Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAMALI, TUBUH RCI

Pas gesa tubuh RCI siasat tragedi Memali

0
Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim
 
SHAH ALAM - Pas menggesa satu Suruhanjaya DiRaja dibentuk bagi mengkaji tragedi Memali.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, memandangkan timbulnya pelbagai kenyataan yang bercanggah dengan fakta sebenar, Pas menggesa satu siasatan telus dan adil dapat dijalankan untuk membongkar peristiwa itu.

"Sehubungan itu, Pas mendesak supaya satu Suruhanjaya DiRaja (RCI) diwujudkan bagi menyiasat semula tragedi Memali bagi memberikan keadilan kepada semua pihak dan membersihkan nama-nama mereka yang tidak bersalah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Apakah peristiwa Memali?]

Peristiwa Memali pada 19 November 1985 mengorbankan 14 orang dan puluhan yang lain tercedera serta ratusan orang ditahan.

Dalam serangan polis terhadap orang kampung itu, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya, terbunuh.

Dalam satu forum 'Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang' yang berlangsung di Kota Bharu pada 2014, bekas Timbalan Perdana Menteri ketika Tan Sri Musa Hitam berkata, peristiwa Memali merupakan titik hitam dalam kerjaya politiknya.

Sebelum itu, Tan Sri Musa mengejutkan negara dengan pendedahan bahawa Perdana Menteri ketika peristiwa berdarah itu berlaku, Tun Dr Mahathir Mohamad masih berada di Kuala Lumpur pada hari kejadian, bukan di China seperti dakwaan sebelum ini.

Di Baling, pada tanggal 24 Mei 2014 lalu, Pas telah mengadakan Himpunan Keadilan Untukmu Memali yang dihadiri seluruh kepimpinan Pas  ketika itu.

Satu forum khas bertajuk 'Tragedi Memali: Pembetulan fakta sejarah menolak pembohongan kertas putih Kerajaan Malaysia' telah diadakan ketika itu, di mana saksi-saksi kejadian Memali tampil mendakwa bahawa Kertas Putih mengenai peristiwa Memali yang dibentangkan oleh kerajaan di Parlimen penuh dengan pembohongan.

Justeru, ujar Tuan Ibrahim  pada pandangan Pas, kerajaan perlu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada mangsa Memali.
 

1 orang berkata:

IrWrWs said...

Pan mana ada anggap 1mdb satu kes yg besar.. sebab tu pan tak sokong RCI..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.