Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ALHAMDULILLAH SYUKRAN


Rancang dalami pengajian agama
Ahmad Husni
Ahmad Husni

IPOH - Setelah seminggu berdiam diri, bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang berundur daripada Kabinet dan meletak semua jawatan dalam parti  Isnin lalu, bersuara.

Dihubungi Sinar Harian menerusi aplikasi WhatsApp beliau memberitahu beliau sedang merancang untuk mendalami pengajian agama selepas kekal dengan keputusannya berundur daripada semua jawatan, Isnin lalu.

Menurutnya, sudah menjadi impian beliau untuk belajar agama di Jordan dan kali ini menjadi kesempatan buatnya untuk merealisasikannya.

“Saya tengah merancang ke negara itu selama tiga bulan untuk belajar bahasa Arab, pengajian al-Quran dan hafazan. Semoga berjaya,” katanya ringkas kepada Sinar Harian, semalam.

Ahmad Husni berkata, beliau tetap meraikan sambutan Aidilfitri bersama rakyat menerusi Majlis Rumah Terbuka yang diadakan pada 2 Syawal nanti di kediamannya di Sungai Rokam, di sini.

"Pertemuan dengan rakyat pada majlis rumah terbuka itu nanti akan berlangsung seperti kebiasaan, meskipun sedar bakal berdepan dengan pelbagai respons berhubung pengunduran (saya) dalam Kabinet dan parti. Kita 'enjoy' (berhibur) sahaja,” katanya.

Dalam laporan sebuah akhbar tempatan semalam, Ahmad Husni meminta semua pihak menghormati keputusannya untuk melepaskan semua jawatan parti atas sebab peribadi dan memberi masa serta ruang untuk berehat.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan Kabinet dengan tempat Ahmad Husni digantikan oleh Datuk Johari Abdul Ghani.

Ahmad Husni turut melepaskan jawatan Bendahari Umno, Bendahari Agung BN, Timbalan Pengerusi Umno Perak, Timbalan Pengerusi BN Perak, Ketua Umno Bahagian Tambun dan Pengerusi BN  Kawasan Parlimen Tambun.

MASIH PUASA TAPI DAH RASA RAYA

Lebuh raya utama dijangka sesak petang ini
Lebuhraya
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar pada pukul 8 pagi ini, namun dijangka meningkat pada petang nanti.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 masih lagi terkawal.

"Aliran trafik dijangka bertambah pada petang ini berikutan peningkatan jumlah warga kota meninggalkan ibu negara untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidilfitri," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menurutnya, beberapa kawasan di LPT dijangka mengalami kesesakan dengan trafik bergerak perlahan petang ini di lebuh raya itu.

"Trafik dijangka akan bergerak perlahan dari Slim River menuju ke Sungkai, Plaza Tol Gombak ke pantai timur dan dari Tol Duta menghala ke utara," katanya.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara Selatan Bhd berkata aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan masih lancar pagi ini dan dijangka akan bertambah secara beransur-ansur.

"Terdapat satu kemalangan berlaku di Kilometer 19.3 dari Kota Damansara menuju ke Damansara pada 8 pagi tadi menyebabkan trafik perlahan dan kerja mengalihkan kenderaan telah dilakukan," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

BAHANG RAYA DIJALAN RAYA BERMULA PETANG INI

Lebuh raya utama dijangka sesak petang ini

01/07/2016 10:12am

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar pada pukul 8 pagi ini, namun dijangka meningkat pada petang nanti.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di lebuh raya utama termasuk Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 masih lagi terkawal.

"Aliran trafik dijangka bertambah pada petang ini berikutan peningkatan jumlah warga kota meninggalkan ibu negara untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidilfitri," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menurutnya, beberapa kawasan di LPT dijangka mengalami kesesakan dengan trafik bergerak perlahan petang ini di lebuh raya itu.

"Trafik dijangka akan bergerak perlahan dari Slim River menuju ke Sungkai, Plaza Tol Gombak ke pantai timur dan dari Tol Duta menghala ke utara," katanya. - Bernama

TERPULANG PADA HUKUM MAHKAMAH


Guan Eng bakal hilang jawatan?
Cina Sarawak, Cina Semenanjung 'berperang'
 
APAKAH Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bakal hilang hak sebagai Ahli Parlimen sekiranya didapati bersalah atas dua pertuduhan rasuah membabitkan penyalahgunaan kuasa berhubung isu permohonan pengezonan semula status tanah dan pembelian banglo?

Itu soalan yang ditanya oleh China Press ekoran pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu petang kelmarin.

Mengikut Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, mana-mana ahli parlimen yang didapati bersalah oleh mahkamah dan dipenjara melebihi setahun atau denda melebihi RM2,000, boleh dilucutkan jawatannya.

Pada tahun 1995, Guan Eng pernah dipenjarakan selama 18 bulan disebabkan sabitannya di bawah Akta Hasutan dan Akta Percetakan dan Penerbitan kontroversi mengenai kes skandal gadis bawah umur oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik.

Selepas 21 tahun, Ahli Parlimen Bagan ini sekali lagi didakwa di mahkamah. Mengikut pertuduhan pertama, Guan Eng dituduh sebagai penjawat awam menggunakan kuasa sebagai Ketua Menteri berhubung perbincangan pengezonan semula tanah kepada Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Bagi pertuduhan kedua, Guan Eng didakwa menyalahguna kuasa sebagai Ketua Menteri untuk mendapatkan barang berharga sebagai balasan iaitu lot rumah banglo bernilai RM2.8 juta, di bawah harga pasaran sedangkan nilai semasa RM4.2 juta.

