Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

tiada undi tidak percaya

Tiada permohonan usul tergempar
Krisis kedah
 
ALOR SETAR - Setakat ini, belum ada permohonan oleh mana-mana wakil rakyat untuk mengemukakan usul tergempar dalam Dun berikutan kemelut yang berlaku dalam Umno dan kepimpinan kerajaan negeri. 
 
Timbalan Speaker Dun Kedah, Datuk Azmi Che Hussain berkata, sepanjang pengetahuannya, tiada sebarang maklumat atau permohonan yang diterima untuk berbuat demikian. 

Tanpa mahu mengulas lanjut, beliau yang juga Adun Bayu berkata, tiada maklumat lanjut dan tunggu hingga April ini untuk mengetahui perkembangannya.

“Kita tunggu bulan empat lah, baru tahu apa kedudukannya,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Program Transformasi Sekolah - Projek Mesin Air Beralkali dan Dobi Layan Diri di Sekolah Menengah Agama (SMA) Darussa’adah di Kepala Batas di sini, semalam.   

Ditanya siapa yang boleh mengemukakan permohonan kepada Dun untuk membawa usul tergempar atau undi tidak percaya, beliau enggan mengulas sebaliknya hanya berkata no komen. 

Ketika diasak dengan soalan hampir sama oleh beberapa wartawan lain, Azmi hanya berkata: “cukuplah, saya tiada apa lagi yang nak cakap. 

"Wartawan semua kawan saya dan saya yakin wartawan ni semua orang yang baik-baik, cukuplah setakat ini.”

YA KA BANG NAK JADI MENTERI BESAQ ?

Azmi serah kepada takdir ALLAH
1
Azmi serah kepada takdir ALLAH
Azmi melambai ke arah wartawan sebelum meninggal majlis.
 
ALOR SETAR - Adun Bayu, Datuk Azmi Che Hussain menyerahkan kepada takdir ALLAH SWT untuk menentukan nasibnya dalam politik Kedah.  
 
Beliau yang juga Timbalan Speaker Dun Kedah mengakui tidak mengetahui atau mendapat sebarang petunjuk mengenai desas-desus namanya tersenarai sebagai salah seorang calon yang dicadangkan mengisi jawatan Menteri Besar (MB) Kedah menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir. 

“Saya selesa dengan keadaan sekarang dan sedia menerima sesiapa sahaja yang diberi amanah sebagai MB Kedah. Saya boleh bekerja dengan sesiapa sahaja.  

“Terpulang kepada kehendak dan takdir ALLAH menentukannya sama ada kedudukan MB berubah dan siapa bakal penggantinya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Transformasi Sekolah - Projek Mesin Air Beralkali dan Dobi Layan Diri di Sekolah Menengah Agama Darussa’adah di Kepala Batas di sini, semalam.   

Sinar Harian semalam, menyebut Azmi antara calon dicadangkan sebagai MB Kedah baharu yang diserahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Darul Aman di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur, Jumaat lalu. 

Dua lagi calon ialah Adun Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Rahman Ku Ismail yang juga Exco Industri dan Pelaburan); Adun Ayer Hangat, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid (Exco Agama dan Pelancongan).

Ditanya beberapa kali sama ada menyedari namanya tercalon berikutan kemelut Umno Kedah, beliau dengan bersahaja berkata tidak tahu apa-apa mengenainya. 

“Biar orang lain. Saya tidak tahu apa-apa dan tidak mahu ambil tahu kerana banyak tugas perlu diselesaikan. Saya selesa dengan keadaan sekarang dan berharap krisis itu dapat diselesaikan segera. Semua orang nak buat kerja untuk rakyat,” katanya. 

Ditanya sama ada perlu dibuat pertukaran MB pada masa kini, beliau berkata no komen dan menambah 'Kedah dalam keadaan aman damai'.  

Ditanya apa perancangannya jika dilantik sebagai MB Kedah baharu, beliau menjawab no komen. 

Azmi juga menjawab no komen berkenaan soalan apa yang boleh dilakukan jika Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah menjadi MB.

