Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DIA ORANG KECIL YANG TIADA NAMA, TAPI HATINYA ADA PADA SETAIP HATI MARHAIN

Kematian tragis penjual ikan, cetus demonstrasi
Tragis
Ribuan rakyat Maghribi yang turun dijalankan.

RABAT - MAGHRIBI. Ribuan orang kini berdemonstrasi di ibu Kota Rabat, bagi menzahirkan rasa sedih dan simpati terhadap kematian seorang penjual ikan.

Kematian tragis, Mouhcine Fikri ketika mana dia terbunuh tatkala berusaha memungut semula ikan-ikannya yang disita oleh pihak polis di bandar utara Al-Hoceima pada Jumaat lalu mencetus kemarahan netizen.

Kemarahan yang pada mulanya diluahkan menerusi media sosial bertukar menjadi lebih panas, apabila orang ramai mulai berkumpul dan mengadakan demonstrasi di Rabat, lapor BBC.

Kematian Fikri mengingatkan semula kepada kisah kematian seorang penjual buah-buahan yang berasal dari  Tunisia pada 2010 yang menjadi salah satu pemacu kepada kemunculan gelombang  Arab Spring di Timur Tengah.

Dalam hal ini, Raja Maghribi Mohamed telah memerintahkan para pegawainya untuk mengunjungi rumah Fikri.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri dan Keadilan juga berjanji akan melakukan penyiasatan mendalam berhubung insiden itu.

"Tiada sesiapapun yang boleh melakukan perlakuan seperti itu (merujuk kejadian itu)," kata Menteri Dalam Negeri Mohamed Hassad.

Terdahulu dalam kejadian Jumaat lalu, polis Maghiribi dilaporkan telah merampas dan menghancurkan ikan todak  milik Fikri atas alasan ia telah melanggar jadual menangkap ikan.

Dalam pada itu, video yang tersebar di media sosial menunjukkan, Fikri melompat ke bahagian belakang lori sampah untuk mengambil ikan-ikannya, sebelum tubuhnya kemudian dihancurkan oleh 'compactor' yang berfungsi memampatkan sampah itu dipercayai sengaja dilakukan oleh pihak polis.

Insiden yang meragut nyawa Fikri mengingatkan pada apa yang terjadi di Tunisia. Pada 17 Disember 2010, seorang penjual sayur berusia 26 tahun, Mohamed Bouazizi nekad membakar diri kerana barang dagangannya disita polis.

Mohamed Bouaziz sempat menjalani rawatan di hospital, Bouazizi meninggal dunia pada 2 Januari 2011.

Bouazizi adalah wajah rakyat Tunisia yang menderita di negara yang dilanda krisis di mana yang miskin ditindas dan kaum elit hidup mewah.

Kisahnya membangkitkan kemarahan rakyat ke atas penguasa. Demonstrasi meledak, rakyat turun ke jalan menuntut Ben Ali turun.

Pada 14 Januari 2011, Ben Ali yang tak lagi dipercayai rakyat itu pun diam-diam lari ke Arab Saudi bersama keluarganya. Revolusi kemudian tersebar ke Mesir, Libya, dan negara-negara di Jazirah Arab lainnya.

BN AKAN TUMBANG

JIKA PAS BERSETUJU  SATU LAWAN SATU, MAKA BERAKHIRLAH SEJARAH UMNO/BN DIDALAM SEJARAH TANAH AIR, DIA AKAN TINGGAL DALAM KENANGAN, MAKA ALLAH JUGA YANG MENETAPKAN SESUATU - Pak Karamu

 

 

Pas setuju strategi satu lawan satu
Hashim Jasin
Hashim Jasin

YAN – Pas mengakui bersetuju dengan konsep satu lawan satu seperti yang diharapkan rakan pembangkang yang lain untuk menentang BN pada PRU14 nanti.

Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin berkata, perkara itu mungkin memberi gambaran positif kepada pembangkang, namun ia terpulang kepada budi bicara rakan-rakan parti pembangkang.

“Pas sentiasa membuka pintu untuk mana-mana parti bersama kita, tapi dengan syarat kita bersatu atas dasar agama ALLAH. Sebab dulu kita tak buat atas dasar itu, jadilah apa berlaku sekarang (bubar PR).

 “Pengalaman memaksa kita meletakkan syarat dan ini mesti kita lakukan. Kalau mereka setuju, DAP pun boleh bersama. Seeloknya satu lawan satu, tapi kalau dah tak boleh jadi satu lawan satu, kita terpaksa empat lawan satu,” katanya ketika ditemui pada majlis minum petang bersama Mursyidul Am di Markas Pas Kawasan Jerai, di sini, kelmarin.

 Beliau turut menyeru kepada parti-parti politik dan semua pemimpin dalam negara supaya jangan pinggirkan tuntutan al-Quran.

 “Pas Islam, Umno Islam, PKR pun kebanyakan Islam dan DAP pun ada orang Islam. Dalam erti kata lain kebanyakannya Islam. Sekarang al-Quran kata berpegang teguh dengan agama ALLAH.
 
