Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS PERAK PUTUS DENGAN PKR

Pas Perak juga putus tahaluf siyasi dengan PKR negeri
Pas
Bendera Pas. - Foto Bernama
 
IPOH - Pas Perak memutuskan hubungannya dengan PKR negeri sebagai mematuhi  keputusan​​ Majlis  Syura Ulama Pas menamatkan tahaluf siyasi dengan parti itu hari ini.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, keputusan Majlis Syura Ulama itu adalah tepat setelah mengambil kira percanggahan yang dibangkitakn PKR.

"Kita menerima keputusan yang dibuat dan kita harap anggota serta jentera parti akan kekal fokus untuk mengukuhkan kekuatan parti bagi menghadapi PRU14," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.


Beliau mengulas pengumuman Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Muhammad Nik Zawawi Salleh mengenai keputusan itu dibuat kerana PKR melanggar kerjasama mengikut hukum syarak dan akhlak Islam termasuk menentang Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah ( Bidang Kuasa Jenayah) 1965  yang dibawa Pas.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PKR Negeri Dr Lee Boon Chye berkata pihaknya berlapang dada dan menerima keputusan Majlis Syura Ulama Pas. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.