Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CARI PUNCA MENGAPA AMERIKA DAN SETENGAH NEGARA ARAB MEMBENCI QATAR .....


Hudud: Kelantan contohi Qatar
Hudud: Kelantan contohi Qatar
KOTA BHARU – Kemungkinan besar kerajaan Pas Kelantan akan menjadikan pelaksanaan hudud di Qatar dan Emirates Arab Bersatu sebagai negara contoh dalam melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, pelbagai maklumat diperoleh mengenai kebaikan dan sistematik pelaksanaan hudud di negara tersebut yang dikatakan memberi kesan yang sangat positif.


“Ketika lawatan ke negara tersebut sebelum ini, kenderaan dibiarkan tidak berkunci, malah kunci juga ditinggalkan. Ini salah satu contoh yang sengat baik.\


“Dari segi pemerhatian dan maklumat yang diperoleh, ramai pemimpin yang mengatakan dua negara tersebut adalah contoh terbaik. Saya belum tengok lagi tentang teks kanunnya. Cuma kita akan pastikan wakil-wakil kita akan dapatkan maklumat lebih lanjut lagi selepas ini,” katanyaselepas memberi taklimat ringkas kepada pegawai pendidikan negeri, semalam.


Seramai 14 pegawai pendidikan negeri yang terdiri daripada ilmuwan dan pensyarah-pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) terpilih menyertai kursus jangka pendek yang ditaja khas sepenuhnya oleh Fakulti Pengajian Islam, Universiti Hamad Bin khalifah, Qatar.


Menurutnya, rombongan tersebut juga merupakan detik permulaan kepada hasil kunjungannya bersama kepimpinan negeri ke negara itu dalam proses untuk mengembangkan dan menerokai ruang kerjasama dalam pendidikan dan kebudayaan sebelum ini.


Beliau berkata, mereka yang terpilih itu juga akan diberikan kursus seminggu secara percuma selain membantu membuka minda mengenai beberapa perkara terutamanya mengenai fatwa, fikah golongan minoriti dan isu-isu wasatiah.


“Insya-ALLAH selepas ini kita akan minta mereka adakan kursus ini untuk dua kali setahun supaya lebih ramai ilmuwan dari Kelantan dapat menimba pelbagai ilmu di sana dan boleh dikongsi dengan pelajar-pelajar di sini.


“Selain itu saya harap mereka yang menyertai kursus kali ini akan dapatkan maklumat lebih terperinci mengenai pelaksanaan hudud di negara tersebut, mungkin kita akan buat tindakan susulan dengan  jabatan kehakiman mereka dan sebagainya,” katanya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

bab kemajuan.. kebajikan rakyat x mau tiru.... itu yg paling utama dahulu.... bukan sibuk cari jalan nk alih perhatian masalah asas rakyat dgn undang2 hudud..... ya hudud itu wajib.. tapi selesai dahulu masalah asas rakyat... cth air bersih.kebajikan.kemiskinan.pekerjaan.punca gejala sosial yg membarah.banjir.alam sekitar.rumah rakyat.kebersihan... adakah keutamaan pentadbiran islam itu terletak pada undang2 hudud semata2...?????????

Anonymous said...

pimpinan pas ni jenis pandai ckp..mulut manis
antara pemidato hebat.. mcm penjual obat kuat..
tapi bab bt keje & pelaksanaan hampeh.ritorik byk sgt.org ni kapir... blaaaa.. munafik.syiah..liberal..Rakyat?????susah sampai kena hijrah cari makn tempat lain. biar BN lagi ok..
MB taraf srp pun lagi ok dari MB ijazah...x ckp byk & bt keje dia je...Aku bangga dpt mb srp...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.