 “Kalau nak bersatu memang bagi pihak Pas pintu sentiasa terbuka pagi dan petang, tapi bersatu itu mestilah berdasarkan kepada agama ALLAH. Tak usah cari yang lain sebab tak akan berjaya,” katanya.

 Menurutnya, parti Islam itu mempunyai banyak pengalaman sejak 65 tahun penubuhannya yang pernah menjalinkan kerjasama politik dengan BN dan PR.

 “Mari kita bersatu berdasarkan al-Quran. Bukan saya tak buka peluang, saya buka kepada DAP pun boleh bersama kita kerana Nabi pun pernah buat tahaluf selepas perjanjian Hudaibiyah. Antara syarat itu mereka tak boleh berperang dengan Nabi Muhammad selama 10 tahun.

 “Ini perjanjiannya dan kalau ada antara mana-mana kabilah yang hendak bersama berlindung di bawah Nabi Muhammad untuk kerajaan Islam pun boleh. Kenapa kita nak tolak DAP? Mari, hukumnya boleh bertahaluf dengan syarat jangan ganggu al-Quran itu. Kamu dengan agama kamu, aku tak ganggu dan jangan kamu mengganggu agama kami,” katanya.

 Bagaimanapun katanya, sekiranya ada campur tangan yang bersabit dengan akidah oleh pihak luar, maka Pas tidak boleh menerimanya.

 “Orang Islam wajib pegang kepada janji, kita tak boleh mungkir. Orang lain juga boleh bersama Pas, Umno pun kita buka tapi dengan syarat Islam mesti memimpin sebab kita dah bagi orang lain pimpin kita, tak sampai ke mana.

 “Kita bersama dengan parti-parti dahulu, kita bertahaluf dan pernah masuk BN. Kita dah duduk dalam PR, semua itu mereka di depan (dominan) dan tak akan sampai kepada matlamat (Pas),” katanya.

 Sementara itu, beliau berkata apa dilakukan bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu memimpin negeri itu contoh terbaik melaksanakan apa yang disarankan oleh al-Quran.

“Saya bagi contoh, Allahyarham membuat arahan supaya semua duit kerajaan negeri yang berada dalam simpanan bank-bank riba dipindahkan kepada bank Islam. Apabila arahan itu dibuat, marah habis pengurus-pengurus bank dengan alasan mereka tak boleh berniaga dengan dasar kerajaan negeri.

 “Allahyarham kata itu bukan tugas saya nak berniaga atau tidak, kerja saya apa yang tuhan suruh semampu boleh saya buat. Sekarang saya ada kuasa, wang kerajaan negeri dimasukkan ke dalam bank Islam,” katanya.

 Menurutnya, tidak lama kemudian banyak kaunter bank berteraskan Islam dibuka di Kelantan.

 “Kenapa Tok Guru ini keras kepala ka? Sebenarnya ada 10 perkara besar lagi yang dibuat di Kelantan. Kita sedia dimarahi manusia, tapi tak bersedia dimarahi ALLAH,” katanya.

UMNO TIDAK MELEBAR PERMUSUHAN

Umno tak fikir tindakan terhadap Husni
Annuar Musa
Annuar Musa

KUALA LUMPUR - Umno tidak memikirkan soal tindakan terhadap bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang membangkitkan isu 1MDB dalam perbahasan Bajet 2017, baru-baru ini.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, Ahmad Husni telah menggunakan medium yang tepat iaitu Parlimen untuk bertanyakan soalan.

"Setakat ini tidak berbangkit tindakan terhadap beliau. Selagi beliau berucap pada tempatnya, gunakan haknya sebagai ahli parlimen dan asalkan niatnya baik.

"Saya suka lihat kerajaan dikritik, tak mengapa. Kita bukannya kerajaan yang nak tutup mulut orang dan kena cakap yang baik-baik saja," katanya kepada media selepas program Jelajah Penerangan - Pemimpin bersama Akar Umbi Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.

Sebelum ini, Ahmad Husni serta bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal didakwa membocorkan rahsia kerajaan ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat.

Dalam perbahasan ucapan Bajet 2017 itu, Ahmad Husni meminta kerajaan menyatakan tujuan 1MDB ditubuhkan selain tindakan yang mungkin dikenakan terhadap pengurusan agensi itu jika didapati bersalah.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, beliau sendiri telah berhubung dengan Ahmad Husni bagi meminta penjelasan lanjut.

"Saya keliru apabila beliau tanya kenapa 1MDB ditubuhkan. Sedangkan beliau sendiri yang jawab soalan itu tahun lalu.

"Beliau telah beri penjelasan kepada saya tetapi tidak sama dengan ucapan beliau di Parlimen. Mungkin cara beliau berkomunikasi tidak cukup efektif," katanya.

Sementara itu, Annuar berkata, dakwaan ketiga-tiga bekas menteri itu perlu didepani dengan fakta dan kebenaran.

