Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DARI KERJASAMA NGAN MAHADIR LAGI BAIK PUNGUT DIA JOIN AMANAH HU HU HU

Amanah sedia bekerjasama dengan Dr M
Mohamad Sabu
Mohamad Sabu. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
 
SELAYANG - Parti Amanah Negara (Amanah) sedia membentuk sebarang kerjasama bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. 
 
Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, pihaknya sedia merancang program-program seperti roadshow, himpunan kesedaran dan kenyataan bersama dalam misi menyelamatkan negara bersama Mahathir.

Bagaimanapun ia masih dalam perbincangan dan keputusannya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

"Kami sedia bekerjasama (dengan Mahathir) dan semua pihak. Rancangan itu sedang dibincangkan dan kita akan umumkan nanti.

"Kalau Mahathir sudi bersama, kita boleh bekerjasama dalam sebarang bentuk program yang bertujuan menimbulkan kesedaran rakyat," katanya ketika sidang media di Wisma Amanah, di sini, hari ini.

Dalam sidang media semalam, Dr Mahathir mengumumkan untuk meninggalkan Umno buat kali kedua selepas meninggalkan parti itu pada Mei 2008‎, bagaimanapun menyertai semula  pada tahun 2009.

Tindakan Mahathir meninggalkan Umno pada kali ini dibuat sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir berkata, langkah itu diambil ‎kerana parti itu bukan lagi seperti Umno dahulu, ia sebaliknya hanyalah sebuah parti penyokong Najib.‎

KEBANGKITAN MUHYIDDIN BUATKAN UMNO MENJADI SUKAR

'Bukan era gelap Muhyiddin'
Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
 
SHAH ALAM – Keputusan Majlis Tertinggi Umno menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada memegang jawatan timbalan presiden parti itu bukanlah bermakna  beliau sedang melalui era gelap dalam arena politik. 
 
Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Khairul Azwan Harun berkata, Muhyiddin masih boleh menyuarakan pandangan mengikut saluran parti kerana beliau masih lagi ahli Umno.

“Proses penggantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin sebagai timbalan presiden telah melalui perbincangan yang panjang pada 26 Februari lalu.

“Sebagai ahli Majlis Tertinggi yang mewakili Pemuda Umno, saya turut terlibat dalam perbincangan berkenaan. Melihat kepada perbincangan yang dijalankan, ia telah melalui proses penghujahan cukup matang tanpa ada perkara peribadi diambil sebagai perhitungan,” katanya.

Khairul Azwan berkata, dalam suasana ekonomi semasa yang begitu mencabar, juga dalam hal berkaitan aspek keselamatan, parti memerlukan timbalan presiden yang dapat berdiri serta bekerjasama erat dengan presiden.

“Ia sesuai dengan prinsip dan disiplin berorganisasi. Hubungan kukuh antara timbalan dan presiden penting demi memastikan parti serta kerajaan berfungsi dengan baik.

“Asas demokrasi perlu dipertahankan di mana presiden mendapat mandat dan sokongan ahli Parlimen untuk meneruskan tugas sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Mengulas tanggapan golongan muda semakin kurang menyokong perjuangan Umno kesan senario politik semasa juga tindakan terhadap Muhyiddin, Khairul Azwan berkata, beliau yakin generasi muda kini lebih bertanggungjawab dan menjiwai semangat serta nilai perjuangan kepartian yang dibawa kepimpinan parti.

“Kita juga bercakap tentang menarik lebih ramai belia menyertai Umno, tetapi dengan cara macam mana? Dalam Umno kita mendukung aspirasi anak-anak muda yang menitikberatkan prinsip saling bekerjasama, menghormati kebersamaan dan mewujudkan ruang  luas untuk beri pandangan,” katanya.

Beliau turut menimbulkan persoalan mengapa Muhyiddin tidak merebut peluang aspirasi anak muda dengan menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi sebelum ini.

“Saya masih tidak mendapat jawapan tuntas daripada Muhyiddin kenapa beliau mengambil pendekatan tidak menghadirkan diri (mesyuarat MT),” katanya.

MIHYIDDIN KELUAR TAK KESAH, TAPI JANGAN MAHADHIR ! WHY ? !

