Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YANG DITANGKAP

Himpunan Bersih 5.0: Polis sahkan tahan 12 individu
 Himpunan Bersih 5.0: Polis sahkan tahan 12 individu
Peserta himpunan Bersih 5.0 mula membanjiri ibu negara sejak malam tadi lagi. - Foto Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Polis menangkap 12 individu berikutan Perhimpunan Bersih 5.0 yang diadakan di ibu kota hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, tangkapan ke atas semua individu itu adalah bertujuan untuk mencegah berlakunya rusuhan, mengugat keamanaan dan ketenteraman awam pada Perhimpunan Bersih 5.0.

"Kita menangkap mereka di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor," katanya. Beliau berkata, antara individu yang ditahan adalah Ronnie Liu, Mandeep Singh, Muhammad Luqman Nul Hakim Zul Razali, S Arutchelvan, Wong Che Wai@Jimmy Wong, Lee Khai Meng, Anis Syafiqah Md Yusof, Hairol Nizam Md Nor, Razali Zakaria dan Muhamad Safwan Anang.

"Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147/511 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata polis turut menahan, Anthony Loke Siew Fook di sebuah hotel di KL Sentral. "Beliau sebelum ini ditahan di sekitar Seremban bersabit Perhimpuan Bersih, beliau disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan," katanya.

Beliau berkata, polis juga telah membuat serbuan di pejabat Bersih 2.0 di Petaling Jaya. "Kita turut membuat tangkapan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.

"Siasatan dijalankan berikutan pendedahan media berhubung beberapa individu daripada badan bukan kerajaan yang dipercayai menerima sumbangan dana asing serta dikenalpasti mempunyai hubungan dengan Open Society Foundation," katanya.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 124 C Kanun Keseksaan (cubaan melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

"Polis juga turut menahan dua pemimpin baju merah iaitu Datuk Seri Jamal Md Yunos dan Ariffin Abu Bakar bagi membantu siasatan Himpuan Bersih di Ampang, sebelum ini.

"Kedua-dua individu itu disiasat mengikut Seksyen 142 Kanun Keseksaan (menjadi seorang anggota perhimpunan yang menyalahi undang-undang, kes itu disiasat oleh polis kontinjen Selangor," katanya.

Katanya, kesemua tangkapan itu akan direman mengikut 117 Kanun Prosedur Jenayah. "Kita masih lagi mengesan beberapa individu bersabit Perhimpunan Bersih 5.0 ini," katanya.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.