Guan Eng dituduh mengikut dua akta berasingan, iaitu Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun atau denda RM10,000 atau denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah nilai tuntutan palsu.

Manakala di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan penjara atau kedua-duanya.

Berdasarkan undang-undang tersebut, sekiranya Guan Eng didapati bersalah, jawatannya sebagai Ahli Parlimen Bagan bagaikan telur di hujung tanduk dan kemungkinan PRK bakal diadakan di kerusi parlimen tersebut.

Sebelum itu, Ketua Menteri Pulau Pinang itu menjelaskan bahawa transaksi pembelian rumahnya itu dibuat secara rela hati antara pembeli dan penjual, Phang Li Koon tanpa sebarang paksaan.

Li Koon turut didakwa semalam mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat.

Sin Chew Jit Poh pula mendapatkan pandangan daripada pakar undang-undang sama ada Guan Eng perlu bercuti buat sementara atau tidak ketika proses pendakwaan dijalankan ke atasnya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Undang-Undang Jenayah Majlis Peguam Malaysia, Datuk Baljit Singh Sidhu berpendapat, Guan Eng tidak perlu bercuti sementara dan kes tersebut tidak akan menjejaskan urusan Kerajaan Pulau Pinang.

Beliau memberitahu, Guan Eng bukanlah kakitangan awam Kerajaan Persekutuan dan keputusan cuti sementara ini tidak sesuai dikenakan kepada pemimpin pembangkang ini.

Beliau menegaskan, mengikut prinsip undang-undang Malaysia, selagi mahkamah belum menjatuhkan hukuman, setiap tertuduh tetap bersih dan tidak bersalah.

"Sekiranya mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas Guan Eng dengan denda melebih RM2,000 atau penjara lebih daripada setahun, haknya sebagai ahli parlimen akan dilucutkan. Bagaimanapun, beliau masih mempunyai hak untuk membuat rayuan.

"Oleh itu, saya menjangkakan kes Guan Eng ini akan memakan masa beberapa tahun. Beliau akan terus memegang jawatan sebagai Ketua Menteri jika dipersetujui oleh partinya," kata peguam tersebut.

Bagaimana pun, berbeza pula dengan pendapat seorang peguam yang menegaskan Guan Eng perlu bercuti sementara sehingga perbicaraan selesai.

Beliau berkata, Guan Eng adalah seorang Ketua Menteri dan kakitangan awam. Oleh yang demikian beliau sepatutnya mengambil cuti sementara walaupun ia tidak termaktub di dalam undang-undang Kerajaan Pulau Pinang.

SOLIDARITI


Azmin nyatakan solidariti terhadap Guan Eng
 Azmin Ali
Azmin Ali - Foto Sinar Harian

SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan solidariti terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng selepas beliau ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang kelmarin.

Menerusi kenyataan media, Mohamed Azmin menegaskan keyakinan penuh terhadap pentadbiran Guan Eng di Pulau Pinang.

Menurutnya, setelah mendengar berita tersebut, beliau sempat bercakap melalui telefon dengan Guan Eng, sebelum ditahan pihak berkuasa.

“Saya nyatakan, saya teguh di belakangnya pada masa yang sangat menguji ini. Beliau kini dianiaya penguasa yang bersungguh-sungguh mahu memperlekehkan dirinya dan pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, walaupun penahanan Guan Eng dilakukan dengan kehadiran peguam, tindakan demikian sekali lagi menimbulkan keraguan terhadap keadilan dalam proses siasatan serta objektiviti Peguam Negara dalam mengarahkan tindakan.

Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, perhatian luar biasa dan tindakan pantas dalam kes Guan Eng ini berbeza sama sekali dengan tindakan yang telah diambil setakat ini terhadap lambakan laporan terhadap perdana menteri.

“Kita perlu sedar tindakan kerajaan ini tidak lain dan tidak bukan sebahagian daripada konspirasi berterusan untuk memburuk-burukkan Guan Eng dan ahli politik pembangkang Persekutuan yang lain,” katanya.

Sebelum ini, Guan Eng bersama isterinya Betty Chew dipanggil ke pejabat SPRM negeri untuk memberi keterangan berhubung pembelian banglonya.

MESYUARAT TERGEMPAR


DAP: Tidak perlu letak jawatan ketua menteri
Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

GEORGETOWN - Tidak perlu letak jawatan, demikian tegas Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berhubung teka-teki jawatan ketua menteri yang kini disandang Lim Guan Eng.

Jelasnya, walaupun terdapat dua pertuduhan dilemparkan kepada Setiausaha Agung DAP itu, namun DAP Pulau Pinang menganggap Guan Eng masih tidak bersalah.

"Atas sebab itu, jawatankuasa DAP negeri memutuskan bahawa tidak ada keperluan untuk Guan Eng meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang atau mengambil cuti daripada tanggungjawab sebagai ketua eksekutif negeri.

"Kami ingin memberi jaminan kepada rakyat Pulau Pinang bahawa urus tadbir dalam kerajaan negeri akan berlangsung seperti biasa dan tidak akan terjejas dengan tuduhan rasuah," katanya.

Dalam masa yang sama Kon Yeow mengumumkan satu lagi mesyuarat tergempar akan diadakan esok (Jumaat) di Ibu Pejabat DAP Kuala Lumpur pada jam kira-kira 11 pagi.