Zahid harap Mahathir timbang semula keputusan
Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi
 
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau menghormati keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk keluar daripada Umno, namun berharap bekas presiden parti itu mempertimbangkan semula keputusannya itu. 
 
Ahmad Zahid, Naib Presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas sebagai Timbalan Presiden Umno itu yakin bekas perdana menteri itu masih sayangkan Umno dan memahami bahawa seorang presiden Umno memerlukan sokongan daripada ahli-ahlinya.

"Saya yakin sebagai salah seorang Perdana Menteri yang terlalu lama memerintah beliau (Mahathir) tentunya maklum bahawa adanya beliau sebagai perdana menteri disebabkan sokongan daripada ahli Umno," katanya kepada pemberita di sini, selepas merasmikan majlis penyampaian Anugerah Dinar Emas 2016 anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Malaysia (Mimcoin) di sini, hari ini.

Semalam, Dr Mahathir, 90, mengumumkan beliau sekali lagi keluar daripada Umno selepas pernah berbuat demikian pada 19 Mei 2008 ketika zaman kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi.

"Saya menghormati secara peribadi keputusan dan segala yang telah diputuskan Tun Dr Mahathir. Namun saya fikir bahawa beliau akan tentunya pertimbangkan semula keputusan itu bila tiba masanya kelak," kata Ahmad Zahid.

Dr Mahathir dalam satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini membuat pengumuman beliau dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali keluar daripada Umno.

Selepas bertindak keluar daripada Umno pada 2008, Dr Mahathir kembali menyertai Umno pada 4 April, 2009 selepas Datuk Seri Najib Razak menerajui kepimpinan negara dan parti.

Dr Mahathir juga pernah dipecat keanggotaannya dalam Umno pada 26 September 1969 atas sebab-sebab disiplin semasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan kembali ke pangkuan Umno pada 7 Mac, 1972 di era pentadbiran Tun Abdul Razak Hussein.

Ditanya tindakan Tun Dr Mahathir itu akan memberi kesan kepada parti, Zahid, yang Menteri Dalam Negeri, berkata Umno perlu kukuh bersatu untuk terus mendapat sokongan rakyat.

"Saya memahami apa yang penting adalah untuk bekerja bersama-sama bagi membina semula parti terutama membina semula keyakinan dalam kalangan orang Melayu dan Bumiputera serta memastikan Umno dan BN mendapat sokongan rakyat," katanya.

Pada majlis itu, sejumlah 33 ahli perniagaan menerima anugerah.

Hadir sama Presiden Mimcoin, Datuk Syed Jamarulkhan S. Kadir, dan Duta Khas Infrastruktur Bagi India Dan Asia Selatan, Datuk Seri S. Samy Vellu. - Bernama

TIADA SEBAB MUHYIDDIN KWAR UMNO

Persepsi buruk menanti Muhyiddin kalau keluar Umno
Umno
Umno
 
SHAH ALAM - Meskipun di ketepikan dalam parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan sesekali mengundur diri dari Umno dan menyertai parti lain, itu jangkaan penganalisis politik, Dr Shamsinoor Abdul Azzis. 
 
Ini kerana Timbalan Presiden Umno itu mempunyai semangat dan kesetiaan yang tinggi kepada parti keramat itu.

“Secara peribadi, saya tidak rasa yang Muhyiddin akan melangkah keluar parti. Itu akan mengundang persepsi tidak baik kepada beliau. Kalau beliau undur (daripada Umno) mungkin rakyat dan penyokong akan melihat beliau sebagai pemimpin yang lemah.

“Bagaimanapun jika beliau disingkir (daripada Umno), ia akan mengundang simpati daripada ramai pihak, sekaligus menguatkan sokongan terhadapnya,” katanya.

Pensyarah Kanan Universiti Selangor (Unisel) itu juga turut berpendapat Muhyiddin bakal mengalami kesukaran dalam menentang Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak memandangkan pemimpin itu ada penyokong setia kepada pemimpin itu.

