Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA PERLU TANDA TANGAN ? KALAU SENDIRIPUN TERLIBAT RASUAH ?

Kerajaan DAP P Pinang hipokrit, enggan tandatangan IBR
0
Kerajaan DAP P Pinang hipokrit, enggan tandatangan IBR
Ismail Sabri (enam, kanan) beramah mesra dengan pemenang ADP Negeri Sembilan diwakili Pengerusi JKKK Gemencheh Lama, Sharin Yaacob sempena Majlis ADP Peringkat Negeri Tahun 2017 Zon Tengah/ Selatan di Dewan Perdana Tampin, hari ini. - Foto Sinar Harian

TAMPIN – Keengganan Kerajaan Pulau Pinang menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan sikap sebenar kerajaan DAP yang hipokrit dalam memerangi rasuah.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, salah satu manifesto pembangkang yang telah diketengahkan sebelum ini ialah dalam masa 100 hari mereka akan menumpukan isu berkaitan rasuah iaitu menghapuskan rasuah.

Menurutnya yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), IBR berkenaan merupakan perkara asas yang dilaksanakan SPRM dalam usaha untuk melaksanakan tanggungjawab berkaitan memerangi rasuah.

“Kerajaan Pulau Pinang tolak kerana takut terlibat dalam kes penyalahgunaan kuasa dan rasuah.  

“Ini menunjukkan sikap hipokrit pembangkang,  cakap sahaja, tuduh macam-macam Kerajaan BN rasuah sedangkan negeri-negeri di bawah Kerajaan BN sudahpun menandatangani IBR ini,” katanya kepada pemberita sempena Sidang Media Majlis Anugerah Desa Perdana (ADP) Peringkat Negeri Tahun 2017 Zon Tengah/ Selatan di Dewan Perdana Tampin, di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata,  manifesto yang diketengahkan pembangkang berkenaan dalam menghapuskan rasuah dalam tempoh masa yang ditetapkan tidak dilaksanakan sendiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

“Pembangkang ni cakap sahaja tapi bila kena batang hidungnya sendiri, tak buat apa yang dicakapkan... contohnya ikrar asas oleh SPRM ini,” katanya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Bila sprm nak tangkap kepala perompak?

Anonymous said...

Bila sprm nak tangkap pemakan dedak 90j

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.