BILA SPRM DAN MAHKAMH TERTEKAN MAKA HUKUMAN LEBIH BERAT ?


Penahanan Guan Eng: Pembangkang cepat melatah
Guan Eng
Guan Eng

KUALA LUMPUR - Pembangkang didakwa cepat melatah apabila penyokongnya berkumpul di hadapan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantah penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, sebaiknya penyokong pembangkang menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan sama ada Guan Eng bersalah atau tidak.

"Tapi pembangkang ini saya lihat macam melatah. Belum apa-apa sudah beremosi.

"Adakah mereka beremosi kerana takut tuduhan itu benar atau sebab mereka tak faham proses undang-undang? Tapi bagi saya, nak kata tuduhan itu, banyak orang pun kena tuduh. 

Jadi, kita tidak boleh buat sebarang kesimpulan," katanya dalam sidang media di program berbuka puasa bersama Majlis Aids Malaysia, di sini, hari ini.

Menurut beliau, tindakan penyokong DAP itu seolah-olah cuba memberi tekanan kepada SPRM.

"Saya lihat cara mereka keluar beramai-ramai itu seolah-olah nak beri tekanan kepada SPRM dan saya tak tahu sama ada bila kes ini berjalan, mereka nak beri tekanan pula kepada mahkamah. Saya tak tahulah," katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas sama ada Guan Eng wajar bercuti atau melepaskan jawatannya, Azalina berkata, ia terserah kepada dasar parti DAP.

"Elemen cuti bila kena tuduh itu BN yang pakai. Kalau tak salah saya ada dua tiga kes pemimpin BN terpaksa lepaskan jawatan.

"Saya tak pasti dasar DAP. Tetapi ini bukan kali pertama SPRM buat tuduhan kepada ahli politik, wakil rakyat BN pun pernah ada macam-macam kes berlaku," katanya.

BERSEDIA KENAIKAN HARGA BARANG, PERTANDA PRU LAMBAT LAGI


RON95, RON97 & diesel naik 5 sen bagi Julai 2016
minyak
SHAH ALAM - Harga minyak bagi RON95, RON97 dan diesel untuk bulan Julai 2016 naik 5 sen seliter.

Harga runcit petrol RON95 naik menjadi RM1.75 seliter dan RON97 pada RM2.10 seliter manakala diesel dijual pada RM1.60 seliter.

Sebelum ini, harga bagi ketiga-tiga minyak tersebut kekal bagi bulan Mei dan Jun.

Kali terakhir berlaku kenaikan pada bulan April di mana, RON95 dan RON97 meningkat sebanyak 10 sen.

lepas jawatan


DAP tidak boleh pilih kasih dalam isu lepas jawatan
DAP

IPOH - MyPPP negeri Perak menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng meletak jawatan atau mengambil cuti daripada tanggungjawab susulan pertuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya.

Pengerusi MyPPP Perak Ong Chee Keng berkata gesaan itu dibuat memandangkan Guan Eng sering kali membuat gesaan serupa, setiap kali timbul sebarang isu membabitkan pemimpin Barisan Nasional (BN).

"DAP selalunya bila mereka buat tuduhan ke atas pemimpin BN yang kadang kala tiada bukti, tetap menyeru pemimpin berkenaan meletak jawatan sementara menunggu keputusan siasatan.

"Jadi (dalam kes Lim) DAP tidak bolehlah 'double standard' biarkan Guan Eng pegang jawatan Ketua Menteri," katanya dalam sidang media dia sini hari ini.

Guan Eng, 56, dituduh menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri untuk kepentingan peribadi dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan urusan menukar status sebidang tanah daripada tanah pertanian kepada tanah kediaman dan memindah miliknya kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Bagi tuduhan kedua, setiausaha agung DAP itu dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri secara rasuah sebidang tanah serta banglo di 25, Jalan Pinhorn, George Town, Pulau Pinang daripada seorang ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta.

Beliau mengaku tidak bersalah dan dibenarkan ikat jamin RM1 juta oleh seorang penjamin. – Bernama

Pemangku Ketua Menteri atau sebaliknya.


Kerajaan P.Pinang berjalan seperti biasa
Kerajaan P.Pinang berjalan seperti biasa
Guan Eng bercakap pada sidang media, hari ini.

GEORGETOWN - Pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang akan berjalan seperti biasa sehingga mesyuarat khas DAP negeri diadakan dalam masa terdekat.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, mesyuarat itu akan membincangkan sama ada akan dilantik pemangku Ketua Menteri atau sebaliknya.

Menurutnya, pihaknya akan tetap lawan berikutan beliau tidak bersalah ke atas kedua-dua pertuduhan rasuah berkenaan.

"Urusan pentadbiran kerajaan negeri akan berjalan seperti biasa. DAP negeri akan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk membincangkan berhubung keperluan pelantikan pemangku dan perkara berkaitan yang lain.

"Saya dan pimpinan kerajaan negeri dan Pakatan Harapan akan tetap lawan kerana saya tidak bersalah dalam kedua-dua pertuduhan ini," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

DIA MASIH KM, BIAR DAP TENTUKAN GESAAN


Gesa Guan Eng lepaskan jawatan ketua menteri
Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

GEORGETOWN - Lim Guan Eng digesa supaya meletakkan jawatan Ketua Menteri dan lain-lain jawatannya sehingga perbicaraan kes rasuah beliau selesai.

