Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA NAJIB LAYAN RAKYAT HORMATI NYA ....

Rafizi hantar surat minta Najib isytihar harta
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli menghantar satu surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengandungi cadangan agar pemimpin nombor satu negara itu mengisytiharkan harta.

Dalam surat bertarikh 19 Disember dan dihantar ke Pejabat Perdana Menteri itu, Mohd Rafizi berkata, cadangan itu dapat menyelesaikan masalah ketiadaan peruntukan undang-undang untuk menahan dan menyiasat ahli politik, menteri atau pegawai tinggi kerajaan yang hidup mewah.

“Jika Datuk Seri benar-benar sayangkan negara, mengasihani rakyat dan takut kepada ALLAH SWT, Datuk Seri sepatutnya tidak akan teragak-agak menjadi orang pertama mengisytiharkan harta mengikut kaedah ini. 

"Ia bukan sahaja akan menjadi teladan yang bakal diikuti semua orang, ia boleh bantu membersihkan nama Datuk Seri dan keluarga.

“Oleh itu, saya minta agar Datuk Seri merintis usaha ini dengan turut sama menyertai saya sebagai Ahli Parlimen Pandan dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa yang telah mengisytiharkan harta kami di bawah kaedah ini,” katanya.

Menurut  beliau, cadangan Najib memperkenalkan Akta Pendanaan Politik bagi membanteras rasuah dalam politik dengan alasan mengawal sumbangan politik kepada parti politik, tidak akan berkesan.

“Malah, saya yakin ia akan menjadi senjata yang digunakan Datuk Seri sendiri untuk menindas mana-mana pihak (bukan sahaja parti politik) yang berani menegur Datuk Seri. Kaedah paling berkesan ialah dengan mengisytiharkan harta secara terperinci setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya ada sebarang penipuan atau harta tidak diisytiharkan, pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti atau Lembaga Hasil Dalam Negeri boleh menyemak pengisytiharan tersebut.

Menurutnya, beliau turut menulis surat sama kepada Ketua Hakim Negara, hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ketua Setiausaha Negara, Ketua-ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-ketua Pengarah agensi perkhidmatan awam bagi mengisytiharkan harta dengan kaedah ini.

“Saya turut salinkan surat saya kepada Datuk Seri ini kepada mereka supaya mereka sedar harapan dan kehendak rakyat ke atas mereka,” katanya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Tolong Pakkaramu Tuan Persiden teruk kena kutuk...tolong jawab dgn fakta jgn dgn auta.

Anonymous said...

Org tak kutuk. Orang cerita peristiwa sebenar yg telah berlaku. Tolong betulkan ayat anda.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.