Ketika diajukan soalan urusannya ke Kuala Lumpur kelmarin, beliau berkata ia atas urusan rasmi dan bukan mengenai politik atau perbincangan isu MB Kedah.

UMNO TERUS BERDENDAM NGAN MUHYIDEEN

Muhyiddin dilarang berucap lagi
Muhyiddin
Muhyiddin. - Foto Sinar Harian Oleh AFIQ RAZALI
 
SHAH ALAM - Selepas disingkirkan daripada barisan kabinet dan jawatan Timbalan Perdana Menteri nasib Timbalan Presiden Umno,Tan Sri Muhyiddin Yassin seolah-olah seperti dipinggirkan daripada terus 'bersama rakyat'. 
 
Menerusi kenyataan di Facebooknya, Muhyiddin meluahkan rasa sedih, kerana dilarang berucap dalam satu program Liga Bola sepak Belia Komuniti Subang Jaya, semalam.

"Saya telah diundang oleh Kelab Sukan Komuniti Subang Jaya untuk melancarkan Liga Bola sepak Belia Komuniti Subang Jaya di SMK USJ 4 petang tadi (semalam) .

"Malangnya, saya diberitahu pihak sekolah telah menerima arahan daripada pihak tertentu untuk mengarahkan penganjur supaya tidak membenarkan saya berucap. Tidak mengapalah. Saya telah menjangkakan perkara ini akan berlaku," katanya.

Namun ujarnya,walaupun tidak diberi peluang berucap, beliau masih mampu untuk bersama mereka bagi meraikan tetamu yang hadir.

"Saya sempat beramah mesra dengan tetamu yang hadir sebelum berangkat pulang. Tahniah dan selamat bersukan saya ucapkan kepada anak-anak yang mengambil bahagian dalam acara yang dianjurkan," katanya.

KEDAH KALUT

Mukhriz tidak bersama dalam pertemuan esok
Mukhriz tidak bersama dalam pertemuan esok
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersalaman 
dengan penyokongnya setibanya di Lapangan Terbang Sultan Abdul
 Halim, Alor Setar malam ini. - Foto Bernama

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak akan

 bersama dalam sesi pertemuan Adun BN dengan Jemaah Pemangku 
Sultan Kedah esok.

Mukhriz berkata, walaupun beliau akan ke Wisma Darul Aman namun 
tidak akan bersama dalan sesi khas berkenaan yang dijadualkan akan 
berlangsung pada jam 2 petang itu.

"Pertemuan berkenaan bukan dengan saya sebaliknya ia hanya 
melibatkan Adun-adun BN dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah sahaja.

"Mungkin Jemaah Pemangku Sultan Kedah mahu bertanyakan adakah 
benar mereka (Adun BN) mempunyai pendirian yang sama seperti pada
 sidang media pada 20 Januari lalu," katanya ketika ditemui media selepas
 tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas di sini 
sebentar tadi.

Terdahulu kira-kira 100 orang penyokong Mukhriz itu menunggu ketibaannya 
di lapangan terbang berkenaan.

Ketibaan Adun Ayer Hitam itu disambut dengan sorakan dan beberapa kain
 rentang yang menyokong kepimpinannya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Adun BN Kedah akan jumpa Jemaah 
Pemangku Sultan]

Sementara itu, ketika ditanya mengenai dakwaan ada perlantikan menteri 
besar baharu akan dibuat selepas pertemuan esok, Mukhriz enggan 
mengulas lanjut
.

minyak turun barang naik

RON95 turun 10 sen; RON97, 20 sen; diesel 25 sen
minyak

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel
 masing-masing turun 10 sen, 20 sen dan 25 sen mulai tengah malam ini.

Harga baharu bagi RON95 ialah RM1.75 seliter, manakala RON97 pada
 RM2.05 seliter, kata Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak
 Petronas Malaysia, Khairul Annuar Abdul Aziz.

"Diesel turun 25 sen kepada RM1.35 seliter," katanya ketika dihubungi
Bernama malam ini.
Penurunan itu dilihat susulan kejatuhan harga minyak mentah di pasaran
dunia.

Harga runcit petrol sebelum ini ialah RM1.85 bagi RON95, RM2.25 untuk
 RON97 manakala diesel pula pada RM1.60. - Bernama

MASUK PAS

Mr Os masuk Pas?
Mr Os masuk Pas?