Pengerusi Umno negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, sebelum ini, belum ada mana-mana Ketua Menteri  atau bekas Ketua Menteri dihadapkan ke mahkamah di atas pertuduhan salah laku rasuah.

Menurutnya, tindakan itu perlu diambil bagi menjamin integriti jawatan Ketua Menteri tidak dipertikaikan.

"Dengan dua pertuduhan salah laku rasuah terhadap dirinya di mahkamah, Guan Eng perlu segera melepaskan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan lain-lain jawatan yang disandang dalam Kerajaan Pulau Pinang sehingga perbicaraan kes rasuah beliau selesai.

"Ini bukan pertama kali seorang pemimpin negeri didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah. Ini bukan pendakwaan politik (political persecution) kerana yang didakwa adalah seorang pemimpin parti pembangkang. Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat setelah siasatan yang teliti, rapi dan professional dilaksanakan oleh SPRM," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno negeri, Rafizal Abdul Rahim berkata, penyokong kerajaan negeri serta Guan Eng perlu bersabar menanti keputusan mahkamah berhubung kes berkenaan.

Rafizal berkata, keharmonian dan pemuafakatan sesama kaum terutamanya di negeri ini perlu dijaga.

Guan Eng, 56, dituduh menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri untuk kepentingan peribadi dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan urusan menukar status sebidang tanah daripada tanah pertanian kepada tanah kediaman dan memindah miliknya kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Bagi tuduhan kedua, setiausaha agung DAP itu dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri secara rasuah sebidang tanah serta banglo di 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada seorang ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta.

Beliau mengaku tidak bersalah dan dibenarkan ikat jamin RM1 juta oleh seorang penjamin.

BIAR MAHKAMAH TENTUKAN


Pas Pulau Pinang gesa Guan Eng bela diri
Pas Pulau Pinang gesa Guan Eng bela diri
Mohd Fauzi

GEORGETOWN - Walaupun diserang berkali-kali oleh DAP, Pas Pulau Pinang tetap menggesa supaya Ketua Menteri, Lim Guan Eng diberi pembelaan sewajarnya.

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohd Fauzi Yusof berkata, Pas negeri tetap berpegang pada prinsip bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

“Sekalipun Lim Guan Eng dan sekutunya sering menyerang Pas dengan pelbagai tomahan dan fitnah, namun Pas tetap bertindak selaras dengan ajaran Al-Quran supaya berlaku adil dengan semua pihak termasuk musuh.

“Islam mengajar bahawa sebelum penghakiman dibuat, maka seseorang itu masih tidak bersalah,” katanya melalui satu kenyataan kepada media.

Mohd Fauzi berkata, Pas Pulau Pinang juga meneliti beberapa kenyataan yang dibuat oleh pimpinan pembangkang yang menyatakan bahawa isu berkenaan adalah pendakwaan terpilih oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Perlu diingatkan bahawa kuasa pendakwaan bukanlah kuasa SPRM, sebaliknya ia adalah kuasa pihak Peguam Negara (AG).

“Kepercayaan perlu diberi kepada SPRM yang menjalankan tugas untuk menyiasat dan mengemukakan kertas siasatan kepada pihak Peguam Negara,” katanya.

GUAN ENG TAK NGAKU BERSALAH


Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah
Lim Guan Eng
Guan Eng dan Li Khoon diiringi pegawai SPRM selepas Peguam Negara,Tan Sri Nohamed Apandi Ali memohon kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. - Foto Sinar Harian

GEORGETOWN - Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membayar wang jaminan RM1 juta terhadap dua pertuduhan rasuah yang dihadapinya pada tahun 2004 dan 2015.

Ketetapan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azmi Ariffin selepas meneliti permohonan daripada Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali berhubung jaminan yang dikenakan.

Bagaimanapun Azmi membenarkan Guan Eng menyimpan pasportnya namun Guan Eng perlu memaklumkan kepada mahkamah sekiranya merangcang ke luar negara.

Terdahulu, Guan Eng mengaku tidak bersalah dan meminta bicara bagi kedua-dua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa secara berasingan di hadapan Azmi.


Mengikut pertuduhan pertama, Guan Eng didakwa meluluskan permohonan Perlingkungan semula zon pertanian kepada perumahan am untuk Lot 346 dan 437 Mukim J, Daerah Barat Daya kepada Magnificient Emblen Sdn. Bhd. di Bilik Gerakan, Tingkat 28, bangunan Kompleks Tun Abdul Razak pada 18 Julai 2014.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama.

Bagi pertuduhan kedua, Guan Eng didakwa mendapatkan lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 25, Jalan Pinhorn di sini daripada Phang Li Koon pada harga RM 2.8 juta di alamat yang sama pada 28 Julai 2015.

Guan Eng didakwa mengikut di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Sementara itu, Azmi turut memerintahkan Li Koon membayar wang jaminan sebanyak RM200,000 atas pertuduhan bersubahat dengan Guan Eng berhubung pembelian banglo.

Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh pengurusan kes bagi kedua-dua mereka pada 22 September depan.

