul satu lawan satu menerusi gabungan pembangkang yang kukuh dan mantap. Yang penting adalah untuk kita dapat tumpukan perhatian dan usaha tewaskan Umno/ BN.

Sudah ada perbincangan mengenai perkara itu dalam Amanah?

Tidak ada, sebab dari dulu dasar kita (Amanah) terbuka. Kita tidak berubah, yang berubah adalah Pas. Kita sentiasa menggalakkan mereka untuk datang lebih rapat. Kenyataan mengenai prinsip keterbukaan kita sentiasa diulang kerana kita tahu rakyat inginkan perubahan (kerajaan).

Kita juga tahu rakyat sudah fed up dengan Umno/ BN. Keadaan negara kita semakin merisaukan. Ini termasuk hubungan perniagaan dengan China yang mencurigakan. Perdana Menteri yang tidak ada kekuatan, mungkin akan bersetuju dengan apa sahaja yang ditawarkan oleh Kerajaan China.

Kerana itu, kita perlu kalahkan BN pada PRU14. Tidak ada cara selain satu lawan satu. Pas dipelawa (untuk bersama PH) demi kebaikan parti itu sendiri juga supaya nanti ia tidak terpinggir dan tercatit dalam sejarah sebagai parti yang jadi punca Umno/ BN terus memerintah. Ini sebab kita mahu Pas bersama dalam pakatan pembangkang.

Isu besar ialah pembahagian kerusi. Bagaimana Amanah sedia untuk hadapi kesukaran yang sudah dijangka ini?

Penting untuk kita semua sedar bahawa dalam isu kerusi (pilihan raya), kita jangan anggap seolah-olah kerusi itu hak milik mutlak kita. Ia bergantung pada suasana politik semasa, bergantung perubahan yang berlaku.

Ini memerlukan kita bersikap realistik dan fleksibel. Soal kekuatan dan di mana kita bertanding (kerusi) adalah dua perkara yang berbeza. Parti kita mungkin ada banyak cawangan dalam sesuatu kawasan dan ini menyebabkan kita berasa parti kita cukup kuat.

Dengan itu, bagi kita, parti kitalah yang paling layak bertanding walhal yang sebenarnya, untuk menang pilihan raya, kita tidak boleh berfikir dengan cara itu. Kita tidak boleh berfikir bahawa kalau kita tidak bertanding, kita rugi.

Untuk menang pilihan raya perlu ada wawasan politik jangka panjang. Jadi kita jangan ambil pendekatan secara jangka pendek. Apabila kita beri laluan untuk parti lain bertanding di kawasan kita atas sebab-sebab yang perlu mengikut keputusan pimpinan pakatan, kita kena sokong dan begitu juga di kawasan di mana calon parti kita yang dipilih untuk bertanding.

Kita sokong calon mereka, mereka akan sokong calon kita pula di tempat itu. Begitulah permuafakatan yang seharusnya berlaku dalam pakatan. Inilah yang akan membawa kemenangan kepada gabungan pembangkang di bawah konsep satu lawan satu.

Jangan kita fikir, kalau parti atau calon kita tidak diberi ruang untuk bertanding, kita tak nak beri kerjasama, susahlah kalau kita bersikap macam itu.

Sepatutnya kenalah beri laluan kerana kita nak kekuatan yang datangnya daripada Amanah, PKR, Bersatu dan DAP. Kalau kita daripada Pas, kita nak bersama kalahkan Umno/BN.  Itu yang terpenting. Kita nak undi untuk kita bersatu. 

Peluang pembangkang pada PRU14?

Umno sudah berpecah dan ini adalah peluang terbaik untuk kita bawa perubahan dalam kepimpinan negara.  Mengapa saya kata ini peluang terbaik?

Sebabnya, sekarang kita mempunyai barisan kepimpinan pembangkang Melayu yang terbaik dalam sejarah. Kita ada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (yang punya banyak pengalaman dalam kerajaan) serta pemimpin-pemimpin lain daripada Amanah, PKR dan Bersatu.

Malah daripada Amanah, kita ada dua bekas Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia iaitu Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin. Ini barisan yang mantap dan cukup untuk beri keyakinan kepada masyarakat dalam usaha kita untuk mengambil alih kepimpinan negara.

