Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANUAR GAGAL, AKAN TETAPI AKAN MEMBUAT RAYUAN KEPADA YANG DIPERTUAN AGONG ?


Anwar gagal mulakan tuduhan qazaf
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal untuk memulakan prosiding pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di Mahkamah Syariah.

Ini berikutan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dipengerusikan Datuk Seri Dr Md Yusup Che Teh menolak rayuan dan semakan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah pada 14 April 2010, yang menolak permohonannya bagi memulakan prosiding qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari.

Mengikut Seksyen 41, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 pertuduhan qazaf ialah membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki, dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Hakim Md Yusup dalam keputusan sebulat suara bersama Hakim-hakim Datuk Yusof Musa dan Mohd Amran Mat Zain berkata, mahkamah itu terikat dengan undang-undang negara ini mengikut Seksyen 41, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 bahawa liwat tidak tergolong dalam pertuduhan qazaf.

"Qazaf hanya untuk kes pertuduhan zina sahaja dan kami terikat dengan Seksyen 41 itu. Oleh itu kami tidak mempunyai pilihan lain, perlu mengikut undang-undang di negara ini bagi pertuduhan qazaf," katanya.

Beliau juga berkata, mahkamah juga tidak boleh campur tangan terhadap kuasa ketua pendakwa Syarie berhubung sesuatu pendakwaan kerana itu kuasa eksklusifnya yang tidak boleh dipaksa untuk memulakan pendakwaan.

Katanya oleh yang demikian, mahkamah itu tidak mempunyai alasan untuk campur tangan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah tersebut seterusnya mengekalkan keputusan itu.

Beliau berkata, Anwar selaku perayu juga gagal mengemukakan hujahan bertulis untuk menyokong rayuannya sebaliknya hanya membangkitkannya dalam hujahan lisan. "Rayuan perayu (Anwar) ditolak dengan kos RM5,000," kata Md Yusup.

Pada 7 Januari 2010, Anwar menfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah untuk mengarahkan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan supaya mendakwa Mohd Saiful Bukhari atas tuduhan qazaf.

Beliau menamakan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Pengarah Jabatan Agama Islam (Jawi) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai responden.

Jamil Khir hadir pada prosiding hari ini. Anwar juga hadir di mahkamah. Peguam Dr Rafie Mohd Shafie yang mewakili Anwar ketika ditemui berkata, pihaknya akan memfailkan semakan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Syariah itu kepada Yang di-Pertuan Agong secepat mungkin.

Anwar, 69, kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015 mengekalkan sabitan dan hukuman penjara yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan selepas dia didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari. - Bernama
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.