Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SOK NAJIB KENA PAKAI KOPIAH MERAH

Rakyat sokong Najib ke Himpunan Solidariti Rohingya
Rakyat sokong Najib ke Himpunan Solidariti Rohingya

KUALA LUMPUR -  Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertegas untuk menghadiri Himpunan solidariti buat etnik Rohingya mendapat respons positif daripada perwakilan Umno.

Rata-ratanya menyatakan sokongan padu terhadap Presiden Umno itu yang dianggap sebagai salah satu perjuangan parti itu dalam memperjuangkan umat Islam.

Menurut Ketua Penerangan Umno Bahagian Puchong, Zanariah Olil mengatakan bahawa keputusan Najib adalah tepat.

"Ia bukan soal politik sekarang ini tapi melibatkan saudara seagama kita. Jadi tindakan beliau untuk tetap turun pada himpunan itu adalah wajar.

"Walaupun tidak melibatkan rakyat negara kita namun kekejaman itu tetap dirasai apatah lagi ramai etnik Rohingya berada di negara ini," katanya.

Sebelum ini, pejabat Presiden Myanmar mengeluarkan kenyataan jika Najib hadir ke himpunan solidariti itu esok, mereka akan menganggap beliau campur tangan terhadap negara itu.


Tidak menganggap ancaman Myanmar sebagai perkara yang serius, perwakilan dari Tanjung Malim, Lokman Mohd Ali sambut baik hasrat Najib untuk hadir ke himpunan tersebut.

"Saya mengharapkan beliau hadir dan menunjukkan solidariti dalam Islam. "Mengenai soal ancaman Myanmar, itu perkara biasa yang tidak perlu dirisaukan," katanya.

Bagi Ketua Puteri Umno Bahagian Sungai Besar, Widiawati Abu Zar menjelaskan bahawa kehadiran pemimpin ke himpunan itu bukanlah satu campur tangan tetapi atas sikap perikemanusiaan.

"Tindakan untuk turun ke himpunan tersebut membuktikan bahawa beliau (Najib) serius membantu mangsa kekejaman di negara itu," katanya lagi.

Sementara itu, perwakilan Jempol, Mustapha Agor menganggap bahawa ancaman yang diberikan Myanmar adalah perkara yang tidak logik.

"Dakwaan mereka mengatakan negara cuba mencampuri urusan mereka langsung tidak masuk akal.
"Hari ini kita boleh lihat berapa ramai rakyat mereka berada di negara ini," katanya.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Lepas ni Myanmar bersolidariti untuk menentang pemimpin mencuri duit rakyat, menindas org asli dan merosakkan alam sekitar.

Anonymous said...

Jom...
Untung2 dpt dedak freeeeee
Lepas jugak alas perut sehari.

Anonymous said...

Semoga Pakkaramu cepat meninggal. Amin

Anonymous said...

Ko doakan pakaramu meninggal tp yg ko gi baca blog dia apasal? Ooo lupa lak ko ni guna blog ni cuma nak maki hamun Ulamak pecacai husam dok pos hal balak ngan org asli x putus2...aku rasa ko yg patut cepat kojol kena langgar lori ke atau kena langgar motor mat rempit... Ptuuiii SIAL!!! SIAL!!! (pinjam ayat kwn baik ko si Khalid Samad)

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.