MINYAK TURUN LAGI

RON97 turun 15 sen, RON95 turun 10 sen, diesel kekal
minyak
 
KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 bagi bulan Mac masing-masing turun sebanyak 15 sen dan 10 sen sementara harga runcit diesel kekal, berkuat kuasa tengah malam ini. 
 
Naib Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia (PDAM), Khairul Annuar Abdul Aziz berkata harga runcit baharu bagi RON95 ialah RM1.60 seliter manakala harga runcit bagi RON97 ialah RM1.95 seliter.

"Harga runcit bagi diesel pula kekal pada nilai RM1.35 seliter," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Harga runcit petrol sepanjang Februari adalah RM1.75 seliter bagi RON95, RM2.05 bagi RON97 manakala diesel dijual dengan harga sama iaitu RM1.35 seliter. - Bernama

ADA PARTI YANG SEDANG KAJI PERKEMBANGAN UMNO


SEMUA MAKHLUK DI LANGIT DAN BUMI BERDO'A KEPADA TUHAN, MEREKA MEMINTA APA YANG MEREKA HAJAT. UMNO JUGA DEMIKIAN, DIANTARA AHLI UMNO ADA YANG BERDO'A MINTA SEPARUH DARIPADA AHLINYA MENINGGALKAN PARTI TERSEBUT. DIANTARA YANG BERDO'A ADA JUGA YANG MINTA UMNO TUTUP TABIR SEBAB SUDAH MUAK DENGAN BERBAGAI MUSLIHAT UNTUK  BESARKAN TEMBOLOK - Pak Karamu
 
 
 
'Semoga ALLAH lindungi Umno'
Annuar Musa
Annuar Musa
 
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad keluar Umno hari ini sudah lama diduga olehnya. 
 
Katanya, beliau sama sekali tidak terkejut dengan tindakan bekas perdana menteri itu.

Annuar yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Ketereh mendakwa pengumuman itu merupakan satu lagi strategi yang berterusan dalam usaha Dr Mahathir bagi  'menumpaskan' Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selepas usaha beliau mempengaruhi ahli parlimen dan usaha mempengaruhi Umno bahagian gagal.

"Strategi terbaru ini adalah untuk melumpuhkan dan membunuh Umno sebagai kaedah terakhir menewaskan Najib. Pendekatan ini di dorong pengalaman Mahathir dimana beliau bersedia mengorbankan Umno demi mencapai matlamat menewaskan musuh peribadi politiknya.

"Kerajaan Umno Kelantan 'dibunuh' dalam usaha Mahathir menewaskan Tengku Razaleigh, Kerajaan Umno Selangor 'terkorban' berikutan usahanya menumpaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Pulau Pinang juga jatuh dalam usahanya menewaskan Tun Abdullah Badawi.

"Justeru terpulanglah kepada ahli Umno untuk melihat episod terbaru ini. Barang siapa berjuang kerana Mahathir mungkin mengikuti beliau dan barang siapa berjuang kerana Umno demi agama, bangsa dan tanah air sama sekali tidak perlu goyah dengan gelagat satu individu kerana Umno itu bukan Mahathir, tanpa beliau perjuangan tetap diteruskan.Semoga ALLAH melindungi Umno," katanya.

Sementara itu, seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Mahathir sebenarnya sudah lama hilang pertimbangan maka tindakan beliau keluar Umno tidak lagi mengejutkan bahkan tidak lagi relevan.

"Beliau sudah lama sebenarya menikam Umno kerana tindakan menganggu kepimpinan Najib adalah sama seperti mensabotaj Umno untuk kalah dalam PRU ke 14.

"Tindakan Tun M adalah betul kerana lebih baik dia berjuang dari luar untuk menyerang Najib setelah gagal hampir setahun untuk menumbangkan Najib dari dalam," katanya.

Ujarnya lagi ketika Dr Mahathir menjadi Presiden Umno pun dua bekas Presiden Umno iaitu Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussien On juga telah keluar parti.

"Maka tindakan Tun M bukan gejala baru, tidak menghairankan dan Umno saya yakin mampu menanganinya.

"Saya yakin tidak ramai yang ikut jejak Tun M seperti mana ketika beliau keluar Umno di zaman pemerintahan Tun Abdullah Badawi. Saya percaya kali ini Tun tidak akan berpatah balik kepada Umno. Saya juga percaya Umno akan bertambah matang dan bersatu dengam tindakan Tun M itu," katanya.