"Di Parlimen misalnya, saya 'engage' dan bangun minta penjelasan apabila Muhyiddin berucap. Oleh kerana dia buat kerana politik maka saya pilih berdepan dengannya secara politik.

"Mungkin kalau ada masa saya boleh aturkan debat terbuka dengan Tan Sri Muhyiddin, tak ada masalah," katanya.

MENGAPA SUKA BUAT FITNAH ? APA UNTUNG ?

Rafizi diperintah bayar ganti rugi RM200,000
Rafizi
Rafizi

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli hari ini diperintahkan membayar ganti rugi RM200,000 kepada Pengerusi Eksekutif‎ National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya kerana memfitnah mereka berhubung pembelian hartanah di KL Eco City, Bangsar di sini.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu selepas membenarkan saman Mohamad Salleh dan NFCorp terhadap Mohd Rafizi, yang merupakan defendan pertama.

Azizul memerintahkan Mohd Rafizi membayar ganti rugi RM150,000 kepada Mohamad Salleh dan RM50,000 kepada syarikatnya.

Mahkamah turut memerintahkan Mohd Rafizi membayar kos sebanyak RM100,000 kepada plaintif (Mohamad Salleh dan NFCorp).

Bagaimanapun, mahkamah menolak saman Mohamad Salleh dan NFCorp terhadap   Malaysiakini, yang dinamakan sebagai defendan kedua, dan memerintahkan plaintif membayar kos sebanyak RM50,000 kepada portal berita berkenaan. - Bernama

MINYAK NAIK



Harga petrol, diesel naik 15 sen seliter

31/10/2016 8:16pm




KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta Diesel untuk bulan November masing-masing naik 15 sen seliter bermula tengah malam ini.

Menurut sumber industri, harga baharu bagi RON95 ialah RM1.95 seliter manakala RON97 (RM2.30 seliter) dan Diesel (RM1.90 seliter).

“Harga jualan runcit bagi bahan bakar tersebut akan berkuatkuasa bermula 12.01 pagi, 1 November ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.

Tambahnya, pengusaha stesen minyak dan orang ramai juga dinasihati untuk mengguna harga terkini yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Kenaikan harga minyak tersebut berikutan sistem apungan terurus yang dilaksanakan kerajaan mengikut harga minyak semasa dunia. - K! ONLINE

NEGARA DAH TAK TAHU NAK JADI APA ?


Selain Husni, siasat juga semua menteri Kabinet
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR - Pas mendesak polis supaya menyiasat seluruh menteri Kabinet berkaitan isu‎ 1MDB.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, siasatan itu perlu untuk mendapat kepastian apakah mereka dengan sengaja mengelirukan orang awam mengenai 1MDB.

‎"Jika (Datuk Seri) Ahmad Husni Hanadzlah perlu disoal siasat, seluruh Kabinet juga perlu disoal siasat ," katanya dalam satu kenyataannya hari ini.

‎Katanya oleh itu, ‎Pas menasihatkan polis agar  tidak membazirkan tenaga dan masanya untuk menemuramah Husni yang telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

"Sebaliknya, polis perlu terus menyiasat kes 1MDB yang sudah tertangguh lama," katanya lagi.

Malah,ujar Tuan Ibrahim  pada 20 Oktober yang lalu Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar berkata, polis masih pada tahap mengesan saksi bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung 1MDB.

"Soalan Husni di bawah sebenarnya perlu dijawab polis dan Peguam Negara dan bukannya membawanya untuk disoalsiasat," katanya.

Terdahulu Husni dalam perbahasan di Dewan Rakyat baru-baru ini berhujah mengenai 1MDB antaranya bertanyakan tujuan syarikat itu ditubuhkan, dan pelbagai lagi persoalan mengenai 1MDB.

AKHIRNYA BERMUSUH JUGA

Polis tangguh ambil keterangan Ahmad Husni
Polis tangguh ambil kenyataan Ahmad Husni
Ahmad Husni (tengah) tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi memberi keterangan.

KUALA LUMPUR - Sesi memberi keterangan kepada polis oleh bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ditangguhkan ke minggu depan.

Beliau tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kira-kira jam 2.20 petang bagi memberi keterangan apabila didakwa membocorkan rahsia kerajaan ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat.

"Masa dan tarikh baharu akan dimaklumkan kemudian," katanya ketika ditemui di luar perkarangan Bukit Aman.