Tetapi untuk pembangkang diterima, kita dengan Pas tak boleh berpecah. Perpecahan akan menyebabkan kita tak boleh nak ganti Umno/BN.

Apa yang saya paling khuatir ialah Pas anggap BN lebih baik daripada pembangkang. Kalau Pas berpendirian begitu atas sebab dominasi Melayu/ Islam ataupun sebab-sebab lain, maka ianya akan jadi masalah! 

Dalam hal ini, saya kira wawasan politik Presiden Pas perlu diperjelaskan. Kalau dia letak syarat dominasi Melayu/ Islam (sebagaimana Umno dalam BN) maka begitu juga Pas dalam pakatan pembangkang (mesti dominan) sebagai syarat untuk bekerjasama, jika itu sikapnya, amat malanglah.

Ini bukanlah perkara yang wajar untuk kita tuntut tetapi kita kena usahakan. Sekarang ini, nak dapatkan kepimpinan dalam gabungan pembangkang termasuklah Datuk Seri Anwar, Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin, semua berusaha untuk kepimpinan masing-masing diterima dalam saf yang paling terkehadapan. Itu caranya, bukan dengan meletak syarat (seperti Pas).

Saudara dilihat seperti masih ada rasa yang terbuku terhadap Pas. Tidakkah ini jadi halangan untuk berbincang?

Saya sebenarnya hendak mengingatkan bahawa dalam kepimpinan, kita perlu berjiwa besar, kena ada keanjalan sikap dan realistik, juga memahami realiti masyarakat. Yang terpenting ialah kita kena faham bahawa kepimpinan tidak boleh dituntut.

Tidak boleh kata, nak bersatu, mesti Pas yang memimpin. Hendak diterima sebagai pemimpin, mestilah masyarakat yang menerima kepimpinan kita hasil daripada perjuangan dan pengorbanan yang kita bawa, pemikiran yang jelas serta wawasan kita yang memberikan manfaat kepada orang yang dipimpin.

Itu barulah orang terima kepimpinan kita. Kita tidak boleh meletak kepimpinan sebagai sesuatu yang harus jadi milik kita, hak kita dan orang lain kena jadi pengikut sahaja. Cara pendekatan yang seperti itu, kita kena fikirkan semula.

Dahulu, dalam PR walaupun disebut Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri (jika PR dapat memerintah), kedudukan Pas pada ketika itu cukup strategik. Kita yang mencorakkan pemikiran, misalnya konsep Negara Berkebajikan.

Idea itu datang daripada Pas. Walaupun orang  nampak seolah-olah bukan kita tetapi sebenarnya kita (Pas) yang memimpin (pakatan). Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz begitu dihormati dan disanjung oleh semua pemimpin dan ahli pakatan pembangkang. 

Itu bukan kita yang tuntut atau letak sebagai  syarat. Itulah yang kita kena faham bahawa dalam soal kepimpinan, kita tak boleh tuntut atau anggap diri kita layak tetapi orang yang menilai dan meletak kita di tempat itu. Ini yang saya rasa Pas ada sedikit masalah.

Dengan pendekatan yang saya boleh kira agak keras, menuntut kepimpinan dan meletak syarat kepimpinan mereka diterima sebelum sedia untuk bersatu atau bekerjasama, ini merupakan satu perkara yang tidak boleh dilaksanakan sekarang ini dan ianya pun bukanlah cara Rasulullah SAW pada pandangan saya. Bagaimanapun, hal ini masih boleh dibincangkan.

Sidang Dun Kelantan minggu lalu memperlihatkan perbalahan yang berterusan antara Datuk Husam Musa dengan pimpinan Kerajaan Pas. Ini sudah pasti akan jadi ‘duri dalam daging’ untuk mencapai hasrat satu lawan satu, terutama di Kelantan.

Berkaitan dengan Datuk Husam, saya nak cadangkan kepada pimpinan Kerajaan Pas Kelantan supaya panggil dia ajak bincang elok-elok. Kalau ada kelemahan yang kita nak tutup, nak ditimbulkan dalam Dewan, itulah akibatnya.

