Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PKR TERUS BUAT FITNAH

PKR DIJANGKA KALAH TERUK PADA PRU 14 NANTI 



-Pak Karamu-

 

Kasihan ahli akar umbi Pas: AMK

0
Nik Nazmi Nik Ahmad
Nik Nazmi Nik Ahmad
SHAH ALAM - AMK mendakwa terdapat ahli di akar umbi Pas yang bingung dengan pendirian kepimpinan tertinggi parti Islam itu.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya menyedari perkara itu walaupun Pas telah memutuskan hubungan dengan PKR.

“Di peringkat kawasan dan cabang, saya lihat hubungan (dengan Pas) itu masih ada. Ini kerana hubungan itu dah terjalin begitu lama sejak PKR ditubuhkan pada 1998.

“Cuma kadang-kadang kita kasihan juga dengan orang di bawah ini, bila keluar kenyataan daripada (pemimpin) atas mereka rasa susah nak jawab. Kadang-kadang adalah rasa kekok dan membingungkan juga buat mereka di akar umbi ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai hubungan PKR dengan Pas selepas Pas memutuskan tahaluf siyasi kedua-dua parti, Mei lalu.

Menurut Nik Nazmi, berdasarkan pungutan suara, trend yang menyokong tetap kepimpinan Pas juga sudah semakin berkurang.

Berdasarkan situasi itu, katanya, beliau tidak menolak kemungkinan mereka akan menyokong calon Pakatan Harapan berbanding calon parti sendiri dalam PRU nanti.

“Saya yakin bahawa majoriti rakyat Malaysia tak kira parti mahu perubahan dalam PRU14. Mereka mahu menyokong gagasan yang konsisten boleh bawa perubahan.

“Mereka tahu, kalau tak nak BN maka pilihannya hanya Pakatan Harapan. Gabungan lain yang tidak tetap dengan pendirian mereka, hari ini cakap lain esok cakap lain, keliru dan sebagainya, itu mungkin rakyat susah nak terima,” katanya.

Ditanya tindakan Pas yang mahu bertanding di kerusi milik PKR, Nik Nazmi berkata, PKR sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk pertembungan tiga penjuru.

“Saya ingat kita dah mencuba (berunding) sekian lama. Bagi kita yang penting PRU14 dah semakin dekat, kita kena sediakan jentera dan buat kerja.

“Nak berunding saya rasa ini dah masa kecederaan, kita dah jaga tutur kata, tak serang lawan dan dah tunjuk kita nak berbincang. Kalau tak, kita teruskan kerja kita dan sedia untuk sebarang kemungkinan termasuk tiga penjuru,” katanya.

6 orang berkata:

Anonymous said...

"berdasar pungutan suara" yg dibuat oleh piji ke? Lantak ko la...apa2 pun kami kat akar umbi tak keliru pun dan dah tetap tak akan undi PKR@PH PRU14 nnt....kkk

Anonymous said...

Betul apa. Tinggal lebai malang je...
Kalau menjurus ke Kelantan memanglah sebab masih totok lagi.
Tapi kalau menjurus selatan dan pantai barat memang pas@ pigs dah pupus.

Anonymous said...

betul ker kat pantai barat PAS dah pupus? nampak cam PKR je yg nak pupus..PAN tak yah cakapla...

Anonymous said...

Lebai perasan nk mampus..ganu pun dok rok cetong..lebai bodo

Anonymous said...

Puok2 pasik..mmg lebai sial..krana puok2 kamu lah..islam d pandang hina..bersekongkol dgn penyamun duit rakyat..nkau kata plan rasionalisasi 1mdb betul..kpala hotak nkau..rakyat byr gst..kedai byk yg tutup krn gst..pengangguran tinggi..nilai duit jatuh..semuanya kerana duit rasuah dan samun 1mdb..dasar lebai bangsatt

IrWrWs said...

Kalau pan tak dipandang hina takkanlah 5% sahaja org melayu sokong pan!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.