Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SUPAYA JANGAN ADA YANG TERSINGGUNG ELOK PAS PKR PUTUS !

PILIHANRAYA SUDAH SEMAKIN HAMPIR.
PERHUBUNGAN DIANTARA PAS DAN PKR 
MASIH MENJADI SEBAB PAS MAKAN HATI
JADIK ? ELOKLAH PAS PUTUSKAN SAHAJA PERHUBUNGANNYA DENGA PARTI YANG MASIH BERHUBUNG DENGAN DAP DAN AMANAH
SEKURANGNYA DAPAT JUGA PAS  AMBIL KEMBALI KERUSINYA DARIPADA PKR
SOAL KALAH MENANG BUKAN SUATU MATLAMAT PAS
DIDALAM PERJUANGANNYA
 
-Pak Karamu-

             
 
PKR Kelantan bukan khianati Pas
PKR/PAS
Pas dan PKR

KOTA BHARU - Biarpun pimpinan PKR Kelantan dilihat banyak terlibat dengan aktiviti anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) berikutan kerjasama antara keduanya dalam Pakatan Harapan, namun isu mengkhianati Pas tidak pernah wujud.

Pengarah Komunikasi PKR Kelantan, Mohd Sukirman Mustafa berkata, parti itu masih sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri malah hubungan antara keduanya masih baik sebagaimana PKR dan Pas di Selangor.

“PKR dicop khianat hanya kerana ada pimpinan di peringkat pusat dan negeri hadir ke majlis anjuran Amanah adalah suatu yang bersifat tidak matang dan menampakkan seolah- olah situasi itu tidak difahami sepenuhnya.

“Tidak timbul isu PKR mahu khianati Pas Kelantan, kerana kami masih sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri ini, sebagaimana di Selangor, hubungan kedua- dua parti berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah,” katanya kepada Sinar Harian.

Sukirman berkata, majlis melibatkan parti komponen Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu turut dihadiri pemimpin kanan negeri berikutan mengiringi pimpinan PKR Pusat.

“Ia hanya protokol, apabila pimpinan di peringkat pusat hadir ke majlis di peringkat negeri, pemimpin di negeri perlu mengiringi, perkara itu bukan suatu yang baru,” katanya.

Sebelum ini, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff menyarankan agar Pas Kelantan mengkaji semula hubungan antara parti itu dengan PKR negeri dipercayai berikutan pengkhianatan berterusan dilakukan.

Kamarul Zaman berkata, banyak bukti yang boleh membuka mata Pas untuk menilai kembali kerjasama yang tiada landasan itu.

Dalam pada itu, Mohd Sukirman berkata, umum mengetahui, Pakatan Harapan terdiri daripada PKR, Amanah, DAP dan Bersatu yang melibatkan jawatankuasa di peringkat pusat, jadi akan ada majlis melibatkan presiden dan persefahaman untuk dipersetujui bersama.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Ambo sokong pak karam.
Canteeeeek.
Pan pun x susah cari kwrusi nak tanding

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.