APA JUGA SIKAP BERSIH KITA SUKA, TAPI TAK IKUT CAKAP ATAU ARAHAN PARTI MAKA MEREKA ADALAH KHIANAT, PAS JANGAN SIMPAN PENGKHIANAT, KITA MURKA DAN ELOKLAH MEREKA DIPECAT DARI PAS. SEPATUTNYA JIKA MEREKA NAK JOIN SEKALIPUN MEREKA PERLU MEMINTA IZIN DARI PARTI TERLEBIH DAHULU, AHLI MAHU DENGAR APA KEPUTUSAN PARTI NANTI - Pak Karamu
Bersih 5: Pas tunggu laporan untuk ambil tindakan
KUALA TERENGGANU - Pas menyerahkan kepada Jawatankuasa Disiplin parti
untuk mengambil tindakan terhadap beberapa wakil rakyat parti itu yang
sengaja hadir ke perhimpunan Bersih 5, Sabtu lalu.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ia bagaimanapun
bergantung kepada aduan daripada mana-mana pihak bagi membolehkan
tindakan diambil kepada mereka yang terlibat.
"Terpulang kepada disiplin parti, sehingga ada pengaduan. Kita tidak
boleh bertindak kalau tiada pengaduan," katanya kepada pemberita ketika
ditemui sempena persidangan Dun di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.
Terdahulu, Pas menyatakan pendirian untuk tidak menghadiri Bersih 5 sebagaimana dijadualkan, 19 November lalu.
Bagaimanapun, beberapa wakil rakyat Pas dikesan menghadiri himpunan
tersebut bagi menyuarakan pilihan raya bersih dan adil yang
diperjuangkan Bersih.
0 orang berkata:
Post a Comment