Ahmad Husni juga tidak memaklumkan punca sesi memberi keterangan tersebut terpaksa ditangguhkan.
AKAN MENYUSUL

SENARAI PEMAIN

Senarai pemain Kedah dan Selangor
Selangor dan Kedah
Selangor dan Kedah - Sumber internet
BERIKUT adalah senarai kesebelasan utama Kedah dan Selangor
KEDAH
Mohamad Syawal Nordin
Bang Seungwhan
Baddrol Bakhtiar (Kapten)
Liridon Krasnigi
Thiago Augusto Fernandes
Smeltz Shane Edward
Mohd Rizal Mohd Ghazali
mohamad Amirul Hisyam Aeang Kechik
Mohd Syazwan Zainon
Azmeer Yusof
Mohd Ifwat Akmal (PG)

SELANGOR
Mohd Khairul Azhan (PG)
Mohamad Azmi Muslim
Patrick Ronaldinho Wleh
Andik Vermansyah (Kapten)
Saiful Ridzuwan Selamat
Ahmad Hazwan Bakri
Mohd Bunyamin Umar
Mohd Rizal Fahmi Rosid
Ugochukwu Ukah
S Veenod
R Gopinathan

JALAN RAYA AGAK SEPI

Hampir 80,000 penyokong penuhi Stadium Shah Alam
Hampir 80,000 penyokong penuhi Stadium Shah Alam
Hampir 80,000 penyokong penuhi Stadium Shah Alam
 
HAMPIR 80 ribu penyokong Kedah dan Selangor sudah memenuhi Stadium Shah Alam bagi memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan masing-masing yang akan bermain dalam perlawanan akhir Piala Malaysia malam ini.

Perlawanan yang akan bermula tepat jam 9 malam ini.

Kedah kali terakhir memenangi Piala Malaysia pada 2008 dan Selangor pula dalam usaha melunaskan misi 34.
AKAN MENYUSUL

BAKAL DIPECAT ?

Ahmad Husni akan dipecat dari Umno sebab 1MDB
Ahmad Husni Hanadzlah
Ahmad Husni Hanadzlah - Foto Bernama

IPOH - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak yakin mantan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bakal dipecat daripada Umno berikutan kenyataan yang ditimbulkan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Penyelarasnya, Datuk Hamidah Osman berkata, ia dibuktikan dengan pelbagai kritikan yang telah dibuat segelintir pimpinan tertinggi Umno selepas persoalan itu diluahkan Ahmad Husni.

"Melihat keadaan hari ini, boleh saya katakan Umno telah hilang pertimbangan. Sesiapa yang menentang arus pasti akan jadi mangsa.

"Saya tak terkejut kalau beliau dipecat sebab kita dapat lihat sudah ada kritikan dibuat selepas persoalan itu ditimbulkan. Perkara lain mungkin menyusul," katanya.

Sebelum ini, dalam perbahasan ucapan Bajet 2017, Ahmad Husni meminta kerajaan menyatakan tujuan 1MDB ditubuhkan selain tindakan yang mungkin dikenakan terhadap pengurusan agensi itu jika didapati bersalah.

Ahli Parlimen Tambun itu turut mempersoalkan status bayaran yang diterima kerajaan berkaitan penjualan 60 peratus kepentingan dalam projek Bandar Malaysia kepada sebuah syarikat Cina.

Menurut Hamidah, pihaknya juga tidak menolak akan ada pimpinan Umno lain yang akan mempersoalkan tentang 1MDB sekiranya tiada sebarang tindakan dilakukan lembaga disiplin parti terhadap Ahmad Husni.

"Sebabnya, kalau diam (tindakan disiplin) maknanya betullah apa yang dipersoalkan Ahmad Husni dan dari situ akan ada lagi yang akan buka mulut tentang 1MDB ini," katanya.

Selain itu, Hamidah berkata, skandal 1MDB yang diluahkan pelbagai pihak pada ketika ini membuka mata semua golongan sekaligus mencalarkan kredibiliti Umno selaku kerajaan memerintah.

"Kalau dulu mungkin ada yang kata 1MDB ini fitnah yang sengaja ditohmahkan kepada kerajaan namun kita dapat lihat suasana itu telah bertukar dan mata rakyat sudah luas terbuka," katanya.

TUU DIAAAA ! OGHANG KEDAH DAH MAIIII !!!! DEPA YAKIN MENANG 2-1, ADA BAWA BOMO KA ?

JAGA-JAGA HANGPA SELANGOR OIII< KALI NI DEPA BAWA PUAKA GUNUNG JERAI !, DAH HABAQ DAH , DEPA PAKAI BOMOH !!!! - Pak Karanu



‘Demi Hijau Kuning, kami sanggup berkorban’



‘Demi Hijau Kuning, kami sanggup berkorban’
Pasukan Red Eagle Frenz Kedah sentiasa bersama Puaka Jerai dalam setiap perlawanan.



“DISEBABKAN rasa cinta dan sayang, saya sanggup berhabis ribuan ringgit demi Hijau Kuning,” demikian luahan peminat tegar, Zulkifli Hashim, 37, berasal dari  Kampung Seri Perigi,Yan, Kedah.

Penjual burger sepenuh masa dan mempunyai dua orang anak, Nur Syazliana Umairah,5, dan Mohd Luqman Hakim, 2, hasil perkongsian hidup bersama pasangan, Nafisah Md Rozki, 34, bukanlah orang kenamaan atau berpangkat besar.

Namun jiwanya yang kental dan semangat Hijau Kuning yang menebal dalam diri membuatkan dirinya dikenali ramai.

