Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEBENARNYA BERSIH 5 TELAH GAGAL

APA YANG HENDAK DIBANGGAKAN TENTANG BERSIH ? SEBENARNYA TIDAK ADA, BALIK KETAKUK LEBIH TERUK DAN TAK ADA KESAN, TIDAK ADA YANG AKAN BERUBAH DAN TIDAK ADA YANG DAPAT DIHARAPKAN, YANG DAPAT HANYA LETIH, BUANG MASA, BUANG TENAGA,PI EM TERUS SENYUM, NAMA NAJIB TERUS TAK BERUBAH, PILIHANRAYA TETAP DENGAN SISTEMNYA,SO LAINKALI PAKAI AKAL JANGAN PAKAI OTAK - Pak Karamu

 

 

Gambar-Gambar Pendemo #Merah Yang Hilang Arah & Pendemo #BERSIH5 Yang Dibrainwashed.

Pendemo Merah hari ini betul-betul macam anak ayam yang kehilangan ibu selepas Jamal dan dua orang kanannya ditahan polis. Jamal ditahan berikutan kesnya di Ampang Point hari tu. Dia kini ditahan reman selama 4 hari. 

Selepas berkumpul di sana sikit, sini sikit, situ sikit akhirnya kumpulan #Merah yang berpecah dan berterabur ini pulang ke rumah masing-masing. 

Ini mereka ketika berkumpul di Padang Merbok.





Melepak. Tidur. Baring. Main telefon. Buang sampah. Taktau nak buat apa.

Selain di Padang Merbok kelibat Merah juga ada di beberapa lokasi lain antaranya di Jalan TAR, Masjid Negara dan sekitar Puduraya. 

Mereka masing-masing berpecah dan tidak mempunyai halatuju yang jelas. Ini berlaku kerana mereka tidak pasti apakah yang patut mereka buat ketika berhimpun. 

Kelibat Merah juga didapati membawa kayu dan batang buluh. Namun sampai sekarang tak dapat dipastikan untuk apa ia digunakan. 

Baca : Pendemo #Merah Bawa Kayu Sakti Untuk Buktikan Kekebalan.

Ringkasnya. Perhimpunan Merah yang dijadualkan hari ini untuk menghalang atau menanggani pendemo #BERSIH5 boleh la kita sifatkan sebagai GAGAL.

Jumlah kehadiran tertinggi mereka ialah sekitar 6,000 sahaja. Jauh dari apa yang dihebahkan Jamal iaitu sebanyak 300,000 orang. Yang lain-lain tu berjuang kat rumah je la kot. Ye tak?

Kah Kah Kah

----------------------

Oke ini kritikan kepada #BERSIH5.

Buat perkara yang sama berulang-ulang kali dengan mengharapkan keputusan yang berbeza setiap kali merupakan suatu kerja yang bodoh.

Jangan mempertikaikan usaha orang.

Ini ialah alasan bagi melarang orang ramai dari melakukan kritikan terhadap #BERSIH5.(Alasan2 macam neh la digunakan untuk menghalang kritikan terhadap kerajaan. Baju berbeza tetapi memiliki perangai sama siot)

Mereka timbulkan elemen simpati.
Ah tak baik kita kritik mereka.
Mereka ada usaha.
Kita ada apa?
Kita sembang saja.

Sepertimana agamawan balut diri mereka dengan hujah agama bagi mengekang kritikan, seperti itulah penyokong2 BERSIH balut diri mereka dengan hujah2 simpatik bagi menghalang sebarang bentuk kritikan terhadap entiti itu.

Bersih sudah sampai volume ke 5. Namun bukan sahaja bilangan kehadiran tidak bertambah bahkan ia bertambah korup.


KL kuning dengan 40,000. Dan tv3 kata ianya hambar. Dan sememangnya ianya hambar. Tak perlu tipu diri sendiri. Menafikan kritikan dari tv3 hanya kerana faktor sentimen itu bermaksud kau semua melarikan diri dari realiti. Orang yang tak boleh terima realiti, ialah manusia yang suka hidup di alam fantasi.

BERSIH4 lepas. 100,000 dikatakan telah hadir ke perhimpunan.

BERSIH5 bilangan kehadiran ialah 40,000.

Dan masih mahu menipu diri sendiri mengatakan ianya demo yang berjaya?

Lagi cepat kita akui masalah kita, lagi cepat kita dapat mencari solusi yang terbaik bagi membetulkan keadaan. Namun penyokong2 BERSIH ini bukannya faham. Bagi mereka asal saja kau kritik BERSIH itu bermaksud kau tu macai Najib!

Jika sentimen ini tidak diperbaiki sebelum PRU ke 14, maka pembangkang jangan bermimpi boleh menang besar.

Pecahan penyokong BERSIH5 yang turun siang tadi masih lagi didominasi oleh kaum cina. Ada sedikit peningkatan dari kaum melayu. Dan dari kaum india. Kaum melayu dan india dikatakan sama portion. Tetapi ia belum cukup kuat untuk dikatakan berjaya.

