Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS TIDAK BOLEH HADHIR. DOSAAAA ! PASAI ITU LUA ORANG MANYAK JAHAT !


Pas enggan hadir konvensyen pembangkang


Pas



 
PAS bertegas tidak akan menghadiri konvensyen pertama Pakatan Harapan yang akan diadakan di Shah Alam, Sabtu ini.

Demikian dinyatakan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Sin Chew Jit Poh.

Menurut Tuan Ibrahim, Pas tidak akan berganjak daripada keputusan asalnya untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan Amanah. Oleh itu tidak ada sebab wakil Pas perlu menghadiri konvensyen tersebut yang turut disertai kedua-dua parti itu.

Selain DAP dan Amanah, PKR turut berada dalam Pakatan Harapan. Beberapa pemimpin Bersatu turut dijangka muncul di konvensyen berkenaan.

Difahamkan, kemuncak konvensyen Pakatan Harapan itu adalah perjanjian antara Pakatan Harapan dan Bersatu bagi mewujudkan satu bentuk kerjasama untuk mencapai strategi satu lawan satu dengan BN pada PRU akan datang.

Menurut akhbar itu, Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah sebelum ini menyatakan, konvensyen kali pertama dianjurkan Pakatan Harapan itu akan jemput Pas dan Bersatu.

Mengenai strategi satu lawan satu dengan BN, Tuan Ibrahim berkata, Pas memang setuju dengan perancangan tersebut kerana ia mampu meningkatkan peluang untuk parti pembangkang mengalahkan BN.

"Pas tiada sebarang masalah mengenai isu 'satu lawan satu' ini. Namun, Pas perlu memastikan tidak ada parti pembangkang lain yang datang menjejaskan kawasan yang kami ingin tandingi," kata Timbalan Presiden Pas itu.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Parti alas kaki.

Anonymous said...

Pas jgn jadi parti alas kaki Dap dan puak liberal yg berpaksikan dunia.

Anonymous said...

Pas parti politik jual agama peralatkan Islam. Mmg sesuai buat alas kaki ke toilet.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.