Apatah lagi bila menyarungkan kostum bunga matahari setiap kali menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Darul Aman.


Ramai yang tidak menyangka, si penjual burger ini merupakan orang sama yang digelar Puaka Jerai yang kini menjadi ikon kepada penyokong Skuad Lang Merah.

Akibat rasa kasih dan sayang pada pasukan kesayangan, dia sanggup bertindak sedemikian serta habis ribuan ringgit demi untuk menyaksikan setiap perlawanan bola sepak yang disertai Hijau Kuning.

Langkahnya menjadi buruan walau ke mana sahaja dia pergi dan pengikutnya semakin bertambah hari demi hari, lebih-lebih lagi apabila Kedah bakal berdepan Selangor bagi merebut Piala Malaysia di pentas final nanti.

Menceritakan idea asal, Zulkifli berkata, dia langsung tidak pernah terlintas untuk dikenali ramai apatah lagi menjadi kegilaan penyokong Hijau Kuning sejak mula-mula mencipta kostum hasil cetusan idea sendiri.


“Niat saya pada mulanya hanyalah nak tarik penyokong Kedah turun ke stadium tidak kira perlawanan besar atau kecil.

“Saya lihat apa yang saya bawakan untuk Kedah berhasil, ini kerana, setiap kali saya singgah di stesen minyak atau di simpang lampu isyarat, ramai yang mengambil peluang merakam gambar dan ada yang berebut-rebut nak bergambar.

“Ia sebagai satu semangat kepada pasukan untuk beraksi lebih baik dan beri impak kepada rakyat Kedah menghangatkan sorakan agar mampu membakar semangat dan dorongan kepada pejuang di atas padang,” katanya.

Menurut Zulkifli, dia tidak segan silu memakai kostum ke masa sahaja di pergi demi menyatakan kecintaan dan membuktikan sokongan tidak berbelah bagi kepada pasukan bola sepak Kedah.

Setakat ini, pergerakan Puaka Jerai mendapat sokongan Red Eagle Frenz Kedah dan tajaan daripada Prima Herbs.

Habis ribuan ringgit

“Setiap kali perlawanan, pasti habis ribuan ringgit duit simpanan saya dari hasil yang disimpan dari keuntungan menjual burger setiap malam.

“Mana tidaknya, jika perlawanan berlangsung di negeri Selatan atau Pantai Timur, tidak kira di mana sahaja Hijau Kuning berada, di situlah adanya Puaka Jerai.

“Saya bukan berseorangan, tetapi tidak pernah meninggalkan penyokong kuat saya iaitu isteri dan anak-anak yang sentiasa bersama,” katanya.

Tak kisah dimaki demi kedah

“Sejak mula dikenali ramai pada  awal 2016, walaupun mula memakai kostum sejak dua tahun lalu, saya menerima beberapa ancaman bukan sahaja terhadap diri saya sendiri sebaliknya membimbangkan keselamatan anak-anak dan keluarga.

“Saya juga difitnah, dimaki, dicaci dan diugut bunuh gara-gara bola sepak Hijau Kuning. Walaupun bagaimanapun, saya masih meneruskan hasrat saya memberikan sokongan 100 peratus terhadap pasukan, dalam masa sama aspek keselamatan sentiasa saya utamakan.

“Akibat bimbang keselamatan diri, saya cepat-cepat buat laporan polis, ada pernah sekali kedatangan saya ke stadium di negeri jiran sebelum ini terpaksa diiringi pihak berkuasa, gara-gara ancaman dari musuh,” katanya.

Menurutnya, biarpun ancaman datang dari pelbagai sudut, namun niatnya cuma satu, terus menzahirkan rasa cinta dan sayang terhadap pasukan Hijau Kuning.

DAH MULA GENTO !!!

Lapan lagi laporan polis dibuat bantah Bersih 5
Bersih 5.0

KLANG - Lapan laporan polis dibuat hari ini bagi membantah dan menyekat penganjuran perhimpunan Bersih 5.0 yang dijangka diadakan di Dataran Merdeka pada 19 November ini.

Laporan berkenaan dibuat oleh lapan pertubuhan bukan kerajaan di Selangor iaitu Alumni 4B Selangor, Persatuan Perpaduan Sejahtera Kebangsaan (PPSK), Persatuan Kebajikan Hindu dan Sosial Selangor (PKHSS), Majlis Belia Selangor Daerah Klang, Belia 4B Kota Raja, Persatuan Kebajikan Warga Emas Muhibah Selangor, Alumni 4B Kota Raja dan Persatuan Penduduk Jalan Kota Raja.

Naib Pengerusi Alumni 4B Selangor, Ab Rahman Nordin menyifatkan perhimpunan itu adalah tindakan sia-sia yang tidak memberi kebaikan sebaliknya hanya memporak-perandakan negara.

