Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAJIB DARAH BUGIS, TAK TAKUT UGUTAN

Hadir Himpunan Rohingya, Najib diugut Myanmar
 Najib Tun Razak
Najib Tun Razak menyampaikan ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan ikrar untuk hadir ke Himpunan solidariti buat bangsa Rohingya esok.

Katanya, walaupun beliau diugut oleh kerajaan Myanmar atas tindakan itu, namun atas semangat belas ihsan sesama Muslim beliau tidak gentar mengenai perihal tersebut.

"Semalam pejabat Presiden Myanmar keluarkan kenyataan, kalau saya PM hadir esok (Himpunan) mereka akan anggap saya campur tangan terhadap Myanmar.


"Saya nak beritahu, ini bukan soal campur tangan, ini soal pertahankan nilai kemanusiaan.

"Insya-ALLAH Najib Razak akan hadir, ini pendirian kita," katanya dalam ucapan penggulungannya pada akhir Perhimpunan Agung Umno 2016 di sini, hari ini. ‎

Dalam pada itu, Najib meningatkan Myanmar bahawa tindakan mereka menindas bangsa  Rohingya sama sekali tidak boleh diterima dalam komuniti Asean.

"Asean tidak boleh berkompromi dengan kezaliman," katanya. Oleh itu, ujar Najib beliau menggesa kerajaan  Myanmar untuk mengubah sikap dalam menangani isu Rohingya.

"Ubah sikap, betulkan keadaan," katanya. Esok satu Perhimpunan besar-besaran berhubung isu Rohingya akan diadakan di ibu kota.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Oii fukimak baju hijau baju biru. Nak berhimpun buat dlm stadium la. Jgn ganggu org nak niaga cari rezeki.

Anonymous said...

Oiiiii kita memang buat dlm stadium titiwangsa. Stadium titiwangsa bg kita kebenaran.

Jeles ke?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.