Mahathir keluar Umno: Najib, Pak Lah tersenyum


MAHADHIR NAMPAK UMNO TU NAJIB PUNYA

Mahathir: Keluar Umno bukan sebab kedudukan Mukhriz
Mahathir: Keluar Umno bukan sebab kedudukan Mukhriz
Dr Mahathir ketika sidang media mengumumkan keluar Umno di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
 
PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan tindakan beliau meninggalkan Umno adalah disebabkan oleh kedudukan anaknya, Datuk Seri Mukriz Mahathir. 
 
Menurut Dr Mahathir, Mukriz menyertai politik hanya selepas beliau tidak lagi terlibat dalam politik serta kepimpinan negara.

"Saya tidak mengamalkan nepotism. Jika saya nak anak saya jadi Perdana Menteri, saya boleh lakukan ketika berada di dalam kerajaan dulu lagi.

"Tapi dia menyertai politik hanya selepas saya tinggalkan politik," katanya ketika sidang media mengenai pengemuman keluar Umno di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Dalam sidang media tersebut, Dr Mahatir mengumumkan untuk meninggalkan Umno buat kali kedua selepas meninggalkan parti itu pada Mei 2008‎, bagaimanapun menyertai semula  pada tahun 2009.

T‎indakan Mahathir meninggalkan Umno pada kali ini dibuat sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir berkata, langkah itu diambil ‎kerana parti itu bukan lagi seperti Umno dahulu, ia sebaliknya hanyalah sebuah parti penyokong Najib.‎

SUAMI ISTERI TINGGALKAN UMNO

Dr M, isteri umum keluar Umno kali ke dua
Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
 
PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan meninggalkan parti Umno buat kali kedua. 
 
T‎indakan itu dibuat sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dr Mahathir berkata, langkah itu diambil ‎kerana parti itu bukan lagi seperti Umno dahulu, ia sebaliknya hanyalah sebuah parti penyokong Najib.‎

"Saya tinggalkan Umno kerana ia kini adalah parti untuk melindungi Najib dari sebarang kesalahan yang dilakukannya.

"Saya tak boleh jadi ahli untuk parti sebegitu memandangkan Umno berjuang untuk menentang Malayan Union, mencapai kemerdekaan serta pembangunan Malaysia," katanya ketika sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.

Dr Mahathir pernah meninggalkan parti keramat itu pada Mei 2008‎, bagaimanapun menyertai semula Umno pada tahun 2009.

Difahamkan, tindakannya meninggalkan parti pada waktu itu dibuat kerana kekecewaannya terhadap pucuk pimpinan parti tersebut.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, disebabkan oleh perubahan dalam strategi dan polisi bagi melindungi Najib, Umno tidak lagi berfungsi mengikut perjuangan asal parti itu.

Beliau berkata, negara kini sedang berdepan dengan hari-hari teruk dimana ekonomi negara semakin menurun.

"Penilaian terhadap ringgit negara semakin teruk malah pelaburan dalam dan luar negara juga turut terkesan.

"Selain itu, imej negara juga semakin terjejas disebabkan oleh ekonomi yang makin teruk," katanya lagi.Disamping itu, Dr Mahatir memaklumkan yang beliau juga tidak mempunyai perancangan untuk menubuhkan atau menyertai mana-mana parti lain selepas ini.

Dalam pada masa yang sama, Dr Mahathir turut memberitahu media bahawa isterinya, Tun Dr Siti Hasmah juga akan turut meninggalkan Umno selepas ini.

Jika mahadhir muda dia keluar dan masuk umno, tapi bila dah tua dia tinggalkan UMNO terus

Dr M isytihar keluar Umno sekali lagi
Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
 
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengisytiharkan bahawa beliau keluar daripada Umno sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
 
Pengumuman itu dibuat di Pejabat Kepimpinan Perdana, Putrajaya sebentar tadi.
AKAN MENYUSUL

KEMANA ARAH MUHYIDDIN ?