TU KENA TANYA KAT POLIS DAN SPRM


NAK KATA TINDAKAN KAT PEMBANGKANG JE PUN TAK TEPAT, SEBAB DULU KHIR TOYO PUN KENA JUGA, KALO NAK KOMEN TENTANG CARA PENANGKAPAN YANG DIKATAKAN TAK ADIL (SEPERTI PENJENAYAH BAHAYA) ATAU SEOLAH-OLAH GUAN ENG SEBAGAI PENJENAYAH BESAR TU TERPULANG KEPADA POLIS DAN SPRM DAN KENALAH TANYA MEREKA WHY AND WHY ?, NAMUN JENAYAH TETAPLAH TERJADI, ITULAH POKOKNYA DAN MENGAPA LAKUKAN ? - Pak Karamu
 
 
Kenapa hanya kenakan tindakan kepada pembangkang?
 Wan Azizah Wan Ismail
Wan Azizah Wan Ismail

SHAH ALAM - Penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersabit isu banglo yang dibelinya menimbulkan pelbagai reaksi pemimpin pembangkang yang mengecam perbuatan itu.  

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, PKR kesal dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa membuat tangkapan sewaktu Guan Eng sedang mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri di Komtar, semalam.

Menurut Wan Azizah, pihaknya berpendapat bahawa penahanan pada petang semalam adalah tidak wajar memandangkan kehadiran anggota yang begitu ramai pada mesyuarat berkenaan menggambarkan seolah-olah Guan Eng seperti seorang penjenayah merbahaya.

“Guan Eng sebelum ini telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPRM dan tindakan penahanan sedemikian adalah tidak wajar.

“Penangkapan dan pendakwaan Guan Eng mengukuhkan persepsi rakyat bahawa wujud satu usaha sistematik dan terancang untuk menakut-nakutkan dan mengganggu pimpinan politik tertinggi pembangkang sebelum tibanya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),” katanya menerusi satu kenyataan kepada media.


Semalam media melaporkan Guan Eng ditahan SPRM sebaik habis mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri di Komtar.

Guan Eng dibawa sepasukan anggota penguat kuasa ke pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah Georgetown kira-kira jam 6.20 petang dengan menaiki kereta milik kerajaan negeri.

Selain itu, Wan Azizah turut mempersoalkan tindakan SPRM yang hanya mengenakan tindakan kepada pembangkang manakala mereka yang berada di pihak kerajaan serta terlibat dalam skandal kewangan terbesar dapat menikmati kekebalan di sisi undang-undang.

“Oleh itu, PKR menggesa pihak SPRM melengkapkan siasatan dan membawa ke muka pengadilan mereka yang terlibat dalam skandal-skandal kewangan tersebut agar terbukti tahap profesionalisme badan berkenaan dan tidak timbul persepsi di khalayak umum bahawa berlakunya pendakwaan terpilih dan terancang,” katanya.

Dalam pada itu, Parti Amanah Negara (Amanah) turut berharap agar Guan Eng dapat diadili sebaik-baiknya di mahkamah terbuka selepas beliau ditahan oleh SPRM semalam.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, pihaknya berharap agar pasukan pembela dapat melakukan pembelaan terbaik ke atas Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP.

“Tiba-tiba dalam bulan Ramadan Guan Eng ditangkap dan akan didakwa atas kes rasuah. Dakwaan terpilih sentiasa berulang kali berlaku di Malaysia,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media.

Sebelum ini, Guan Eng telah dipanggil memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang bagi membantu siasatan terhadap kes pembelian banglonya di Jalan Pinhorn yang mencetuskan kontroversi setelah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya ketika Sidang Dewan Rakyat April lalu.

ADA YANG MERAGUI SPRM ? NI SPRM KENA JAWAB


Kes banglo: SPRM digesa siasat dengan telus
Kes banglo: SPRM digesa siasat dengan telus
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama ahli perniagaan, Phang Li Khoon dikawal rapi anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika dibawa masuk ke Kompleks Mahkamah Georgetown kira-kira jam 10 pagi tadi. - Foto Sinar Harian

SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) Pulau Pinang berharap agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menjalankan siasatan yang telus serta tidak terpengaruh dengan tekanan politik berhubung isu penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Pengerusi Amanah Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, sekiranya pendakwaan berkenaan bertujuan untuk melemahkan perjalanan politik Pakatan Harapan, ia adalah sesuatu yang tidak wajar.

“Mereka silap kerana kami semakin kuat semangat untuk meneruskan perjuangan bagi membela rakyat.

“Saya berada di Bangunan SPRM bersama rakan-rakan bagi menunjukkan sokongan ke atas pendakwaan Guan Eng dan atas semangat setia kawan dalam Pakatan Harapan, kami mengharapkan siasatan yang telus,” katanya menerusi kemas kini status di laman sosial Facebook Amanah.


Semalam, Guan Eng ditahan SPRM sebaik habis mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri di Komtar.

Guan Eng dibawa sepasukan anggota penguat kuasa ke pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah di Georgetown kira-kira jam 6.20 petang dengan menaiki kereta milik kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Mujahid berkata, orang ramai turut berhimpun di hadapan bangunan SPRM sebagai tanda sokongan dan akan turut serta ke mahkamah bagi menyatakan solidariti terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Sebelum ini, Guan Eng telah dipanggil memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang bagi membantu siasatan terhadap kes pembelian banglonya di Jalan Pinhorn yang mencetuskan kontroversi setelah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya ketika Sidang Dewan Rakyat April lalu.

PKR TIDAK SEKUAT MANA ?