Sebenarnya bangsa apa pun yang turun demo tidakla penting. Kita neh rakyat Malaysia. Baik cina, india mahupun melayu mereka mewakili Malaysian.

Tetapi perkara ini pasti menjadi topik yang akan dipertikaikan oleh pihak sebelah sana, mereka akan berkata, bahawanya melayu semakin kurang menyokong pembangkang. Ia akan menjadi sentimen yang cukup bagus bagi mempengaruhi pemikiran melayu.

Siang tadi ketika melihat live BERSIH5, aku dapati dah boleh sangat dah cara yang BERSIH gunapakai untuk melepaskan rasa protes/marah/geram terhadap kerajaan dimasukkan ke alam kubur laju-laju.

Pendemo macam zombie.
Begitu teruk di brainwashed.

Pemimpin ke kanan. Kau ke kanan. Pemimpin arah ke kiri. Kau ke kiri. Betul-betul takde pendirian punya mahkluk.

Mahathir berucap. Azmin berucap. Zuraidah berucap. Muhyiddin berucap. Benda-benda tue semua berucap. Kau mendengar. Datang dari pagi. Ada yang datang dari semalam. Tidur hotel. Bangun pagi. Berjalan berjam-jam lamanya. Sampai KLCC. Dengar pemimpin berceramah mengadap muka kau. Kau mengadap muka pemimpin.

Apa yang pemimpin cakap adalah apa yang kau dah tahu.

Salah ke kita turun demo ini? Takkkkkk.

Kita perlu lawan Najib. Yaaaaaa.

Hello.

Kita dah dengar dorang potpet benda neh dalam media hari-hari okay. Perlu ke kita turun ke depan muka mereka untuk mereka ulang semula perkara yang kita dah lama tahu? Bahkan kita terlebih dahulu tahu bahawanya BN tak boleh pakai berbanding Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin.

Siapa mereka nak ajar kita?

Siapa yang terlebih dahulu melawan BN selama ini sebenarnya? Aku confuse.

Aku confuse dengan penyokong2 BERSIH. Dengan pembangkang apetah lagi. Kenapa mereka mengiyakan aje kata2 pemimpin mereka.

Ini bukan masa untuk kita saling hadap menghadap dengar ceramah2 bangang macam tu lagi.

Kita dah tahu kenapa kita perlu lawan BN.
Kita dah tahu kenapa kita perlu undurkan Najib.
Kita faham kenapa SPR perlu ditambahbaik.

Untuk lawan Najib. Terus ke Putrajaya. Jangan cakap takde takde tempat nak lari. Kau nak lawan Najib ke atau nak main lari-lari neh? Ini bukan 'police-entry' macam zaman budak-budak kau dulu.

100,000 turun sekali lawan.

Mati sama-sama.

Kata benci korupsi sampai ke dasar ahti. Takan mati kerana mempertahankan kebenaran kau jadi takut pula? Sembang je ke berapi2?

Untuk betulkan SPR pergi meroyan kat mana-mana pejabat dia. Dapat tembak depan office big boss dia pun jadi. SPR ada 14 cawangan. Berselerak.

Kita selerakkan diri kita pergi serang semua 14 cawangan tu sekali harung. Sediakan memo. Bawa placard bukan bawa bunga nak bagi ke polis. Lepas tu update gambar cina-india-melayu bersatu. Hello. Ini karnival perpaduan ke? Benda tu kalau perkara biasa tak perlu beria2 kau sebarkan. Bila benda tu kau beria2 sebarkan nampak sangat perpaduan kaum kat Malaysia neh parah bhai.

Bawa rasa marah bukan perasan gembira macam pergi bersuka-ria. Ingat. Ini protes. Bukan pesta-selfie.

Jangan lagi kita bercakap2 sesama kita. Berkempen2 sesama kita. Kenapa kita perlu begitu. Kenapa kita perlu begini. Kita dah lepasi frasa tu. Sama-sama kita dah faham kan bab tu. Sembang apa lagi.

Kita sekarang perlu bercakap terus kepada Najib.

Maka kepada Najib kita akan datang untuk sampaikan suara ahti kita.

Najib jangan kau lari.
Aku tengah hasut rakyat agar berfikir macam aku neh. Cukup 100,000 aku langgar Putrajaya. Insya-Allah.

Kita juga perlu terus bercakap kepada SPR.
Maka kepada SPR la kita serang.
Yang p melancong2 sekitar KL buat apa?
Sampai 5 kali melancong tak puas-puas?
Itupun tak masuk demo-demo lain lagi.
Pening la aku dengan telatah korang neh.

Sudah2 tu la nak.

Lepas dengar ceramah Mahathir kau balik update fb upload gambar selfie done berjuang sakit ahti sebab aku kutuk kau lepas tu kau ingat Najib bukan PM lagi esoknya?