ATAS RASA KESIAN DAN SIMPATI PAS MENGUNDANG MUHYIDDIN MENYERTAI PARTI TERSEBUT, RASANYA MUHYIDDIN TAK PERLU MENYERTAI MANA-MANA PARTI, APA YANG DIA BOLEH BUAT IALAH MEMPERKEMASKAN DIRINYA DIDALAM UMNO WALAUPUN KUASANYA DIDALAM PARTI TERSEBUT SUDAH MENGECIL

TIDAK MUSTAHIL JIKA DIA MULA BERGERAK UNTUK MENDAPAT SOKONGAN DARI AHLI UMNO DI CAWANGAN ATAU BAHAGIAN MAKA DIA AKAN JUGA MENGHADAPI RESIKO YANG TINGGI, NAMUN RESIKO ITULAH YANG SEBENARNYA AKAN MEMBANTUNYA MENDAPAT SIMPATI YANG TINGGI DARIPADA MASYARAKAT UMNO,  - Pak Karamu


Pelawa Muhyiddin masuk Pas
Pas

KOTA BHARU - Pemuda Pas Kelantan mempelawa bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang baharu sahaja digantung daripada jawatan Timbalan Presiden Umno untuk menyertai parti itu.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, situasi semasa kini jelas menggambarkan Umno sudah tidak berupaya membela umat Islam dan bangsa Melayu sebagaimana dilaung-laungkan selama ini.

“Meskipun Muhyiddin pernah mengeluarkan beberapa kenyataan kontroversi terhadap Pas sebelum ini, namun Pemuda Pas Kelantan sedia mencadangkan kepada ahli dan penyokong agar melupakan segala sengketa yang pernah berlaku demi perjuangan memartabatkan Islam di negara ini.

“Kita yakin dengan penyertaan Muhyiddin (dalam Pas), ia bakal menarik ramai penyokong setianya yang masih berada dalam Umno,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata, Muhyiddin dan pengikutnya perlu disedarkan bahawa tidak ada lagi ruang untuk melakukan transformasi ke arah lebih baik sekiranya mereka kekal di dalam Umno.

“Sekarang masa untuk bekerja bagi memastikan Malaysia lebih selamat untuk didiami selepas PRU14 nanti,” katanya.

Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno tiga hari lalu memutuskan Muhyiddin digantung jawatan Timbalan Presiden Umno serta-merta sehingga pemilihan parti akan datang.

Penggantungan tersebut dikaitkan dengan tugas beliau sebagai orang nombor dua dalam Umno dilihat agak goyak selepas sering mengkritik secara terbuka kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

SIFIR POLITIK PIMPINAN UMNO KURANG TEPAT, BOLEH BACA APA AKAN TERJADI PADA UMNO/BN


Penganalisis: Krisis Umno gugat BN
BN
SHAH ALAM – Krisis  yang berlaku dalam Umno kini ibarat gempa bumi kecil yang akhirnya akan memberi kesan pada sokongan rakyat terhadap BN pada PRU14. Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, melihatkan persepsi rakyat terutamanya di media sosial, BN berdepan situasi sukar mengembalikan semula sokongan rakyat mahupun ahli akar umbinya.

“Saya lihat persepsi masyarakat, kesetiaan dalam kalangan ahli Umno sebenarnya boleh diragui. Kalau orang Umno sendiri  mencurigai kepimpinan, apatah lagi  orang luar. Siapa lagi yang akan membantu parti.

“BN harus berwaspada, kerana situasi genting ini bukan ujian oleh pihak luar, tetapi ini dalam parti. Ini bukan krisis parti, tetapi ini perang elit dalam Umno iaitu antara kem Datuk Seri Najib Razak dan Kem Tan Sri Muhyddin Yassin. Perang ini yang menyebabkan Umno dipandang rendah oleh orang luar,” katanya.

Menurutnya, penggantungan Tan Sri Muhyiddin Yassin  daripada jawatan timbalan presiden Umno mendedahkan lagi konflik kepimpinan Umno, yang selama ini tidak nampak secara ketara.

“Apabila berlaku tindakan terhadap Muhyiddin, rakyat akan nampak secara ketara akan konflik dalaman Umno. Masyarakat di bawah tertanya-tanya siapa yang betul dan salah. Umno harus bersedia, perang persepsi dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, paling dibimbangi wujudnya revolusi dalam kalangan ahli Umno  yang mahu mensabotaj parti.