ANDAINYA MUHYIDDIN MENYERTAI PKR, MAKA DIA KENA BEKERJA KUAT, TRUTAMA TURUN PADANG DAN KENA LIHAT SENDIRI KEKUATAN PARTI PERENGKAT BAWAHAN YANG DIKATAKAN BANYAK BERTERABUR DAN TIADA KEKUATAN YANG MENCUKUPI, MEREKA HANYA MENUMPANG KEKUATAN PAS DAN DAP, DIPERINGKAT  ATASAN MEMANG PKR DIKIRA OK. Pak Karamu                     
PKR pilihan terbaik Muhyiddin
Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin. - Foto Sinar Harian

MESKIPUN mereka masing-masing pernah pegang jawatan yang sama – timbalan perdana menteri – aura Anwar Ibrahim sebagai ahli politik jauh mengatasi Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin tidak mampu tarik orang turun ke jalanan memprotes pemecatannya berbanding apa yang pernah Anwar lakukan. Malah pasca pemecatan Anwar – apa yang disebut orang sebagai era reformasi –  mereka yang tidak pernah ambil tahu hal politik pun, tiba-tiba meratib ayat-ayat politik siang malam.

Tok Che Nah dari Kampung Nyior Sebatang, Lahar Yooi, Tasek Gelugor, yang sudah 80 tahun umurnya ketika itu dan sepanjang hidupnya tidak pernah sekalipun saya dengar dia bercakap walau sepatah tentang politik, tiba-tiba bertanya: “Awat depa jahat sangat buat kat Anwat sampai tara tu???" Begitulah.

Anwar adalah seorang manusia politik yang hebat. Pidatonya memukau. Aura dirinya berjaya mengundang simpatisan hinggakan ramai anak-anak muda sanggup turun ke jalanan berdemonstrasi. Pelajar universiti pun sanggup memperjudikan nasib diri, dipacu emosi melakukan kacau-bilau di tengah-tengah Ibu Kota, apa yang tidak pernah berlaku dalam politik negara sebelum itu.

Ketika Musa Hitam meletak jawatan timbalan perdana menteri, keadaan tidak segawat itu meskipun sebelumnya, dia dianggap gandingan Mahathir yang paling berbakat, bakal pengganti yang sedang dilatih untuk mengambil alih kepimpinan negara. Gandingan mereka disebut sebagai ‘2M’.

Namun apabila Musa keluar dari kepimpinan, tiada demonstrasi besar-besaran melainkan hanya beberapa orang dari Umno Johor yang mendesak dia tarik balik surat letak jawatan.

Saya masih ingat, selepas Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan Timbalan Presiden Umno pada 2 September 1998, wartawan veteran, A. R. Kamaludin (Allahyarham) ada mengatakan bahawa Parti Keadilan Nasional  (sebelum bertukar nama kepada PKR selepas bergabung dengan Parti Rakyat) yang diaktifkan oleh Dr. Wan Azizah untuk membela Anwar, tidak akan bertahan lama.

Ini katanya bersebab, tidak ada nama besar dalam politik ketika itu yang menyeberang untuk bersama Anwar melainkan beberapa orang muda  seperti Dr. Rahim Ghouse, Ruslan Kassim dan Saifuddin Nasution. Mereka yang sebelum itu dikenali sebagai orang Anwar seperti Kamaruddin Jaffar dari Institut Kajian Dasar (IKD), pun tidak menyertai Keadilan sebaliknya memilih Pas.

Ini tidak seperti ketika Tengku Razaleigh menubuhkan Semangat 46 selepas kalah kepada Mahathir dalam perebutan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti 1987. Begitu ramai nama besar dibawa Ku Li masuk parti baharu itu. Umno (Baru) yang kemudian ditubuhkan oleh Mahathir selepas diisytiharkan haram oleh mahkamah, hampir lumpuh.

Untuk beberapa ketika sebelum pendaftaran Umno (Baru) diluluskan, Dr. Ling Liong Sik yang ketika itu Presiden MCA memangku jawatan Pengerusi BN, suatu keadaan yang amat menyedihkan bagi orang Melayu.

Dr. Rais Yatim, Abdullah Ahmad Badawi, Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Abdul Manan Osman, Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar, Tengku Paduka Raja Terengganu,  Zainal Abidin Zin, Rahmah Osman, Ibrahim Azmi Hassan, Zainol Abidin Johari (Allahyarham) – mereka daripada Team B Umno sebelum itu – bersama Ku Li menghidupkan Semangat 46. Sebilangannya adalah anggota Kabinet Mahathir sendiri.

Selepas itu, Semangat 46 bukan sekadar hidup sebaliknya menempa beberapa kejayaan. Bersama Pas, Hamim dan Berjasa di bawah gabungan Angkatan Perpaduan Ummah (APU), mereka berjaya mengambil alih Kelantan dari tangan BN, apa yang semestinya cukup sentimental bagi Ku Li sendiri sebagai anak Kelantan.

Begitu pun, hayat Semangat 46 tidak lama. Pada Mei 1996, parti itu dikuburkan di Hotel Hilton, Kuala Lumpur menerusi perisytihaan yang dibuat oleh Ku Li sendiri. Saya antara wartawan yang hadir membuat liputan 'pengebumian' parti itu.

Tidak lama kemudian, beberapa pemimpin kanannya dibawa kembali ke Kabinet Mahathir termasuk Rais. Namun Ku Li sampai sekarang berkelana di luar lingkaran arus perdana meskipun sudah lama merujuk dengan Umno. Apa yang mahu diceritakan, biarpun memiliki banyak nama besar, Semangat 46 masih tidak mampu untuk jadi alternatif, apa lagi menumbangkan Umno/BN.

