Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HINA YANG DIPERTUAN AGONG, CATT GINGER DARI KEPONG DITANGKAP


Hina Yang di-Pertuan Agong polis tahan Catt Ginger
0
 Khalid Abu Bakar
Khalid Abu Bakar
SHAH ALAM - Susulan penyebaran gambar Yang di-Pertuan Agong yang disunting dan dimuat naik secara tidak bertanggungjawab di  laman sosial Facebook, satu tangkapan telah dibuat pihak polis.

Menerusi kemaskini status di laman Twitter hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur berjaya menangkap individu menggunakan nama samaran Catt Ginger.

"Syabas Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur berjaya tangkap Catt Ginger yang menghina Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Banginda Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Difahamkan, seorang wanita berusia 41 tahun telah ditangkap di Taman Usahawan, Kepong oleh pasukan Bahagian Jenayah Siber Multimedia Bukit Aman.

Polis turut merampas sebuah telefon bimbit, sebuah komputer riba, satu unit modem dan dua unit router.

Siasatan mengenai kes tersebut diteruskan dan tindakan sewajarnya akan diambil.

Semalam, Yang Dipertua Pertubuhan Pembela Martabat Kesultanan Melayu Malaysia, Datuk Edros Abdullah menggesa pihak berkuasa terutama polis mengambil tindakan segera terhadap individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, gambar tersebut mula tular di media sosial sejak 25 Jun lalu, tetapi tiada sebarang tindakan daripada pihak berkuasa.

1 orang berkata:

Anonymous said...

pak karam, catt ginger tu sapa?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.