“Dalam satu sudut, itu hak Majlis Tertinggi Umno untuk tentukan (penggantungan). Tetapi perlu diingat, Umno itu milik ahli.

“Mereka ahli parti, tetapi tidak lagi mengiktiraf diri sebagai ahli Umno dan tidak lagi menyokong Umno,” katanya.

Katanya, protes secara senyap dalam kalangan ahli boleh berlaku apabila tibanya PRU.

“Mereka akan protes dalam diam, jentera tidak bergerak, berlaku perselisihan di peringkat bawah, tidak keluar mengundi mahupun  undi rosak. Ini tindakan yang sudah lambat. Paling digusarkan, sabotaj di kotak undi, tidak akan dapat disekat,” katanya.

Justeru, pemangku Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  dilihat akan menggalas tugas serta tanggungjawab yang berat bagi memastikan sokongan rakyat kembali kepada Umno dan BN.

“Jadi dalam hal ini, Ahmad Zahid akan menjadi mangsa imej dan populariti,” katanya.

HANYA KERANA NAJIB ? JIKA TAK TURUN NAJIB TEROR

Reformasi bermula dengan singkirkan Najib
Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika sidang media bersama wartawan Malaysia berkaitan Sidang Kemuncak Pemimpin AS-Asean yang berakhir Selasa. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Tidak perlu bermimpi tentang reformasi negara sekiranya rakyat masih tidak dapat menurunkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Ini kerana menurutnya, Najib sendiri sudah menjadi satu institusi kepada negara ini."Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 nanti, seluruh negara akan dikerah untuk melindungi serta mempertahankan Najib dan pasukannya.

"Turunkan Najib adalah sebahagian reformasi negara. Najib mesti diturunkan melalui desakan dan tuntutan secara demokratik," katanya menerusi kenyataan.

Menurut Mahfuz lagi, tidak ada gunanya sekiranya rakyat hanya menyingkirkan Najib namun tidak mendesak supaya sistem negara diubah.

"Jika ada yang menyatakan tidak cukup hanya menurunkan Najib seorang sekiranya sistem dan institusi tidak berubah, saya bersetuju dengan kenyataan tersebut.

"Reformasi hanya bermula dengan Najib, bagaimanapun ia harus diteruskan dengan reformasi institusi," katanya.

ORANG MUDA NASIHAT HADI AWANG ? MUNGKIN ORANG MUDA TAK TAHU MUSLIHAT POLITIK

Rafizi: Abdul Hadi sepatutnya sedar...
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sepatutnya sedar bahawa pemimpin Umno sendirilah yang mencorak laluan dan pentadbiran parti itu.

Menurut Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, pentadbiran parti hanya boleh dibentuk pemimpin parti dan pentadbiran itu tidak mempunyai apa-apa perbezaan selagi ia di bawah kepimpinan seseorang individu.

Sebaliknya, katanya lagi, corak atau pentadbiran parti hanya akan berubah sekiranya parti itu bertukar presiden atau pemimpin.

"Sepanjang sejarah Umno terutamanya selepas merdeka, sebenarnya pimpinan Umno itulah yang mencorakkan hala tuju dan pendekatan Umno. Sebab itulah Umno akan bertukar wajah setiap kali parti itu bertukar presiden.

"Bagi saya, kemudaratan yang dibawa oleh parti kepada rakyat sebenarnya berbalik kepada jenis individu yang menjadi pemimpin parti itu sendiri. Jika pemimpin parti itu kasar, tidak mementingkan rakyat, maka parti pun akan menjadi kasar dan tidak mementingkan rakyat," katanya menerusi posting terbaharu di akaun Facebooknya, hari ini.

Semalam, Abdul Hadi menegaskan beliau tidak akan menyertai himpunan Anti-Najib yang diadakan pada 27 Mac akan datang.

Menurut pemimpin Pas itu, beliau tidak pernah bermusuhan dengan pemimpin Umno, sebaliknya bermusuhan dengan parti Umno itu sendiri.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.