Sikap bermusuhan dengan Amanah tidak menguntungkan sesiapa. Kalau tak dipanggil untuk bincang buat satu gabungan Pas dengan Amanah, dengan PKR dan Bersatu di Kelantan, dan kamu (sengaja) tak beri kepada ruang kepada pihak lain, sudah pasti dia akan terpaksa berusaha untuk datangkan ruang kepada dirinya sendiri.

Ini kerana dia sendiri pun nak hidup juga. Dia juga ada wawasan perjuangan dan nak beri sumbangan kepada negeri, negara dan masyarakat. Itu takkan kita boleh nak halang?

Maknanya kami sentiasa mahu mengajak semua parti-parti pembangkang untuk bersama tumbangkan BN.

Konvensyen PH yang akan diadakan pada 12 November pun kita jemput sama Bersatu, Pas untuk bersama sebab kita percaya apa yang sedang kita uruskan adalah maslahah (kepentingan) rakyat, bukan maslahah pemimpin parti. Kalau maslahah rakyat, maka rakyat perlu diberikan ruang untuk menyuarakan pendapat mereka dan kalau rata-rata rakyat mahu satu lawan satu, kita mesti usahakan ke arah itu. Adapun jika kita ada apa-apa masalah (sesama kita), perbezaan pendapat dan sebagainya, itu kita uruskanlah dalam kalangan kita.

Agak Datuk berapa peratus peluang untuk pembangkang ambil balik kerajaan negeri Kedah?

100 peratus. Solid. Saya boleh kata kita sedang tunggu saja untuk amblil balik. Insya-ALLAH. 100 peratus. Solid. Saya amat yakin kita akan mampu selesaikan masalah perbezaan pendapat antara pimpinan tetapi kita mesti bercakap pasal isu rakyat, bukan isu pimpinan. Pemimpin boleh datang dan pergi tetapi rakyat nak pergi ke mana? Mereka akan tetap di situ.

Dulu Dr Mahathir perdana menteri, hari ini Najib. Sebelum ini, Husni Hanadzlah menteri kewangan, hari ini Johari Abdul Ghani. Pemimpin datang dan pergi, rakyat tetap di situ. Jadi tak dapat tidak, kita mesti utamakan rakyat berbanding hal-hal percanggahan, perbezaan pendapat atau pendekatan sesama pemimpin.

Yang kita dok berkelahi (bertelagah) sebab ada pemimpin yang berasa dirinya semi-god. Kalu dia tak ada, negara akan hancur. Itu yang tidak boleh. Kita pun bukan nak berumur panjang sampai 300 tahun. Umur kita setakat 70 tahun sahaja.

Saudara tengok di Syria, apa masalah mereka? Pemimpin! Yang menanggung azab sengsara perang, rakyat. Berjuta orang jadi mangsa. Itulah kedurjanaan pemimpin di atas menyebabkan rakyat menderita.

Tetapi kita janganlah sampai ke tahap itu. Kalau sudah jadi begitu, sudah terlalu sukar nak dipulihkan. Tak perlu tengok sampai BN, cukup dalam barisan pembangkang, apa yang kita boleh ubah, kita kena ubah. rakyat?

Dalam satu ucapan, saya kata negara hancur bukan kerana rakyat tetapi pemimpin. Begitu juga parti-parti politik, bukan kerana ahli tetapi kerana pemimpin. Saya yakin kalau kita sebagai pemimpin mempunyai prinsip yang begitu, banyak masalah akan selesai. Jadi tidak boleh kerana personaliti kita, kita buat sesuatu keputusan yang tidak menguntungkan rakyat. Bagi saya, itu tidak kena. Rakyat tak tahu apa yang berlaku di atas.

Bagaimana pula dengan syarat Pas, satunya Islam mesti dominan dalam pakatan, barulah mereka akan bersetuju untuk satu lawan satu?

Bagi saya, itu semua hal teknikal sajalah. Prinsipnya apa? Satu lawan satu. Yang lainlain itu, ‘pasu bunga’ saja, kita boleh bincang.

Memanglah kita tubuh parti pun adalah kerana ada prinsip-prinsip kita yang kita nak perjuangkan, nak juarai dalam ruang lingkup yang dibenarkan demokrasi. Kita ada banyak parti, masing-masing ada arah tuju perjuangan yang tersendiri.

