TPP: Trump ikrar AS tarik diri pada hari pertamanya
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Donald Trump berkata, Amerika Syarikat
akan menarik diri dari Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) pada
hari pertamanya di White House.
Beliau mengumumkan perkara itu dalam satu mesej video, menggariskan apa
yang akan dilakukannya apabila mengambil alih jawatan pada Januari ini,
lapor BBC.
Perjanjian perdagangan TPP telah ditandatangani oleh 12 negara.
Bakal presiden itu juga berjanji untuk mengurangkan sekatan pekerjaan
dalam pengeluaran arang batu dan menghentikan penyalahgunaan visa
Bagaimanapun, Trump tidak menyebut mengenai 'Obamacare' atau membina
dinding di sempadan selatan Mexico iaitu dua tindakan beliau yang
dilaungkan semasa kempen pemilihan presiden sebelum ini.
Perjanjian TPP dipersetujui pada 2015 oleh beberapa negara termasuk,
Jepun, Malaysia, Australia, New Zealand, Kanada dan Mexico.
0 orang berkata:
Post a Comment