Malah apa yang berlaku kemudiannya menjadikan Umno bertambah kuat apabila Tengku Razaleigh sendiri kembali ke pangkuan Umno dan parti itu juga terus dikuburkan.

Namun apa yang berlaku kepada Anwar dan Parti Keadilan (kini PKR) adalah sebaliknya. Meskipun tanpa nama besar, PKR terus hidup sampai sekarang. Walaupun pada peringkat awal, tiada nama besar menghidupkan perjuangan Anwar melainkan Ezam Mohd Nor, Sivarasa Rasiah, N. Gobalakrishnan, Tian Chua, Zainur Zakaria, Azmin Ali,  Chandra Muzaffar,  Hanafiah Man, Zahid Md Arip, Lokman Noor Adam dan beberapa nama lain, yang bukanlah daripada kalangan elitis politik Malaysia waktu itu, PKR terus melangkah dengan bergaya.

Kekuatan parti itu boleh dikatakan banyak bergantung pada karisma dan aura Anwar, yang juga adalah pemimpin de facto pakatan pembangkang.

Muhyiddin tidak berada pada tahap itu. Suaranya tidak sekuat Anwar.

Selepas dipecat daripada Umno 24 Jun lalu, dia bagaimanapun ada menyatakan akan terus berjuang!

Persoalannya, apakah platform yang sesuai bagi Muhyiddin?

Dia tidak punya pilihan. Setelah ditendang keluar oleh parti yang telah digelumanginya selama 40 tahun, Muhyiddin harus bangkit untuk menjulang semula maruahnya.

Dalam usia 69 tahun, dan tinggal lebih kurang dua tahun sahaja lagi untuk menghadapi PRU14, menubuhkan sebuah parti baharu dengan matlamat menjejaskan BN dalam pilihan raya, boleh dikira sesuatu yang mustahil untuk dicapai oleh Muhyiddin.

Dia mungkin berupaya mempertahankan kerusi Pagoh, Mukhriz Mahathir di Jerlun dan Shafie Apdal di Semporna namun itu tidak cukup untuk menjejaskan BN, apa lagi dalam situasi perpecahan undi pembangkang sekarang!

Bagaimanapun aura kejayaan akan lebih berpihak kepada Muhyiddin jika dia melakukan langkah yang betul, menyertai parti yang diterima rakyat dan mampu membawa agenda perjuangannya sederap!

Soalnya, parti yang mana?

Muhyiddin tidak mungkin akan menyertai Pas kerana parti itu kini sedang berhubungan baik dengan Umno, sedang saling berharap (undi sokongan untuk Akta 355) dan sudah tentu Pas tidak mampu menyediakan platform untuk dia menyerang Najib.

Amanah pula dilihat hanya akan menjahanamkan reputasi Muhyiddin. Perjuangannya selama 40 tahun bersama Umno, mendapat pengiktirafan sebagai orang No. 2 dalam parti dan kerajaan, boleh 'hancus' jika dia memilih untuk menyertai Amanah. Ini kerana Amanah dianggap 'anak susuan' DAP.

Parti Ikatan Bangsa Malaysia. Parti itu kini sedang berkoalisi dengan Pas membentuk blok ketiga. Dari segi hubungan dan agenda perjuangan, mungkin tidak ada masalah bagi Muhyiddin namun ia  boleh dianggap terlalu 'kecil' berbanding nama Muhyiddin yang begitu besar dalam arena politik. Lagi pula, Ikatan kini sedang mesra dengan Pas manakala Pas pula mesra dengan Umno. Lalu ruang untuk Muhyiddin berjuang bersama boleh dikira sempit!

Dalam keadaan ini, PKR dianggap platform terbaik untuknya meskipun parti itu mungkin bukanlah yang paling sesuai dengan agenda perjuangan Muhyiddin. Setidak-tidaknya apabila dia menyatakan komitmen untuk memerangi penyelewengan dalam pentadbiran, itulah juga apa yang dilaungkan oleh PKR sejak sekian lama meskipun ada ketikanya integriti sesetengah pemimpin parti itu sendiri diragui.

Muhyiddin - PKR boleh saling melengkapi jika mereka memilih untuk bergabung. Parti itu sudah mempunyai kedudukan dalam gelanggang politik. Muhyddin pula mempunyai kelebihan untuk menarik sokongan daripada kumpulan protes senyap dalam Umno, selain golongan atas pagar ketika pilihan raya.

Jika itu jadi kenyataan, ia akan berupa 'reunion' Team Wawasan kerana Muhammad Muhd Taib sudah pun menyertai PKR Septembar tahun lalu. Gabungan mereka  akan lebih kuat jika PKR juga sedia untuk memberikan ruang kepada Mukhriz dan Shafie.

RASANYA ADA KES UNTUK GUAN ENG .....


Guan Eng didakwa di bawah Akta SPRM hari ini
Guan Eng
Guan Eng ditahan pegawai SPRM. - Foto Sinar Harian

GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Khoon akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang di sini hari ini di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.   

Guan Eng dan Li Khoon ditahan SPRM semalam berhubung isu pembelian banglo oleh Guan Eng di Jalan Pinhorn di sini dengan harga RM2.8 juta yang dikatakan di bawah harga pasaran hartanah di kawasan itu.    

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dijadual mengetuai barisan pendakwaan.    
SPRM dalam kenyataan semalam berkata pendakwaan terhadap Guan Eng dan Li Khoon dijadual pada jam 10 pagi.