"Jika Bersih 5.0 ini terus dianjurkan, maka akan ada pula Himpunan Baju Merah... kami tidak menyokong mana-mana pihak sebab yang kami mahu adalah untuk hidup aman damai di negara ini," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini. – Bernama

SOS, KHIDMAT BOMOH DIPERLUKAN

Piala Malaysia: Semangat membara Gergasi Merah
Piala Malaysia: Semangat membara Gergasi Merah
Piala Malaysia: Semangat membara Gergasi Merah
 
TERCICIR dalam perebutan gelaran juara Liga Super serta Piala FA, terkandas awal dalam kempen Piala AFC, kini Piala Malaysia menjadi satu-satunya trofi yang boleh direbut sang Gergasi Merah.

Piala Malaysia diakui cukup 'berhantu' walaupun tidak menawarkan slot ke saingan peringkat Asia dan kini Selangor berada di landasan tepat untuk menjulang piala itu buat kali ke-34.

Cuma lawan Gergasi Merah kali ini bukan calang-calang pasukan kerana Lang Merah dari utara tanah air cukup konsisten dalam kembara mereka menuju pentas akhir dan diakui punya kemampuan untuk mengecewakan puluhan ribu penyokong setia Merah Kuning.

Musim lalu, skuad Hijau Kuning dan pengendali mereka, Tan Cheng Hoe tumpas 2-0, membolehkan Piala Malaysia singgah di Lembah Klang, namun pada musim ini, belum ada kepastian kejayaan itu bakal berulang walaupun rata-rata penyokong Selangor melaungkan keyakinan.


Gelanggang keramat sang Gergasi Merah menjadi medan tarung akhir yang dilihat bakal memberi kelebihan kepada skuad Merah Kuning walaupun rekod bermain di gelanggang sendiri tidak begitu membanggakan pada musim ini.

Selangor boleh dianggap kebal di Stadium Shah Alam pada tahun ini, namun perlu juga diingatkan, pasukan itu bergelut di awal musim dengan pelbagai isu termasuk pertukaran jurulatih, Zainal Abidin Hassan yang sedikit merencatkan corak permainan skuad Merah Kuning.

Bagaimanapun, prestasi ditunjukkan K Gunalan yang menggantikan tempat Zainal tidak menghampakan kerana berjaya memimpin Gergasi Merah sehingga ke pentas final di samping menamatkan perjalanan Liga Super di tangga kelima.

Gunalan dijangka melakukan perubahan taktikal agar gerak langkah Selangor tidak terus dibayangi rentak permainan Mehmet Durakovic yang kekal terpahat dalam ingatan penyokong fanatik Selangor sehingga kini.
Mengimbas kembara Selangor dalam kempen Piala Malaysia, juara 33 kali itu diramal akan berdepan cabaran getir untuk mempertahankan kejuaraan selepas diundi bersama Kelantan, Pahang dan Kuala Lumpur dalam Kumpulan B.

Namun satu persatu lawan mereka gugur hasil keberkesanan taktikal Gunalan dan kesebelasan utama berjaya melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan baik.

Di pentas suku akhir, Selangor menjinakkan Selangor PKNS untuk mara ke peringkat suku akhir dengan agregat 5-3 dan lawan mereka seterusnya adalah pasukan berstatus kelab dari Terengganu, T-Team.

T-Team ternyata lebih liat untuk dijinakkan dan pada perlawanan separuh akhir pertama di Shah Alam, Selangor hanya mencatat kemenangan tipis 2-1 sekali gus meresahkan penyokong serta kem Red Giants sendiri.

Malah media melaporkan suasana di Stadium Shah Alam agak suram pada hari perlawanan separuh akhir dan tidak terlihat penyokong berasak-asak serta berebut membeli tiket walaupun pasukan kesayangan mereka bakal berjuang untuk merebut slot ke perlawanan akhir.


Bagaimanapun, anak didik Gunalan bangkit dengan corak permainan cukup kemas pada perlawanan timbal balik di Kuala Terengganu dan membelasah T-Team 3-0 untuk mara ke pentas akhir dengan agregat 5-1.

Andik Vermansyah menjadi tunjang kekuatan Selangor pada musim ini yang mana pemain dari Indonesia itu cukup agresif di bahagian sayap dan kombinasinya bersama Ahmad Hazwan Bakri menjadi seakan suatu daya kuasa yang sukar dihentikan.

Sementara itu, jentera 'back four' dikemudi Muhammad Shahrom Abdul Kalam dan pemain kelahiran Parma, Itali, Ugochukwu Ukah, ternyata sukar ditembusi, cukup liat dan sentiasa bersedia untuk merantai trio import Kedah, Thiago Fernandes, Shane Smeltz serta Liridon Krasniqi.

Bak kata seorang penyokong tegar Merah Kuning dari Sungai Besar yang ditemui penulis, mereka tidak sabar-sabar untuk turun memberi sokongan padu kepada barisan pemain 'Red Giants'.

"Perlawanan akhir ini wajib dimenangi Selangor. Kekalahan di Shah Alam cukup mengaibkan kerana ini gelanggang keramat kita. Saya harap pemain berjuang demi lencana di dada dan menang demi penyokong yang menjadi pemain ke-12. Piala apa sekali pun, kami tetap sokong," katanya.

