Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAHADHIR MENJATUHKAN MARUAH AGAMA DIHADAPAN ORANG KAFIR ? DAH TERMAKAN DEDAK KOT ?


AKIBAT BERKAWAN DENGAN ORANG KAFIR YANG ANTI HUKUM SYARI'AT TAK SEDAR MARUAH RASULLULLAH DICEMAR, INIKAH SIKAP PARTI BERSATU ?  - Pak Karamu
Berpolitiklah Tun M tapi jangan sampai langgar syariat
Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR - Semua pihak diminta tidak mencemarkan kemuliaan Rasulullah sebagai pemimpin agung Islam dengan cuba mengaitkan baginda dengan isu-isu politik semasa.

Presiden Kelab Generasi Ilmu 1Malaysia, Datuk Syahrin Md Jamaluddin berkata, kedudukan Rasulullah sebagai kekasih ALLAH dengan darjat yang tertinggi tidak sepatutnya dieksploitasi oleh ahli mahu pun pemimpin parti demi kepentingan politik mereka.

"Banyak lagi individu atau orang lain yang boleh dikaitkan kalau mahu berpolitik, jangan cemarkan kedudukan mulia Nabi Besar junjungan kita dengan isu-isu remeh temeh.

"Apatah lagi kita perumpamaan itu dibuat di hadapan orang bukan Islam dan seolah-olah menjadi bahan lucu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir Mohamad yang didakwa mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isu 1MDB dengan Rasulullah.

Jelas Syahrin, Islam tidak melarang umatnya untuk berpolitik namun mereka perlu faham had dan batasannya jangan hingga mencemarkan kesucian agama itu.

"Politik juga adalah sebahagian daripada ilmu yang ALLAH kurniakan kepada hambaNYA, namun kita kena berhat-hati supaya tidak melampaui batas syariat.

"Berpolitiklah, bercakaplah dan berdebatlah tetapi jangan sampai menghina Islam itu sendiri," katanya.

5 orang berkata:

Anonymous said...

Pak karam..psl dedak2 ni jgn sebut byk kali..tersedak lebai2 jual agama dlm Pas nnt..hihihi

Anonymous said...

agama untuk dapatkan dedak sumbat kemulut boncetkan perut tunggu yg keluar ikut dubur,a agama untuk kelangsungan dapat jilat dedak . agama untuk halalkan yg diharamkan dan ditegah cermin muka tu dulu para penjilat awak kat mana awak kat mana awak kat mana yg pasti aku mohon kepada maha pencipta jadikan para penjilat sebagai tunggangan aku di mashyar penebus dosa dimizan dan tempat berpijak sekiranya ditakdirkan sama2 dijahanam AMINNNNNN

Heni Herbal said...

Every day the website is always providing the latest information thanks a lot.
Ovary Nutrition Capsule Green World
Brain Care Capsule Green World
Bahaya Minum Air Soda Dicampur Dengan Susu
Lecithin Softgel Green World
Obat Herbal Gagal Ginjal Kronis

Anonymous said...

Dedak ambik, royalti projek ambik, duit cikgu agama ambik, sedekah tin milo ambik....balak pun dia ambik ker...giler tibai pusing keliling.

Anonymous said...

Pastu walaun2 bawahan ramai2 jerit takbir!!!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.