Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PUUUUH, PELUH ! JANGAN BUAT BENDA TAK ELOK, TU JE


Merayu-Rayu Bapa OKU Ini Meminta Penyokong PAS Padamkan Post Yang Menfitnah Anak Kesayangannya Dengan Mujahid Rawa.



Sapa lawan ulama (TGHH) kami lawan dia balik.
Sapa tentang Islam, kami tentang dia habis-habisan.

Korang akan nampak/baca ayat-ayat seumpama di atas dalam group-group wassap pro PAS vs pro PAN.

Kenyataan-kenyataan seumpama ini memang rajin disebarkan oleh penyokong/ahli PAS. Kononnya sebagai bukti/hujah/tanda mereka lebih mencintai Islam lebih dari orang lain.

Baru-baru ini terdapat sebilangan penyokong PAS menyebarkan ini di wassap-wassap group ;



Gadis yang dimaksudkan oleh penyokong PAS itu sebenarnya ialah anak saudara kepada Ahli Parlimen Amanah, Muhajid Rawa, Parit Buntar.

Gadis itu orangnya Islam.
Bangsanya melayu.
Dia OKU. Orang Kelainan Upaya. Yang dilahirkan istimewa.

Namun telah menjadi mangsa fitnah sedemikian rupa oleh penyokong2 PAS yang nampaknya seakan benci pada #BERSIH5. Menurut pemerhatian aku, aku mendapati penyokong-ahli PAS semacam anti pada BERSIH bukanlah kerana BERSIH itu sendiri sebaliknya kerana mereka tidak dapat menyertai BERSIH5. Apabila terasa seperti dipinggirkan maka mereka mula mencari kesalahan demi kesalahan dalam BERSIH5 bagi mewajarkan emosi mereka yang dinafikan hak untuk menyertai BERSIH5.

Tak sama macam sudut pandang aku.

Penyokong-ahli PAS sebenarnya bercelaru dengan kehendak diri sendiri.

Dan meskipun telah dinyatakan bahawanya post itu merupakan suatu fitnah, individu berkenaan tidak memadamkan post tersebut. Bahkan beberapa konco-konconya membelanya tindakan itu pula.

Walaupun si bapa hadir menjelaskan keadaan. Ya, si bapa sampai perlu komen supaya individu itu tarik balik posting dan jernihkan keadaan.

Namun si empunya posting tidak memberikan apa-apa respon, langsung sehingga ke jam ini.

Sebenarnya, walaupun post tersebut tidak viral secara share dan komen, ianya viral di laman-laman wassap.

Dan apabila sebegitu, ada komen-komen penyokong PAS yang amat biadap. Yang aku rasa, kalau budak neh ada kat depan aku koman-koman kalau tak dapat lempang, pijak pun boleh.

Ini komen bapa gadis OKU tersebut ;

 
Pemikiran bebudak PAS nak menghalalkan fitnah. Bukannya nak diseru betulkan post, jernihkan perkara salah sebaliknya nak memanjangkan fitnah!



Punyalah takde isu nak kritik, OKU pun dikacaunya. Bebudak neh sakit jiwa.

Zubit neh sedar ke kawan akrab dia pun anaknya istimewa?

Kita nak berbeza pun mestilah dalam kerangka yang rasional. Jangan main pukul rata, hentam kromo atau merepek tak tentu hala. 

Kejap lagi ada la tu sebaran mengatakan aku dibayar UMNO. Takpun aku neh dilabel sebagai caiPAN dan caiDAP.

Kah Kah Kah!

Btw, bercakap tentang penyokong sakit mental, neh antara contohnya untuk korang hadam.

 
Kita minta si pemfitnah betulkan post.

Si penyokong pemfitnah, provoke bagi menambahkan kekacauan. 

Yang terprovoke, sebarkan benda bangang bagi counter attack provokasi, menambahkan lagi kekacauan yang sedia kacau.

Maka kat sini la main focus berubah dan kedua-duanya akan saling bergaduh bertekak berparang macam orang sewel lagaknya.

Kan bagus kalau penyokong pemfitnah dan yang terfitnah sama2 tumpu kepada masalah sebenar, iaitu desak si pemfitnah betulkan post.

Point aku tunjukkan kat korang benda neh ialah, nak bagi korang faham betapa masyarakat kita neh wujud manusia2 seperti ini. Sikap2 manusia2 seperti inila yang akhirnya menghalang atau melambatkan lagi jalan ke arah penyelesaian masalah.

Ini baru benda kecik. Tahu? Benda kecik.

Bayangkan benda besar macam politik. Revolusi. Demo. Bersih. 1MDB. Haru bhai.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.