Sementara itu Muhammad Shahrom dalam satu kenyataan kepada Ultras Sinar tidak menafikan tekanan tinggi diterima pasukannya untuk memulakan kempen Piala Malaysia sebagai juara bertahan.

"Penyokong letak harapan menggunung kepada kami. Jangkaan penyokong memang tinggi sebab kami juara bertahan. Memang ada tekanan tetapi kami fokus terhadap perlawanan satu demi satu (termasuk perlawanan akhir)," katanya.

19 NOVEMBER HARI YANG SANGAT DITAKUTI ?

Khairy: Tutup jalan ke Dataran Merdeka
Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin

HULU TERENGGANU - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyarankan polis menutup semua jalan bakal digunakan peserta Bersih 5 untuk perarakan menuju ke Dataran Merdeka yang dijadualkan 19 November depan.

Menurutnya, tempat-tempat peserta berkumpul sebelum berarak ke Dataran Merdeka juga telah dikenal pasti dan tindakan menutup jalan itu wajar dilaksanakan supaya tiada laluan boleh dilalui peserta apatah lagi Bersih 5 dikhuatiri boleh cetuskan huru-hara.

“Kita tidak mahu kekecohan seperti yang berlaku pada Bersih 3 lalu berulang memandangkan pelbagai tindakan keterlaluan dilakukan waktu itu termasuk terbalikkan kereta polis serta banyak kedai pecah. Perhimpunan Bersih ini boleh cetuskan keadaan huru-hara.

“Jadi kita sarankan supaya PDRM bukan sahaja tidak membenarkan Dataran Merdeka digunakan bagi perhimpunan Bersih 5 tetapi kalau boleh turut mengambil segala tindakan yang diperlukan supaya tiada perarakan bermula dari tempat telah dikenal pasti.

“Kita sudah tahu lokasi berkumpul dan laluan akan digunakan kumpulan Bersih untuk ke Dataran Merdeka, jadi saya harap PDRM tutup jalan tersebut supaya tiada laluan boleh digunakan,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas berhubung perhimpunan Bersih 5 pada 19 November depan dan terdahulu Khairy hadir ke Retreat Pemuda Umno 2016 di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, di sini, semalam.

Dalam perkembangan sama, Khairy berkata, perhimpunan kumpulan baju merah pula adalah sebagai tindak balas terhadap Bersih 5 dan beliau yakin sekiranya tiada Bersih maka baju merah juga tidak akan mengadakan demonstrasi mereka.

“(Baju) Merah hanya hendak tunjuk mereka menentang Bersih, kalau Bersih tidak buat-buat apa sudah tentu merah pun tidak akan buat apa-apa, jadi bebannya terletak di atas Bersih. Cara terbaik ialah tidak membenarkan perhimpunan Bersih 5 berlaku.

“Sekiranya didapati mana-mana ahli Pemuda Umno terlibat dalam Bersih juga kita akan ambil tindakan sebab himpunan Bersih menentang kerajaan Umno dan PM (perdana menteri), ini melanggar disiplin parti,” katanya.

KEBANYAKAN RAKYAT TIDAK TAHU MAKLUMAT RAHSIA ITU ADALAH RAHSIA

Bekas menteri, ahli parlimen disiasat
Khalid Abu Bakar
Khalid Abu Bakar

MELAKA - Polis akan memanggil beberapa bekas menteri dan kakitangan awam disyaki sengaja membocorkan rahsia kerajaan dan melanggar Akta Rahsia Rasmi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan itu susulan laporan yang baharu diterima pihaknya terhadap individu yang juga terdiri daripada bekas menteri.

“Saya baru dimaklumkan tadi (semalam), kita ada menerima laporan polis berkenaan kemungkinan rahsia kerajaan dibocorkan bekas menteri, bekas ahli parlimen dan akan panggil mereka.

“Kita akan melihat dan menjalankan siasatan sama ada bekas kakitangan kerajaan ini ada membocorkan rahsia kerajaan atau tidak sebelum sebarang tindakan diambil,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Khalid bagaimanapun mengingatkan mana-mana individu yang sudah meninggalkan jawatan dalam kerajaan supaya berwaspada memberi kenyataan berikutan pernah membuat akuan sumpah.

“Saya ingin mengingatkan kakitangan kerajaan tak kira masih berkhidmat atau tidak, apabila meninggalkan jawatan supaya berhati-hati dengan apa jua kenyataan dibuat kerana mereka telah berikrar, angkat sumpah dan menandatangani akuan sumpah.

“Mereka kadang-kadang nak menggunakan Parlimen sebagai alasan boleh bercakap tapi dalam hal rahsia kerajaan ini kita perlu lebih berhati-hati,” katanya.

Khalid memberitahu, pihak terbabit perlu bertanggungjawab berikutan kemungkinan banyak implikasi apabila rahsia kerajaan didedahkan, selain boleh mengancam keselamatan dan ekonomi negara.

