Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DANA 1MDB: Rafizi sahut cabaran Pas

JANGAN PULA TAK BUAT LAPORAN PADA SPRM.
JIKA BENAR IA SANGAT DI ALU-ALUKAN.
JIKA TIDAK SAMAN AKAN MENYUSUL.
 
 
-Pak Karamu-
 
Rafizi ucap terima kasih atas teguran Hadi
Rafizi
Rafizi
KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menzahirkan ucapan terima kasih berhubung ingatan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi, yang meminta beliau bertaubat.

Rafizi yang juga merupakan ahli Parlimen Pandan berkata, beliau sedar sebagai manusia biasa, beliau tidak akan terlepas daripada melakukan dosa.

"Seperti mana ingatan Datuk Seri Hadi minta saya bertaubat, saya juga harap Hadi menerima dengan terbuka ingatan saya mengenai dana 1MDB yang mengalir dari akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak kepada seorang tokoh yang rapat dengan pimpinan Pas," katanya kepada Sinar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan Hadi yang menyifatkan tuduhan beliau bahawa Pas menerima dana daripada 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai pembohongan besar dan tidak berasas.

Sehubungan itu, Abdul Hadi yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang meminta agar pemimpin PKR itu segera bertaubat.


Mengulas lanjut, Rafizi berkata, budaya ingat mengingatkan itu sewajarnya kita suburkan dalam masyarakat.

"Atas kesedaran saya tidak lari dari dosa juga, saya sangat peka kepada amanah saya sebagai wakil rakyat kerana saya lebih takut kepada ALLAH.

"Sebab itu saya tidak kisah apa pun panggilan asalkan saya sudah buat amanah saya," katanya.

Oleh itu, katanya besar harapannya, agar Hadi  bersikap terbuka dengan bukti yang bakal beliau bentangkan kerana belum terlambat untuk mengelakkan Pas semakin terjerat dengan muslihat Najib.

Terdahulu, mengenai dakwaannya itu, Rafizi akan membawa bukti kepada pihak SPRM dalam minggu ini.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Saman.....hahaha

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.