ARTIKEL BERKAITANSHAH ALAM – Pelawak terkenal, 
Mr Os muncul atas pentas Pas ketika Sambutan 63 Tahun Pas
 Perlis menimbulkan tanda tanya selepas gambar berkenaan 
dimuatnaik oleh laman Facebook rasmi, Pemuda Pas (DPP 
Malaysia official), hari ini.

Kapsyen pada gambar itu berbunyi, “Gambar ini diambil semasa
 berlangsungnya program Sambutan 63 Tahun Pas Perlis 
semalam. Subhanallah. Alhamdulillah. ALLAHUAKBAR.”

Sinar Online sedang berusaha menghubungi Mr Os atau nama
 sebenarnya Yusof Hamid bagi mendapat pengesahan beliau.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan ketika 
diminta respons berhubung perkara itu berkata tidak pasti 
mengenai dakwaan tersebut.

“Saya tidak pasti mengenai penyertaan sebagai ahli Pas. Nanti 
saya semak. Cuma yang pasti beliau begitu mesra dengan Pas
 dan menghadiri beberapa program Pas mutakhir ini,” katanya 
kepada Sinar Online.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Pas menerima 
penyertaan beberapa artis tempatan seperti Bob Lokman, 
Hairie Othman, Aisyah dan Abby Abadi.


BKAN SUKA-SUKA POTONG TANGAN


Mukhriz pula tunjuk power

Adun BN Kedah akan jumpa Jemaah Pemangku Sultan
Krisis kedah


ALOR SETAR - Satu pertemuan antara BN dengan Anggota Jemaah Pemangku 

Sultan Kedah akan diadakan di sini esok, dipercayai berkaitan kemelut politik
 membabitkan kedudukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar.


Beberapa Adun mengesahkan telah dimaklum mengenai pertemuan itu
 yang dijangka berlangsung di Wisma Darul Aman, 2 petang esok.

Seorang Adun yang enggan namanya dinyatakan berkata, beliau menerima
 makluman tersebut menerusi WhatsApp tetapi enggan mengulas lanjut.

"Surat tiada, tetapi saya mendapat mesej untuk hadir ke pertemuan itu esok,
" katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Seorang lagi Adun berkata, beliau mendapat mesej mengenai perkara itu dan 
dihubungi oleh seorang pegawai dari Wisma Darul Aman.

Sementara itu, seorang Adun terlibat mengesahkan akan hadir pertemuan
 itu, dan difahamkan mereka akan dipanggil mengadap seorang demi seorang. 

Suasana politik di Kedah 'panas' sejak kebelakangan ini apabila Mukhriz 
menerima tekanan daripada Adun dan Ahli Parlimen Umno Kedah, serta 
pemimpin kanan Umno negeri yang diketuai timbalan pengerusi Umno Kedah
 Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Mereka secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan 
Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

Terdapat maklumat bahawa 19 daripada 21 Adun BN - 17 daripada Umno 
dan dua MCA - telah menandatangani surat akuan menyatakan hilang 
kepercayaan terhadap Mukhriz.

Jumaat lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadap 
Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Tan Sri Sallehuddin 
Almarhum Sultan Badlishah, yang juga Tunku Temenggong Kedah, di Istana
 Darul Aman, Bukit Persekutuan di ibu negara bagi membincangkan mengenai
 pertukaran Menteri Besar.

Turut hadir pada pertemuan hampir sejam itu adalah dua lagi anggota 
jemaah iaitu Tunku Laksamana Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani
 dan Tunku Panglima Besar Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz 
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Najib dalam sidang media pada hari yang sama selepas mempengerusikan
 mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, 
Kuala Lumpur dilaporkan sebagai berkata beliau telah menyembah maklum
 beberapa cadangan kepada Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah 
berhubung kemelut berkenaan. - Bernama

waa,wah Mukhriz mula bengkeng hu hu hu

Mukhriz desak ketua Umno, exco mohon maaf
Mukhriz
Mukhriz


ALOR SETAR - Semua 14 Ketua Umno bahagian yang terlibat secara 
langsung mahupun tidak dengan sidang media pada 20 Januari
 lalu dan enam exco yang tidak hadir Mesyuarat Exco pada 27 
Januari lalu didesak segera memohon maaf secara rasmi kepada 
Sultan Kedah dan Ahli-ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, 
sehingga kemelut itu selesai, semestinya setiap exco dan adun
 melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan Raja Pemerintah
 dan rakyat baginda, seperti yang termaktub di dalam Undang-undang
 Tubuh Kerajaan Kedah.