Kelmarin, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dilaporkan berkata, perkara-perkara yang diucapkan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada sesi perbahasan Bajet 2017 adalah maklumat diperoleh ketika mereka berada di dalam kerajaan.

Tegasnya, tindakan itu  membuktikan mereka telah mendedahkan maklumat sulit kepada awam dan melanggar sumpah yang dibuat ketika dilantik sebagai ahli Kabinet.
 

MAIN-MAIN POLITIK, BERSATU MUNGKIN LUMPUH

Tiada keyakinan punca Khairuddin keluar Bersatu
 Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob

BERA - Tindakan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menunjukkan beliau tidak mempunyai keyakinan terhadap masa depan parti itu.

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Khairuddin yang merupakan orang kuat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudah pasti akan kekal dalam parti itu jika beliau yakin parti tersebut mampu menjatuhkan Umno.

"Khairuddin merupakan antara orang terpenting dalam peringkat awal penubuhan Bersatu, (beliau) paling ke hadapan dan dari mula terlibat dengan Tun M (Mahathir), deklarasi rakyat dan kumpulan penjana untuk tubuhkan parti.

"Tapi bila beliau keluar parti, saya percaya beliau sudah hilang keyakinan dan bila beliau keluar parti, walaupun (usia parti) baharu setahun jagung sudah nampak wujud perpecahan di dalamnya," katanya.

Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui selepas merasmikan Fiesta Bera 5 di Dataran Kerayong, di sini hari ini.

Pada Khamis, Khairuddin mengumumkan dirinya keluar daripada PPBM berkuat kuasa serta-merta dengan alasan 'pemergiannya' adalah untuk membolehkannya memberi tumpuan kepada kes mahkamah yang sedang dihadapinya dan melawan segala korupsi.

Bagaimanapun, Dr Mahathir selaku pengerusi Bersatu yang ditemui media pada Jumaat, mengesahkan beliau tidak dimaklumkan mengenai tindakan itu dan perlu 'bercakap sendiri' dengan Khairuddin untuk mengesahkan berita tersebut.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berharap masyarakat luar bandar dapat menilai dan mengambil iktibar daripada keputusan Khairuddin untuk tidak mudah mempercayai agenda yang dibawa Bersatu dan hala tuju parti itu pada masa depan.

Mengulas mengenai Fiesta Bera 5, Ismail Ssbri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, program itu berperanan sebagai platform untuk mengetengahkan bidang keusahawanan kepada masyarakat khususnya golongan muda, dan bukannya sekadar hiburan.

"Terdapat perkongsian ilmu daripada tokoh-tokoh keusahawanan, penerangan daripada agensi yang terlibat dengan keusahawanan. Usahawan yang telah mempunyai produk juga diberi peluang mempromosikan produk mereka.    

"Program keagamaan juga diadakan pada hari pertama iaitu Jumaat melibatkan aktiviti seperti forum perdana, pertandingan imam cilik dan nasyid. Ini memberi peluang penduduk untuk berkumpul secara santai sambil mengeratkan silaturahim," katanya.

Ismail Sabri berkata, Fiesta Bera yang dianjurkan sejak 2009 juga berkesan mempromosikan daerah itu kepada penduduk sekitar memandangkan fiesta itu turut dikunjungi penduduk daerah berhampiran termasuk dari Negeri Sembilan.

Fiesta tiga hari itu yang berakhir esok, dijangka menarik kehadiran lebih 20,000 pengunjung. - Bernama

apa agaknya yang ada dalam fikiran saspek ini, MENYESAL ?

Pukul isteri: Pegawai SPRM direman
Pukul isteri: Pegawai SPRM direman
Suspek (duduk, tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Segamat untuk mendapatkan perintah reman.

SEGAMAT - Mahkamah Majistret Segamat, membenarkan perintah tahanan reman selama empat hari ke atas seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes keganasan rumah tangga yang menjadi viral beberapa hari lalu.

Perintah reman empat hari bermula semalam sehingga 1 November depan itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Segamat, Rasidah Roslee.

Suspek berusia 37 tahun itu ditahan di Balai Polis Batu Berendam, Melaka oleh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat pada jam 8 malam semalam.

Kes disiasat bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja dan 506 Kanun Keseksaan ugut jenayah serta 18A Akta Keganasan Rumahtangga 1994.

Akhbar semalam melaporkan seorang isteri memuat naik penderitaannya di laman sosial Facebook mendakwa dicederakan oleh suaminya yang juga merupakan pegawai SPRM yang bertugas di cawangan Segamat di rumah sewanya di Jalan Tahang Rimau, Segamat pada 18 September lalu.

Mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan suspek menghilangkan diri serta tidak hadir bertugas sebelum ditahan di Balai Polis Batu Berendam, Melaka pada jam 8 malam semalam.

Suspek kemudian dilihat dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Segamat kira-kira jam 12.30 tengah hari menaiki sebuah kenderaan polis ke IPD Segamat dengan diiring beberapa anggota polis.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.