Tidak mengapalah, asalkan kita berjuang dalam ruang lingkup yang dibenarkan undang-undang, itu semua tak jadi masalah.

Dalam konteks ini, tentulah setiap parti masing-masing akan cuba menonjolkan merekalah yang terbaik. Apapun, bagi saya orang yang di atas bukanlah uang paling penting.

Pemimpin hanyalah seumpama pemandu tetapi yang lebih penting adalah komponen yang ada dalam parti itu, iaitu ahli atau rakyat. Satu lagi, arah tuju mestilah jelas. Kalau pemandu pun tak tahu nak bawa ke mana, itu sangat bahaya!

Adakah dalam PKR sudah ada perbincangan mengenai perkara itu?

Di peringkat kita, sebelum keluar kenyataan Mursyidul Am Pas itu lagi pun kita sudah bergerak. Arahan daripada pimpinan PKR yang sudah keluar lapan bulan lalu adalah jelas iaitu supaya perbincangan dilakukan.

Di Kedah, sudah banyak kali perbincangan kita buat, dengan Bersatu, dengan Pas. Walaupun ada perbincangan, kita tak putuskan apaapa kerana masing-masing ada hierarki dan mereka yang paling layak untuk buat keputusan. Apa yang saya nak maklumkan bahawa jambatan sudah ada, komunikasi sudahpun berlaku.

Itu yang kita tidak mahu tutup seperti yang disebut oleh Presiden Pas bahawa mereka sudah buka pintu. Apabila pintu sudah dibuka, bolehlah kita masuk. Hal adab-adab yang kita kena patuhi, itu cerita lainlah. Yang penting kita sudah boleh masuk dan berbincang (dengan Pas).

Di peringkat akar umbi, bagaimana Datuk jangka respons mereka?

Saudara mungkin terkejut kalau saya katakan bahawa di Kedah sebenarnya persediaan untuk satu lawan satu ini sebenarnya lebih daripada apa yang kita boleh lihat di peringkat nasional. Dalam kata lain, masing-masing parti lebih bersedia untuk satu lawan satu dan juga untuk duduk berbincang di Kedah berbanding negeri-negeri lain, malah jika dibandingkan dengan di peringkat Pusat pun.

Sebab apa? Sebab kita pernah ada pengalaman memerintah di Kedah dan ketika itu, rakyat mendapat hak mereka lebih daripada apa yang mereka dapat ketika di bawah pemerintahan BN.

Di bawah BN sekarang, banyak yang mereka pernah dapat dahulu sudah hilang jadi mereka berharap untuk kembali seperti kita memerintah dahulu. Walaupun Ustaz (Allahyarham Tan Sri) Azizan (Abdul Razak) dilihat sebagai seorang menteri besar yang agak tegas dalam beberapa hal tetapi penyertaan rakyat agak jelas.

Sekarang penyertaan seperti itu tidak berlaku. Saya boleh katakan di Kedah, kebanyakan pimpinan akar umbi mahu satu lawan satu.

Setiap kali saya turun jumpa akar umbi, mereka selalu tanya, “Datuk, boleh tak tolong selesai hal ni dengan orang atas?”

Ini daripada orang Pas sendiri. Sebabnya adalah kerana hubungan yang sangat mesra. Ini bukan baru, bukan baru kenal tetapi dari 1998 lagi. Itu yang saya katakan, saya lebih berminat nak selesaikan masalah rakyat daripada masalah pimpinan.

Kalau nak ajak berbincang antara parti pun, kalau halnya berkaitan rakyat, ok tetapi kalau hal pemimpin, bagi saya no point. Sebabnya kalau kita bercakap hal pimpinan, kamu akan letak kepentingan kamu, pertahankan kepentingan kamu atau kumpulan kamu.

Lagi baik kita bercakap pasal rakyat. Saya dan kamu sebagai pemimpin, apa kita nak buat (untuk rakyat)? Kita masing-masing bawa keluar idea dan duduk bersama berbincang apa kita nak buat untuk rakyat.

1 orang berkata:

Anonymous said...

baru sedar bahawa selama ni bahawa PASD memang bodoh dan bolih dipermainkan.kah.kah.kah.rupanya peminpin Pas bodoh selama ni termasuk kepala bapak karmu ni.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.