Kau bukan done berjuang.
Kau hanya done buang masa.
Dan done buang duit juga.
Lepas tu memekak kat fb itu mahal ini mahal itu naik ini naik.
Tapi sanggup pula berdemo yang sia2 yang kita tahu tidak akan mengubah apa2 disebabkan kebodohan kita dalam menyesuaikan diri dengan sentimen dan pemikiran pengundi yang telah berubah-ubah akibat beberapa faktor.

Dalam bahasa mudahnya. Parti dan pemimpin permainkan dan pergunakan kehadiran korang untuk melakukan desakan ke atas BN bagi menunjukkan persepsi bahawanya BN dibenci rakyat. Apabila sentimen ini berjaya mempengaruhi pengundi yang tak faham apa itu propaganda maka dia fikir menyokong BN merupakan perkara salah (in this case memang salah pun, ekeke) dan akan laju2 pangkah pembangkang supaya pembangkang boleh menang besar dalam PRU ke 14 nanti.

Pembangkang berhak berpropaganda untuk meraih kemenangan. Ini strategi mereka. Strategi politik. Untuk kepentingan parti demi kebaikan mereka. 

Yang aku marahkan tu kau orang. Bodoh sangat dipergunakan pembangkang tanpa mengharapkan sebarang manfaat sebagai balasan. Manfaat kat sini bukannya duit atau rumah banglo disneyland. Tolong la. Manfaat kat sini maksudnya jika aku bersama kau untuk jatuhkan BN, dan aku buat kerja betul2 neh bagi menjatuhkan BN, parti pembangkang nak bagi apa ke rakyat? Rumah murah? Pinjaman bebas riba? Kereta tanpa cukai? Kualiti pendidikan dan kesihatan yang terbaik pada kadar mampu milik? Kita belum kawtim betul2 dengan dorang. Kita teruk dipergunakan dan diperheretkan sana sini lagi la ada. Lepas tu dapat manifesto gampang. Then manifesto gampang itulah korang laung2kan macam kitab keramat. Apakebendanya tu.


Patutnyala.
Nah, inila aku cakap. 
Bila penyokong takde jati diri, melulu dan taksub. Buta2 je jadi catur. Bila penyokong ada prinsip, jual mahal, maka pemimpin la yang akan menjadi catur kita. Mereka akan mentadbir betul2 demi menjaga kepentingan kita bagi mendapatkan kepercayaan kita. 

Point aku ialah. Jika mereka catur kita. Sekarang neh mereka akan kerja betul2 untuk merangka strategi terbaik bagi melawan keras-keras. 

Oleh kerana kau semua dah bodoh-bodoh pergi jadi catur dorang, maka ini la resultnya. Esok lusa kena troll lagi. Najib gelak ekekeke.. 40,000? 40,000? Ingatkan 400,000 tadi. BN dah biasanya demo dorang kehadiran sikit. Tak mendapat sambutan. Tiada apa-apa yang pelik tentang itu. Tetapi bila perhimpunan BERSIH yang semakin lama semakin susut, turun, hilang sokongan, there must be something yang kau aku kita semua kena kaji. Kena perbaiki salah silap sendiri. Berapa kali aku nak ulang benda neh setannn.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Merah guna batang buluh.
Walaunta guna batang pelir.

worldw MOHAMED said...

Halo
Nami kula Pak, Rugare Sim. Aku manggon ing Walanda lan aku iki wong sing seneng banget? lan aku ngandhani yen awake dhewe sing duwe utangan sing ngluwari aku lan kulawarga saka kahanan sing ora apik, aku bakal ngrujuk sapa wae sing njaluk utangan marang dheweke, dheweke menehi rasa seneng kanggo aku lan kulawarga, aku butuh utangan 300,000.00 kanggo miwiti uripku ing saindenging aku minangka Bapa tunggal karo 2 bocah sing dakkandhani jujur ​​iki lan Allah sing menehi pinjaman utangan wong sing ngabari pituwas 300,000.00, dheweke iku wong sing wedi karo Allah, yen sampeyan butuh utangan lan sampeyan bakal mbayar utang utange hubungi dheweke yen (Pak, Rugare Sim) ngrujuk sampeyan. Hubungi Pak, Mohamed Careen liwat email: (arabloanfirmserves@gmail.com)


BENTUK INFORMASI APLIKASI PINJAMAN
Jeneng pisanan ......
Jeneng tengah .....
2) Gender: ………
3) Jumlah Pinjaman Sing dibutuhake: ………
4) Duration sing Pinjaman: ………
5) Negara: ………
6) Alamat Omah: ………
7) Nomer Ponsel: ………
8) Alamat email ……….
9) Penghasilan Bulanan: ………………….
10) Pakaryan: ………………………
11) Situs endi sing sampeyan lakoni ing kene .....................
Thanks lan Regards Paling apik.
Email arabloanfirmserves@gmail.com

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.