“Di saat rakyat Kedah sedang bergembira meraikan ulang tahun 
keputeraan Sultan Kedah yang ke-88, sekumpulan pemimpin Umno
 negeri ini telah bertindak mendesak saya berundur dari jawatan
 menteri besar.

“Tindakan 12 ketua bahagian dan dua timbalan ketua bahagian
 mengheret sama ketua-ketua sayap dan pemimpin muda dalam 
Umno mengadakan sidang media di Alor Setar pada 20 Januari
 lalu adalah tidak bertanggungjawab,” katanya.

Beliau yang juga Adun Ayer Hitam itu berkata demikian menerusi 
satu kenyataan media hari ini.
Menurutnya, perbuatan kumpulan itu telah mencemar pelbagai 
acara sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Kedah.

“Saya menerima khabar sesungguhnya Ahli-ahli Jemaah Pemangku
 Sultan Kedah tersinggung dengan perbuatan kumpulan tersebut.

“Yang lebih dikesali apabila tindakan itu disertai beberapa exco yang
 sudah berikrar taat setia kepada Raja Pemerintah ketika mengangkat
 sumpah jawatan masing-masing,” katanya.

Mukhriz berkata, turut mendukacitakan, enam daripada sembilan exco
 tidak menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah pada 27 
Januari lalu.

“Ini jelas sekali menyalahi peraturan pelantikan mereka sebagai 
penjawat awam dan ingkar dengan sumpah jawatan yang diangkat 
di hadapan Raja Pemerintah, seperti yang termaktub dalam 
Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah.

“Sebagai exco, keengganan menghadiri Mesyuarat Exco 
menjejaskan proses pentadbiran dan perancangan yang telah diatur
 kerajaan negeri dalam melaksanakan program dan aktiviti 
pembangunan untuk rakyat,” katanya.

Jelasnya, Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah juga 
memaklumkan turut murka dengan keingkaran Exco berkenaan.


“Selaku Pengerusi Umno Kedah, saya dengan rasa rendah diri 
memohon ampun kepada Sultan Kedah dan Ahli-Ahli Jemaah 
Pemangku Sultan Kedah di atas perbuatan segelintir ahli Umno
 yang telah mencemari kemuliaan Duli Tuanku Sultan dan 
kemeriahan majlis sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah,” 
katanya

.

HUSAM TIDAK LAYAK BERADA DIDALAM PAS

Pemuda Pas mahu Husam letak jawatan
Husam
Husam

KOTA BHARU - Pemuda Pas Kelantan membuat serangan balas dengan

 menggesa bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa meletak jawatan
 sebagai Adun Salor dan Yang Dipertua Pas Kubang Kerian.

Kenyataan dibuat setelah Husam membuat gesaan supaya dua pemimpin,
 Datuk Takiyuddin Hassan dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah 
bertanggungjawab termasuk mempertimbangkan meletak jawatan 
dalam parti setelah gagal membawa usul pindaan Akta 355  di Parlimen.

Ketua Pemuda Pas Kelantan, Fadli Shaari berkata, Husam perlu meletak
 dua jawatan itu kerana tidak lagi membantu untuk mengukuh kerajaan
 dan parti.

"Hakikatnya desakan beliau agar Datuk Mohd Amar dan Datuk Takiyuddin
 meletak jawatan hanya untuk menarik perhatian orang ramai sahaja," 
katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mohd Amar, Takiyuddin perlu 
bertanggungjawab]

Fadli yang juga Ketua Penerangan Pas Pusat berkata, Husam sendiri
 sudah menyedari beliau bukan lagi relevan dalam arus politik semasa
.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.