Sementara itu, polis menjalankan kawalan ketat di kawasan mahkamah bagi memastikan kelancaran proses pendakwaan hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, beberapa jalan utama ke mahkamah ditutup dan hanya peguam bela, keluarga dan kenalan rapat Guan Eng dan Li Khoon dibenarkan berada di kawasan mahkamah.

[ARTIKEL BERKAITAN: Guan Eng akan didakwa esok pagi]    

"Penyokong dan mereka yang tidak berkaitan tidak dibenarkan berada dalam kawasan mahkamah atas faktor keselamatan. Polis akan mengambil tindakan jika ada yang engkar dengan arahan polis," katanya ketika dihubungi.

Guan Eng sebelum ini disiasat SPRM berhubung pembelian sebuah banglo di Jalan Pinhorn di sini dengan harga RM2.8 juta daripada Li Khoon dan dikatakan di bawah harga pasaran.

Pada Mei lepas, Guan Eng dan isterinya Betty Chew memberi keterangan di pejabat SPRM berhubung siasatan pembelian banglo itu dan penjualan tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini bagi membina rumah mampu milik kepada sebuah syarikat swasta.   

Isu pembelian banglo dan penjualan tanah di Taman Manggis itu dibangkitkan Ahli  Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya pada persidangan Dewan Rakyat pada Mac lepas. - Bernama

Kronologi KES GUAN ENG DAP


 
 
Kronologi kes penahanan Guan Eng
Guan Eng
Guan Eng

GEORGETOWN - Berikut adalah kronologi kes penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini:

17 Mac 2016: Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya meminta menyiasat isu pembelian hartanah di bawah harga pasaran bernilai RM2.8 juta oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn, George Town pada persidangan Dewan Rakyat di Parlimen.

18 Mac: Lim mendakwa transaksi pembelian rumahnya itu dibuat secara rela hati antara pembeli dan penjual, Phang Li Koon tanpa sebarang paksaan.

18 Mac: SPRM mula menerima laporan berhubung isu pembelian rumah banglo pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran daripada pelbagai pihak termasuk parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO).

19 Mac: Lim menggesa SPRM menyegerakan siasatan berhubung transaksi pembelian rumahnya di Jalan Pinhorn.

20 Mac: Lim membawa petugas media melawat rumahnya di Jalan Pinhorn.

22 Mac: Phang membuat akuan berkanun menjelaskan beliau menjual banglo itu atas dasar rela hati antara  pembeli dan penjual yang dipersetujui melalui perjanjian bertarikh 23 Jun 2014.

23 Mac: SPRM terima lapan aduan daripada pelbagai pihak berhubung isu pembelian banglo ketua menteri.

1 April: Phang memberi keterangan berhubung pembelian banglo oleh ketua menteri di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

2 April: Polis melengkapkan kertas siasatan berhubung kandungan akuan berkanun Phang  yang didakwa mempunyai maklumat palsu.

17 April: SPRM menasihatkan semua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu pembelian banglo ketua menteri.

6 Mei: Lim dan isteri Betty Chew serta Phang dan pemilik Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) Datuk Tang Yong Chew memberi keterangan kepada SPRM.

7 Mei: Lim sekali lagi hadir untuk direkodkan keterangan berhubung isu pembelian banglo di pejabat SPRM Pulau Pinang.    

22 Mei: Pegawai SPRM hadir di rumah Lim untuk mengambil keterangan berhubung pembelian banglonya.

25 Mei: Kertas siasatan Lim dikemukakan kepada Peguam Negara.  
  
6 Jun: Kertas siasatan banglo Lim dikembalikan kepada SPRM untuk siasatan lanjut.

29 Jun: Lim ditahan SPRM di tingkat 28 bangunan Komtar pada pukul 5.45 petang, manakala Phang ditahan pada pukul 4.15 petang di pejabatnya di Tingkat 6, Penang Garden. - Bernama

KES BERUNSURKAN POLITIK ?


Guan Eng pesan sentiasa semangat hadapi krisis



Chow Kon Yeow
Chow Kon Yeow



GEORGETOWN - Walaupun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ketua Menteri, Lim Guan Eng sempat berpesan agar penyokong dan pemimpin negeri sentiasa bersemangat menghadapi krisis berkenaan. 
Perkara itu diakui Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sebelum Guan Eng dibawa ke Pejabat SPRM negeri di Jalan Sultan Ahmad Shah petang tadi.

Kon Yeow berkata, Guan Eng turut berpesan kepadanya supaya memastikan parti dan kerajaan negeri tetap kukuh pada masa ini.

"DAP negeri kesal dengan penahanan Guan Eng berhubung dua pertuduhan yang didakwa ke atasnya. Kita turut terkejut dengan tindakan penguatkuasa itu yang bertindak menahan Guan Eng yang jug
a Setiausaha Agung DAP di pejabatnya tadi.


"DAP negeri menganggap pertuduhan itu berunsurkan politik yang bertujuan untuk mematikan karier politik beliau.

"DAP negeri penyokong serta ahli parti seluruh negara supaya bertenang menghadapi penahanan Guan Eng ini. Dia sempat berpesan kepada saya supaya menguatkan semangat menghadapi krisis politik dan mahu kerajaan negeri kukuh seperti biasa," katanya menerusi kenyataannya hari ini.

Menurutnya, DAP akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Negeri tergempar hari ini untuk membuat keputusan bagi menangani krisis politik itu.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.